Justified (i)

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Subhanallah... Allah SWT woke me up around 4.00++AM this morning. Sebelum saya tidur semalam, memang sudah pasang niat untuk bangun awal, dan buat... uhm, uhm... something. Sekarang sudah bangkit, perlulah laksanakannya. Hehehehe. Terima kasih, Ya Allah =_)

Moving on

Saya sudah janji kan mau tulis sesuatu pasal talk Puan Jumiati kelmarin? Lah ni, saya mau tulis apa yang beliau katakan sebagai bersyukur. Or as in English, we say, "Being grateful". Whatever-lah. Sebelum sentuh bab tu, saya mau refresh balik apa yang beliau cakap:
"Bilamana seseorang itu tidak bersyukur dengan apa yang dia ada, dia tidak redha dengan takdir. Dalam Islam, kita ada percaya pada qada' dan qadar. Jadi siapa yang tidak redha dengan takdirnya, siapa yang tidak bersyukur- maka dia kufur!"
She was a bit too bold. My non-Muslim friends lowered their head- I don't know- whether it was because of the confusion or was it because of the word "kufur" which they'd prolly heard soewhere, and believe it was them. Saya ndak berani oh, ambil pendekatan agama secara khusus bila bab-bab motivasi sebegini jadi bahan syarahan. Apapun, itu cara beliau =)

Saya suka untuk menyebut suatu perihal berkenaan apa sebenarnya yang kita boleh lakukan selepas kita ditimpa suatu malang. Atau terlepas suatu tuah. Mana boleh kita terlepas dari karma dan kitaran tuah-malang neh, sebab I believe, as long one's breathing, he's a blackjack player. And in blackjack, you don't always get the deck of cards you want.

Diisytiharkan pra-pelatih guru pada 16 Jun 2010, pelatih guru rasmi pada 4 Januari 2012 dan guru bertugas somewhere 2016. Ya, inilah kita (guru pelatih PISMP ambilan Januari 2012). Lepas tu, kita dipagar dengan satu perjanjian kebangsaan yang kita tiada hak sedikitpun untuk cemari, sebuah pakatan sampai mati dengan Kerajaan. Akujanji yang telah kita angkat tangan dan sumpah untuk taati. Dalam perjanjian tu, ada denda yang perlu dibayar jika mau meninggalkan kerjaya ini (RM250,000.00 KASK).

Sekarang neh, kita terperangkap. There's absolutely no way out for us. Kalau ada dalam kalangan kita yang mula menyesali keputusan memilih profesion ini, save it. Kalau baru mau isi borang JPA oversea-kah, kahwinkah; just lay those down first. Kau sudah lambat. Terlalu lambat untuk semua kekecewaan itu. 

Maka bilamana kita sudah ndak boleh toleh belakang, apa kita buat untuk merubah destini ini? Saya ingat lagi how Puan Jumiah put it:- "Jadi guru mana boleh kaya! Guru, hidupnya sederhana...". Betul. Setakat neh, belu pernah saya nampak guru punya rumah banglo dua tingkat. Kalau ada, itu isolated case; keluarga dia kayakah, apakah. But still, she's darn right. Dan saya akui.

Hatta, makin bertempek-tempeklah pesimisme kita yang memang sedari tadi memproklamir dirinya sebagai bukan entusias perguruan. Makin kepingin kita jejak kaki ke luar dari bayang-bayang profesion yang menggerunkan ini. Otak pun semakin ligat memikirkan setiap inci lagi kesilapan yang mungkin ada. Meranduk segenap lapangan profesion ini untuk mencari kelemahan yang boleh menguatkan lagi kekesalan. Hahaha. Saya ketawakan dorang. Badut.
"Oi Yassin, mana boleh buat benda yang kau ndak minat!" 
"Oi Yassin, kami mau hidup kaya!" 
"Oi Yassin, kami mau punya sijil Sains Aeronautik dari Jerman!"
Yassin begini, Yassin begitu... but somehow these sighs don't change anything. Kau tetap terperangkap pada nasib yang sama ja. Sekali lagi, tiada jalan kecemasan macam yang ada dalam pesawat AirAsia tu. AUKU, Akta 174: ini terpaksa menjadi sebahagian dari kita, nanti. InshaAllah. So, still no escape.

Jadi, bila kita sudah ndak boleh keluar dari captivity perguruan ini, apa kita buat? Mengeluh sudah, marah sudah. Even ndak bersyukur. Well, did these doings change anything? Still, no. Sekarang neh, kita cuma ada satu jalan saja. Dan jawapan kepada persoalan tersebut adalah dalam petikan ringkas ini:
"Hatred won't change anything. It won't affect the things you hate at all, instead, you're the one who are harmed. By hating this profession, this choice of yours, it won't change who you are today. The only thing that you can do now is to MOVE ON. Finish what God has trusted us upon. I believe, this profession is not our misfortune that befalls, but it's a mandate that God Gives."
Tuhan Maha Adil, tuhan Maha Tahu, dan bila dia tunjukkan jalan pada hamba-hambaNya, maka itulah yang selayaknya buat mereka. Dia ndakkan tanya kita berjaya atau tidak. Tapi Dia akan tanya kita bersyukur atau tidak. Daripada kita bersikap subversive terhadap Tuhan dan Kerajaan, and ultimately, this profession; it is better to face the music and dance along. Seperti kata seorang penceramah, "Kerna dalam diri kamu ADA sifat keguruan itu. Sesuatu yang 27 juta rakyat Malaysia yang lain, tidak punya!".

Percayalah, bila kamu teruskan apa yang kamu ada sekarang sehinggalah suatu masa tertentu, sehingga kamu pencen, mesti kamu akan tersenyum sendiri, geleng kepala dan kata, "Yassin, you were right". Yeah, you will someday. Trust me. 

P/S: Button huruf 'M' saya rosak, jadi maaf kalau ada certain words yang hilang M-nya. Now, move on now... :)

Comments

Popular Posts