Jogging

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Saya ndatau sama ada saya perlu sedih atau gembira (mungkin terharu boleh) sekarang neh. Ingat lagikah  blog anonimus di mana kamu ndak boleh komen dalamnya? Hahaha. Saya nda sangka boleh jadi begitu popular, jauh melebihi populariti blog yang ini. Apapun, saya nda kisah jugak sebenarnya. Cuma sebak dengan kenyataan bahawa banyak juga orang yang kisah dan mau ambil tahu pasal hidup saya #manlytears

Hari neh...

Was quite a day. Wuhuu! I established Google+ account (layout laman web sosial yang superb) and I slept. Wait, I jogged. Lari agak jauh jugak, dekat lima kilometerlah, macam tu (macamlah kamu kisah, kan?). Separuh perjalanan saya joging, separuh lagi berjalan (ini pun. Macamlah kamu akan tanya). Lepas neh, bolehlah berlagak maca Aaron Aziz depan wanita-wanita maktab. Boleh pau junior XD (okay, this is so not me).

Comel oh tadi, masa saya joging tu. Ada sesi fotografi perkahwinan, atau orang sebut phodeography. Nda sempat tangkap gambar orang tangkap gambar. Nda sempat pun tangkap gambar dua pasangan yang kahwin tu. Baju putih degan garis merah hati yang mengunjur dari bahu ke hujung lengan. Serius cool baju tu. Nanti kalau kahwin, tempah yang macam tu. Opps!

Itu belum lagi. Masa jalan, ada sesi photoshoot model. Ada phodeography lain jugak, di tempat sedikit jauh dari sesi yang satu lagi yang sudah saya kasi cerita di atas. Pasangan yang sweet, baju biru langit; sepadan dan sempurna gandingannya. Jurufotonya tengah sibuk adjust kamera masa pasangan tu tengah bermesra. Saya kata, itulah golden moment sebenar. Ya, bermesra (hey, not that kind of 'bermesra', okay!).

Dapat satu gambar ja. Huhuu~malulah kalau orang tengok Satio cuba battle dengan Nikkon. Habis gelak sampai berguling masuk tasik orang kalau saya buat macam tu. Gambar yang ini pun, curi-curi. Gambar lain yang saya tangkap di tasik boleh tengok dalam blog yang baru tu. Kak, abang... saya minta izin/maaf, ya ^.~"

Comments

Popular Posts