Darjat Manusia

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Huh. Blank. Totally blank and out. Kenapa saya rasa condemned neh!? Rasa dilayan dengan tidak adil. Dizalimi. Agagagaga~life. Kehidupan neh, dan semua yang ada dalamnya adalah kehampaan semata. Who cares kalau saya di-condemn? Hahaha~I will still live, anyhow. By hook, by crook or by both, I will stay in the game. Yang penting, kebenaran. Kebenaran itu penting; kebenaranlah yang bawa maksud sebenar hidup. So yeah. Musuh-musuhku, lihatlah aku masih lagi hidup di atas ejekan kamu. Hahaha.

Teruskan kepada entri

Semalam, terjadi lagi beberapan perbincangan hangat dengan kawan. Kali neh, dua lawan satu, yang satu lagi tu bersikap neutral (love yah! Hahahaha). Pasal darjat kekayaan dan kemiskinan. Orang lain mungkin nampak ianya macam proses sosialisasi normal, tapi bagi saya, ia sangat bermakna. Menjadi pendengar dan jarang penghujah: meluahkan pendapat sekali-sekala itu bagus. Baik untuk minda.

Tajuk kami, macam yang saya cakap di atas; darjat. Ndatau macam mana boleh sampai ke situ. Kami tengah komen orang sekitar bha masa tu. Tentang bagaimana sukarnya untuk jadi kaya. Saya kata, kemiskinan perlukan jalan yang sukar. Pilih jalan yang sukar, walaupun ada jalan mudah. Baru best (teringat analogi taugeh Puan Thank), baru feel sendiri. Pasal kekaguman saya dengan rakan se-batch merangkap bakal JPP yang punya minda usahawan yang gemilang.

Then, saya terungkap satu benda: "Kaya atau miskin, sama ja,". Dua yang lain, pusing kepala ke arah saya, pandang dalam-dalam. Habis... memang pandangan mau meng-condemn ahahahaha. "Ndak sama, Sin", dorang kata. Mungkin dorang nda pernah rasa miskin macam saya kot. Jadi, saya maafkan.

Maksud saya, darjat Bill Gates dan peminta sedekah itu sama. Kaya mana pun kita, miskin jugak di akhirat bilamana amalan dan halatuju hidup diarah pada dunia semata-mata. Klasifikasi darjat yang digunturkan dua kawan tadi ada benarnya. Memang ada beza darjat, but it's not depending upon what you have. It depends on how you get and use it. Kalau dari jalan haram, sepuluh juta dolar akan jadi sepuluh juta bakul najis. Sekupang, kalau dari jalan halal; akan jadi segedung emas nilainya. Di sisi Tuhan, nilai harta adalah subjektif. Bergantung pada rahmatNya, pada niat dan asalan harta itu sendiri.

Kekayaan boleh jadikan kita kufur, just as poverty would do to those who suffer it. Jangan gelapkan mata pada pengiktirafan dunia, kerana: dunia ndak kekal dan kerana: dunia itu relatif. Kalau aim dunia, ambil jalan dunia sebagai ukuran darjat, maka nerakalah akhirnya. Sedangkan neraka itu qad bi'sal masiir (tempat kembali paling buruk). Ukuran dunia menjadikan manusia murah, bukan kaya.

Mungkin bergurau, tapi serius; sebagai orang miskin yang sensitif, saya terpukul. All of a sudden, I felt that I was falling into a degree of subhuman level. Ahh. Hahaha *ketawa, mengelap air mata*. Fuhh~kehidupan. Ndak lengkap tanpa aturan dugaan-nikmatnya. Betul kata Ardie, hidup itu roda. And for me, my life is like a wheel, running on a steep hill. Kalaulah bukan kerana Tuhan, keluarga, diri-sendiri dan kawan-kawan yang saya tahu subconsciously need me- saya give up sudah berguling. Biarkan graviti hidup tarik saya ke lembah... entahlah lembah apa. Yang penting spot yang rendah-rendahlah.

Jadi, dengan penuh yakinnya saya cakap; janganlah riak dengan rumah sepuluh tingkat anda. Janganlah bangga dengan kereta Volkwagen Polo dan handphone Sony Xperia Ion kamu. Jangan juga takabbur dengan kepintaran IQ 210 anda, dan trafik blog anda yang beribu-raban sehari. Kecantikan dan suara yang merdu; don't bother. Band 6 dalam MUET? Ndak. Tuhan ndakkan buat MUET di Padang Mahsyar nanti, so put that aside. Anymore? Keselesaan dalam bilik, keselamatan, kelapangan waktu, kemudahan bernafas dan bebas dari penyakit: ini semua pun debit.

Anda fikir anda sudah sempurnalah kalau begitu? Anda fikir Tuhan sayang anda lebih dari pejuang nyawa di Tebing Barat atau di Palestin sana? Pergi neraka kalau anda fikir demikian. Tidak, bukan saya kata Tuhan ndak sayang anda (demi Allah saya ndak suggest-kan begini). Saya cuma kata, semua ini ujian. Untuk menguji keimanan kita. Sebab itulah saya kata iman tiada dijual di Tesco. Sebab ini jugaklah saya kata negara Palestin sana lebih baik darjatnya dari Malaysia. Saya berani gerenti. Dan satu lagi: sila merendah diri. Kita berhutang. Kita semua berhutang dengan Tuhan.
[67:2] "Sesungguhnya Dia Menciptakan kematian dan kehidupan adalah untuk menguji kamu siapa antara kamu yang lebih baik amalannya. Sesungguhnya Dia maha Perkasa lagi maha Pengampun."
Dan orang miskin macam saya, berhutang sikit ja dengan Tuhan :)

Comments

Fuuhhh... sentap hingga ke pangkal jantung! T_T
Sven Medyona said…
Nasib pangkal jantung. Kalau pangkal ra... HAHAHA. Anyway, semoga dapat pengajaran. kita saling belajar :)
Kalau pangkal ra... (maaf, 18 thn ke atas sahaja), memang sah2 aku bukan le.... (maaf, paham2 la sendiri). Urm, semoga kita semua dapat pengajaran, bukan dapat pe...... (maaf, perkataan ini mempunyai unsur2 ganas x keterlaluan)
Sven Medyona said…
Banyak censored, ye. Ahahahaha XD

Cuma pe... yang akhir tu nda dapat tangkap. Pe...? Takkan peta kot.
penampar, pelampang dan segala pe-... lagi la. hehe

Popular Posts