Sedikit Tersentuh


ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Sudah masuk hari ke-2 cuti. Alhamdulillah, masih kuat menaip, masih bertenaga untuk terus beribadah (ini yang penting ya, saudara-saudari sekalian). Apapun yang kit perjuangkan, make sure on top of the list is prayer. Kalau berdegar-degar sebut pasal perjuangan rakyat marhaen tapi ibadah entah ke mana, nda guna juga. Tetap masuk neraka (ini janji Allah, bukan hentaman peribadi). So, keep it real. Be cool.

Semenjak, dua dan tiga menjak neh, macam ada ketumbuhan sudah dalam blog saya. Ketumbuhan apa? Entahlah. I began to write serious matter, instead of writing my childish and naughty thoughts. Saya sudah makin meninggalkan humourisme dan beranjak ke arah paradigma yang lebih tekal dan non-liberal. See?

What's on your mind?

I'll say this directly; I began to hate politics. Bila saya baca/ingat/dengar perkataan neh, jiwa saya jadi panas. I turn both  blazé and blatant at the veru same time, hot blood rushing throughout my body. I become infuriated. Bila pensyarah bercakap mengenainya, saya jadi nda keruan. Seribu mata seolah-olah memandang saya, sejuta tangan menusuk perut saya, suruh berdiri membela pandangan yang kian lemah dihujah. 

Saya anarki. Saya jugak (bolehlah digelar) demokratik bertuhan. And at places, you may look at me as a pure Jean-Jacques Rousseau's fan. Hahaha. Bolehlah jugak dikatakan begitu (though I hate those people). Begitupun, Islam tetap jadi panduan nombor satu saya, dalam berfikir. Bukan kerana saya neh Muslim, tapi kerana  akal budi saya yang kata macam tu (saya ingat, sudah berulang-kali saya sebutkan neh).

Pantang saya sepanjang menjadi pemerhati politik adalah kesetiaan membuta-tuli. You know, when someone from another party mocked you and label you as a heretic; atau apabila dorang cakap saya akan masuk neraka jika nda punya keputusan dalam memilih parti; ia menyakitkan. Serius. Apalagi kalau saudara sendiri yang cakap macam tuh. Sekali diajak berdebat pasal hudud, di-ignore.

Sya bukannya pandai maupun tunjuk pandai (sebab saya nda pandai??), tapi sejahil-jahil saya, sebahlul-bahlul saya dan seneraka-nerakanya saya neh, pegangan saya tancapkan pada agama. Bukan kesetiaan membuta. Who cares kalau kau berjanggut, berserban dan berceramah berdegar-degar? Who cares kalau kau sekadar makan nesi lemak je, sedang orang lain manghidupi resmi kapitalisme, makan lamb chop segala? Semua ini bukan prima facie kau untuk mengatakan non-partisan seperti saya sebagai ahli neraka. WTH!?

Sabar, Yassin...

Fuh~kan. Kemarahan sudah datang. Saya sayang gila-gila negara neh, bangsa neh, apalagi agama neh. Saya ndatau kenapa begitu, but I just am. Saya sayang saudara saya semua, sebab itulah dalam Facebook account yang dulu, saya tag ramai orang dalam 'Note' siyasah saya; saya debat habis-habisan golongan taqlid a'ma dan cuba selamatkan mereka yang hidup berdasarkan kefahaman orang lain. Bukan ndaboleh, cuma itu akan memerangkap diri kamu. Kamu akan terikat pada kontrak halimunan dengannya (ehem).

Saya pengagum John Locke, Rousseau, Thomas Paine dan banyak lagi. Tapi saya ndakkan jadikan pemikiran mereka sebagai dustur worldview saya. Tuhan berikan akal untuk kita menaakul, memikirkan nasib diri-sendiri dan buat plagiat pemikiran orang lain (melainkan Rasulullah SAW). Manakan boleh kita yang sudah punya keagungan akal bertindak sebegitu; senang tertipulah jadinya.

Contoh; Dr Faizal Tehrani. Saya kagum gila dengan beliau. Sasterawan, agamawan, pemikir manusia dan sosiologis. Beliau hebat kerana penulisannya, sangat hebat, sehingga ada sesetengah "badut" panas punggung membaca hasil penulisannya. Jujur; saya nda pernah baca pun benda tu. Yapi bila mendapat perhatian yang sangat besar dari "badut", saya rasa kagum. Wow... apalah isi buku tu.

Anyway, biarpun beliau saya junjung, ada sesetengah tempat saya nda setuju dengan beliau. Well, mudah ja; saya tolak tepi pemikiran beliau yang ndak sejajar dengan kefahaman saya berkenaan Islam (melainkan diletakkan dalil atau naas). Bukan egoistik, tapi beginilah sepatutnya. Ini; angguk-angguk, geleng-geleng. Yang di atas ndak perlu turun dari takhta, cukup mereka menuding jari, pengikutnya semua jadi kartun. Jadi zombies, menjalankan perjuangan yang "suci" dan "mulia". Tanya dalil, habis. Yang kurang koheren diberi. Hngggh!

Sabar lagi

Hahaha. Maaflah kalau entri kali neh menghentam kamu habis-habisan. Just want you to know; saya sayang kamu. Cubalah berfikir dengan akal budi sendiri. Bayangkan kalau orang kamu ikuti itu salah, dan masuk Neraka, lepas tu kamu ditanya, siapa kamu ikuti? Habislah...

At least saya kalau masuk neraka, masuk neraka kerana pendirian sendiri (na'udzubillahi min zaalik). Semoga Allah merahmati kita semua, dan memberikan kita kefahaman yang lebih dalam. Semoga Dia menunjukkan jalan dan menerangkan kebutaan dengan nur kasihNya. Amin. Last sekali, ambil neh:


Comments

Popular Posts