Review Tahun 2011 (i)

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Okay, maaf untuk entri sebelum neh. Serius, I don't know what had gotten into me *shrugs*. Apapun ia, sekali lagi, saya minta maaf (tapi berkeras untuk tidak memadam pos yang itu raih banyak trafik). Ahahaha~ unsur kecindan itu perlu dalam hidup :D

Seperti yang saya janjikan pada Nad, ini entri review 2011 saya yang sulung. Yang sebelum neh ndak asi, kurang serius kan, begitulah. Dan maaf lagi sebab saya ndak tulis as lengthy as you. Jimatkan elektrik. Jimatkan tenaga (I can barely sense that tomorrow'd be a tiring day).

2011? Let see...  hurm...

2011 adalah antara tahun saya hidup yang paling banyak pergolakan. Lebih hebat dari pergolakan Muslim-Buddha di India, malahan boleh mengalahkan isu pencabulan gencatan senjata Tebing Barat. Like, seriously?? Pergaduhan, pertelagahan, ujian, kehilangan, pemergian, kesedihan, kekekokan, kemalangan, bencana, bala dan musibah... the list goes all the way on. Kalaulah ditulis secara betul-betul, dekat setahun jugak baru habis tulis. Wow, itu akan jadi TL; DR terpanjang. Macam cool, ja.

Firstly I bought my Hazel. Memang paling indah, kan? Saya ingat tarikh tu: kalau ndak silap somewhere between 31 January and 1 Februari 2011. Warna merah, elegan dan 5.0 Megapixel, yo! Saya masih sayang dengan dia. In fact, lebih dari sayang saya sama Satio (dalam proses memupuk persefahaman). Ini adalah antara gambar pertama yang saya tangkap melalui lensanya. Cool~

2011 jugaklah tahun 2PPISMP dan 3PPISMP. Pengalaman buat KKBI, buat amali dan eksperimen memang banyak yang saya sudah lupa, tapi adalah sikit yang masih melekat dalam serebrum saya. Macam contoh, ujikaji rembatan cahaya laser dalam bekas legap. Itu memang saya ndak boleh lupa, sebab kena kritik. Ya, abang kakak sekalian... kritikan, saya  susah dan jarang lupakan. Pensyarah masa tu agak strict, jadi apa yang kami buat mesti mengikut acuan- atau, saya patut kata- standard dia. Hahahaha. 

When I glance over my shoulder, looking deep into what I've done and what I've missed, I dare to say that; I couldn't believe that I survived the sojourn. Orang bolehlah kata: Yassin geniuslah, Yassin mustahil gagallah (eh, adakah orang cakap neh? Kaa, saya yang perasan sendiri??). Dorang ndatau betapa gusarnya saya apabila exam datang dengan muka bengis ala Ranjikanth-nya. Apalagi masa ambil result, berketar lutut. Asumsi orang, semuanya tiada guna. Bila kamu berbaris untuk mengambil slip peperiksaan, semuanya pukul rata. Sama, ja (pointer semester satu: 3.38, semester dua: 3.40 dan semester tiga: 3.38. OK, karma's b**ch!)(Wehh~).

2011 jugak tahun pengajaran. Saya berubah 720 darjah dari apa saya dulu. Kalau dulu ekstrovert, sekarang sudah separa introvert (ndak berani kasi confirm yang saya 100% introvert, OK?). Dari kawan-kawan: berjuta ilmu saya raih. Cuba baca ini, antara pos terawal saya berkenaan tazkirah bersama kawan. Rindu dengan slot itu. Sangat rindu dengan upacara berkongsi pendapat masa semester dua dulu di bilik Ardie (A-2-11). Tolonglah kawan, kau tahu kau siapa. Tolonglah hidupkan semula kelas neh :[

Oh ya, bercakap pasal blog, ya. Seingat saya, 2011 jugaklah for the first time I wrote blog. Betul seperti apa yang NadJoliey kata, blog saya terbina setelah mendapat inspirasi blog orang lain (El Ferdowsi's, Sharl da Pipiez dan banyak lagi). Masa tu, NadJoliey pun belum mula apa lagi pasal blogging neh. Hehehe, adakah patut berbangga? Tidak! Sebab entri pertama saya goli gila. Ndak matang. Kalau ndak percaya, sila baca ini. Kamu akan ketawa dalam kejengkelan.

2011 ada titik hitamnya. Konflik luar biasa antara saya dengan kawan rapat. Serius, lepas kejadian tu, saya ingat it's the end of our friendship. Masing-masing bawa arah masing-masing. Ketawa, ya. Saya ketawa bil ingat balik insiden tu. Walaupun pahit (sampai sekarang, sebab belum ada kekuatan untuk jelaskan pendirian sebenar saya. Kenapa saya buat begitu), saya sumbat masuk dalam hati. Tekan kuat-kuat, sampai mengalir air mata. I guess, that's the way experience goes- terpaksalah hidup dengan kepahitan. 

Dalam tahun 2011, saya berubah jadi lebih ceria (kalau kamu perasanlah) berbanding semester sebelumnya (semester 1, 2010). Mungkin sudah beradaptasi, tambahan lagi blog yang saya tulis setiap hari memberikan kawan sekelas pemahaman yang dalam pasal diri saya. Baik dari apa yang saya tulis, atau dari apa yang mereka tafsir. Either way. Saya cabar diri jugak untuk ikut pidato, tapi yalah. Masih belum kuat. Inisiatif sendiri belum cukup teguh. Kalau ada peluang, mungkin akan mencuba (cabaran untuk Aizat, Ardie, Nadiah dan Razvi). Ahahahaha- sikap belum berubah.

(bersambung... penat wehh. mau habiskan 'Stone & Stick', lagi. Alaa, dari 100 pembaca, mungkin 1 ja mungkin yang baca pos neh. Itupun, kalau ada. Oklah, ciao!)

Comments

Mawaddah Aufa said…
Dont worry buddy! I read your blog 24/7 (I'm not a stalker =.=)and in 2011, I'm lucky to have a friend like you :D

*this is what happen when you drink too much nescafe
Sven Medyona said…
Hahaha. Kau baca sampai habis?? Terharu, seyes. :D

Me too, bangga dapat rakan blogger macam kau (And for the photography tips; thank you!).

Huhuu~saya akan masukkan kau dengan beberapa kawan lain dalam entri review (iii) saya. :)
IzatulAnis said…
I do read every each of your entry until the very end of the sentence.
Keep on writing yassin =)
Sven Medyona said…
Hahaha. Me too. I DO read your entry. Minimalist's kind :)

Popular Posts