Persaudaraan

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Alhamdulillah, berjaya jugak 'usrah malam kelmarin. Walaupun saya nda participate sangat, tapi happy gila. Sebab apa? Sebab masa refleksi tu, I've tried something I've been trying to try (now, how that goes...). Terima kasih kepada Akhi Ayyub, Akhi Azrul, Akhi Toien, Akhi Ewi dan akhir sekali Akhi Hazwan. Terima kasih sangat kepada Allah SWT atas kekuatan dan keberanian yang Dia telah suntik ke dalam diri kita semua.

Ukhuwwah
Baru sedar, tiada sikitpun entri dalam blog neh yang menyentuh aspek persaudaraan. Sedangkan kalau kita observe betul-betul, inilah topik yang paling utama untuk dikupas (well, I'm not a scholarly person. Saya tulis dengan bahasa sendiri ja). Dakwah adalah kewajipan Muslim, maka saya terpanggil (lagi) untuk membantu memberi kefahaman mengenai persaudaraan Islami.

Sebelum kita pergi sejauh-jauhnya, kita tengok dulu apa sumber utama pemikiran Islam kata, kerana pengupasan topik harus bermula dari simple kepada lebih kompleks. Kalau ndak, habis bingung. Now, terdapat dalam Surahtul Hujuraat, ayat 10 yang berbunyi:
"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat."
Jelas tersisip dalam sepotong ayat ini suatu konsep ukhuwah yang sangat indah. Bukankah saya katakan Islam adalah cara hidup yang paling indah dan mudah? Saya akan try untuk explain as detail as I could (bermaksud, entri neh mungkin panjang).

Islam sangat menekankan perpaduan manusia. Bahkan, interaksi yang berbentuk pasifik antara manusia adalah antara perkara yang paling ditekankan dalam himpunan hadith Rasulullah SAW. Dalam satu hadith, Rasulullah bersabda kepada Saidina 'Ali Karamallahu Wajhah bahawa perpaduan ummah adalah perkara yang paling patut diberi perhatian. Tambahan lagi, dari Sahih Muslim hadith ke-6250. Mafhum yang hampir sama boleh dilihat dalam Sahih Bukhari Jilid 9, Buku 85, bernombor 83;
Nabi Muhammad SAW telah bersabda, "Seorang Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lainnya. Maka dia tidak patut melakukan opresi ke atasnya, mahupun menyerahkannya kepada pelaku opresi. Dan barangsiapa yang memenuhi keperluan saudaranya, Allah akan memenuhi keperluannya."
Maksud literal dan metaforikal hadith ini tidak sukar untuk diterima oleh kebanyakan kita kerana kita telah dididik semenjak kecil lagi untuk mengimani bahawa kita datang dari satu bapa, atau leluhur yang sama, yakni Nabi Adam A.S. Tambahan pula, persamaan biologi, fisiologi dan anatomi kita yang tidak jauh berbeza antara satu sama lain menguatkan lagi kepercayaan bahawa kita bersaudara.

Sebagai saudara, kita punya tanggungjawab which sometimes burdening, but worthwhile. Tanggungjawab tersebut adalah menasihati, memberi motivasi, meringankan, menunjukkan jalan, menenangkan, memberi kemudahan (tapi ndaklah sampai membebankan diri-sendiri (melainkan kamu para wali dan sufi)) dan menegur. Membantu pun. Sebenarnya, saya pun nda pasti apakah yang tersenarai di atas boleh digelar sebagai rukun persaudaraan. Tapi saya percaya, kesemuanya adalah sifat seorang sahabat sejati.

Ayat Al-Qur'an di atas itu juga (49:10) itu juga merupakan suatu didikan jiwa dari Pencipta kita terhadap kita. Kalau kamu mau berjaya dan dirahmati oleh Allah SWT sehingga beroleh kemenangan wahai umat Islam, maka bersatulah dan damaikanlah sesama kita. Tengok di Iraq, korban sesama Muslim lagi banyak. AS dan Yahudi just sedekah senjata ja. Nda perlu turun ke medan perang untuk berperang menentang Islam. I think, this is the cause kita neh senang-senang ja dilanyak musuh kita. Macam Tun Dr Mahathir dalam suatu ucapan di hadapan semua perwakilan OIC pada tahun 2002 (maafkan kalau silap) berkata bahawa:
"Six million Jews can't simply destroy 2 billion people. They rule the world by proxy.   ... they make others fight and die for them."
Persefahaman
Menjadi keperluan jugak dalam bersaudara adalah persefahaman dalam apa jaa perkara, especially apabila ianya melibatkan PANDANGAN dan PEMIKIRAN. Biasalah, fitrah manusia untuk saling berbeza pendapat berkenaan sesuatu perkara. Namun perlu diingat, perbezaan pemikiran ini bukan lesen untuk kita mengacu pedang ke muka saudara lain (I have learned this, the hard way). Perbezaan if we want to somehow analogize it is like soil for agriculture. Perbezaan komposisi tanah yang berlainan (humus, tanah, batuan, pasir, nutrisi) menjadi kelebihan utama bagi sesuatu pokok untuk tumbuh subur. In our case, pokok Islam.

