Falsafah Hidup


ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Pagi neh, kami ada kelas Falsafah Pendidikan. Pada awal kelas, kami disuruh ice breaking,well, for two reasons. Pertama, lecturer kami adalah lecturer yang baru kami kenal (whose name won't be mentioned here) dan sebab kelas kami ada budak baharu (budaklah sangat~). Sebut nama, asal dan anak ke berapa dan berapa adik-beradik... those sort of things. Enjoyed the ta'aruf session, as I began to see something that was and still is reluctant to go away from my head:- ndataulah kalau kamu sedar, tapi majoriti yang meng-apply guru adalah anak kedua. Serius!

Ahh, sudah part yang itu. Part yang lebih serius-merius dan lebih ingin difokuskan di sini adalah semasa content PROFORMA dimulakan. Kami bermula dengan erti falsafah. Pensyarah tanya apa maksud falsafah. Mau saja saya berdiri dan kata falsafah itu gabungan dua perkataan Yunani 'philos' dan 'sophos' yang bermaksud 'cinta' dan 'hikmah', secara respektif. Tapi saya tau lecturer kami mengharapkan bukan jawapan itu. Beliau saya sedar mintak suatu jawapan yang berkait dengan pengertian dalam konteks keguruan, atau, yang bersangkut-paut dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. So I did. I did seat there, thinking of a more proper definition. Last-last, dia jawab sendiri (atau Ardie yang jawab??) yang falsafah itu pegangan hidup. Hehehe, I hit the nail right on its head. Betul tekaan saya. Pat my own metaphorical shoulder and congratulating its owner for the silly divertion he's made (wow, paragraph panjang gila).

Pensyarah neh, agak lemah-lembut. Sifat penyayang dan keibuan dia jelas terpancar. Though that, her professionalism didn't budge an inch. Kecemerlangannya menarik perhatian pelajar, kebolehan menyasarkan punchlines betul-betul mengagumkan. Dia sempat bercerita falsafah hidup Mahatma Gandhi. Tentang bagaimana beliau menyelesaikan konflik agama di India semasa eranya dan tentang rasa rendah hati yang terlalu ekstrim. Saya kagum dengan Mahatma Gandhi. Tapi saya lagi kagum pada Rasulullah SAW kerana baginda dikagumi oleh manusia sehebat Mahatma. Hebat, kan?

Lepas huraian demi huraian, pensyarah kami suruh keluarkan kertas and write something about our life's principle. What motivates us to keep on walking this coarse road, what caused us to keep on struggling, yada yada. Kami jugak diminta untuk memilih seorang tokoh yang menjadi inspirasi. Lepas tulis, kami membentangkan falsafah/pegangan hidup masing-masing. Best dengar dari cakap; banyak cerita yang saya dengar dari pelbagai orang atas permintaan lecturer. Ooi dengan Steve Jobs-nya, Syahirah dengan Rasulullah SAW, dan Zulfadhli dengan guru Biologinya dalam sekolah yang lalu. Masa turn saya, saya ingat ndak sempat. Buat lawak sengal yang masa sudah habis, cuba untuk mengelak dari ditanya. Kurang asam semua orang, saya terpaksa akur.

Pertama kali saya bentangkan prinsip saya depan 28 orang. Gugup sudah tiada, saya dapat rasakan. But something like a reborn feeling existed. Macam baru keluar dari perut ibu, rasa bebas dan kerdil. Jantung berdegub, seakan menghentak dada untuk keluar dari keterpaksaan itu. Saya bukan ndak suka, tapi saya suka jadi pendengar ja. Kalau membentang, saya jadi pelik sikit. Bibir diketap, mata pensyarah ditatap tegas, tapi berserah. Saya mula.

Sebelum bercakap, saya jilat bibir yang kering dan berketap menahan rasa pelik tadi. Pensyarah masih tetap menunggu and so were the others whose bodies were in the class. Saya senyum, dan buka mulut; 
"Falsafah hidup saya  adalah berjuang biar benar"  
Dan:- kesunyian yang mengerikan tu. Mata semua terarah pada saya, menunggu sambungan. Saya elaborate ringkas, dan orang bertepuk tangan. Fine, the feeling was good. Heck good. But still, that wasn't the best part. Bila saya cakap pasal golongan marhaen dan perjuangan saya, serta hak-hak yang menjadi kebenaran asasi setiap manusia, pensyarah terus ulas, dengan suara sedikit bertempik, sebelum ketawa;
"Hahaha... dia ni mesti PKR! Hahahaha"
XD hahahaha. Saya ndatau adakah pelabelan itu satu penghormatan, ejekan, atau sekadar sarkasme mudah yang saya ndak dapat grasp. No way saya akan jadi PKR-ians (sepatutnya tiada elemen politikal bha dalam blog neh. Okaylah, untuk kali neh ja). Anyway, it continued until I finished presenting Saidina Ali's r.a quote, as I chose him the man I admire. I mean it, was the combination of laughter and ovation. Hahaha.

Pergi kepada yang lebih kritikal

Berterus-terang, saya dengar jugak suara-suara yang kata, tapi ndak berapa pasti siapa (or it was just me and my stupid audio imagination). Saya panas dengar komen dia, sebab sebagai orang yang ketat terikat pada falsafah, itu sudah kira mencemar. Dia cakap,
 "Ah, itu sembarangan jak saya cakap. Prinsip hidup; buat apa!? Yang penting buat baik, mati dalam beriman dan masuk syurga..."
Lemme answer you, dude. Pertama, ndak punya falsafah hidup adalah falsafah hidup. 'Tiada' kepada soalan apa falsafah hidup anda adalah satu jawapan yang definitif. Bila kamu kata cukuplah dengan mati beriman, itu jugak falsafah. Hahaha. Jangan main dengan saya, tau! Anyway, siapapun tu, sila maafkan saya. If--by any means--saya tersalah kritik. Cuma, berhati-hatilah. For words may dismay. Words may destruct if not you:- the others. Ciao!

Comments

NadJoliey said…
Hurm, Yassiiiiinnn.. Yassin... Sy tau sepa.

Ko agak sensitif.

No offense...

:)
Sven Medyona said…
Siapa? Saya dnegar di library, but then, wasn't sure siapa. Anyway, saya mintak maaf if he/she/it is hurt by my post.

Saya memang sensitif. No offense...

Popular Posts