Satu lagi yang patut diingat adalah kenyataan bahawa tamaddun dahulu flourished pun sebab perbezaan pemikiran. Ada Mu'tazilah, Syi'ah, Neoplatonisme, Sufisme, Sunni dan banyak lagi. But when I came to think of this, saya heran. Kenapa kita nda boleh berfikir se-advance dorang? Kalau tengok faktor keamanan, memang sekarang neh jauh lagi aman. Kalau dulu, kalau boleh, fikir pasal perang semata. But then, they have the time to develop their minds.

Saya nampak sebabnya cuma tiga. Pertama, pengamalan konsep bebas bersuara secara sama rata antara semua rakyat. Rakyat kadang-kadang lagi pintar dari pemimpin itu sendiri, maka para pemimpin patut selalu pasang telinga dan dengar apa yang ingin dibualkan rakyat. Nabi Muhammad SAW pernah dibantah sewaktu menyampaikan khutbah Baginda oleh Musailamah Al-Kazzab. Adakah baginda bunuh? Masukkan dalam penjara? Tidak. Baginda beri dia keizinan untuk berbicara. 

Kedua adalah sikap bersungguh-sungguh mereka terhadap agama. Orang dulu-dulu, kalau ndak solat malam, ndak layak jadi jundullah. Mereka akan dibuang dari barisan tentera Allah SWT. Dorang kalau solat dorang dibanding dengan sekarang, ndaktaulah macam mana besar bezanya. Dan ketiga, adalah kerana persaudaraan yang kuat dalam ummah. Ya, dalam satu barisan perang, akan ada Mu'tazilah, akan ada Mujassimah, Salafi dan Khalafi, Neoplatonis dan Sufi. Tetapi mereka nda lihat perbezaan tersebut apabila berada di medan perang. Perbezaan mereka tolak tepi, akal disatukan atas satu nama: Allah (dan bukan 1Malaysia. Opps).

In this respect, saya sayang sangat dengan Dr Faizal Tehrani. Beliau yang punya latar belakang pemahaman Islam yang tinggi berani membentangkan semuanya berkenaan Syi'ah. Niat beliau, saya rasa bukanlah untuk mencipta suatu kontroversi bagi mendapat publisiti mudah. Beliau sudah ada al-jah ini. Bukan jugak sebab dia mau memprovokasi institusi ulama di Malaysia. Saya dapat rasa yang niat beliau berorientasikan keinginan mencipta atmosfera kesejagatan pemikiran. Dia ndamau kita benci Syi'ah secara membuta-tuli. Benci orang perlu ada sebab yang nyata.

Saya rasa, saya sudah cukup dengan panjang. Banyak lagi huraian yang boleh kita buat untuk meneruskan isi perbincangan. I just hope that somehow, this entry will worth something for our ummah, and for me in the Hereafter.

Sambung cerita...
Selepas aktiviti simbolik persaudaraan diamalkan, kami diberi peluang untuk memberi refleksi. And I was like in reflex mode, put my hand up and I began to rant mumble speak. Saya cakap pasal kesatuan ummah sebagai anak Adam, pasal saling menegur. Lastly, I did what I had in mind earlier. Saya MINTA MAAF dengan semua orang situ, kalau saya ada terbuat silap atau salah. Saya daring neh, katakan pertelingkahan itu norma pemikiran dan sekali lagi memohon ampun. Semua sudah terangguk-angguk, kira dimaafkanlah tu ;)

Akhir sekali, adalah baik untuk kita renungi ini. Sahih Bukhari: Jilid 9, Buku 84, Hadith no. 84:
Dari Anas, Rasulullah (SAW) bersabda, "Bantulah saudara kamu, sama ada dia penzalim ataupun dizalimi," Seorang lelaki berkata, "Ya Rasul Allah, Aku akan membantunya jika dia dizalimi, namun jika dia penzalim, bagaimana mampu saya bantu dia?" Nabi (SAW) menjawab, "Dengan menghalangnya daripada menzalimi orang lain, maka begitulah bagaimana kamu membantunya."

Comments

Popular Posts