Kepolosan

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Terbangun jam 0120AM. Adakah itu menandakan bahawa saya diseru untuk bertahajjud? Hehe. We'll see how. But before that, I wanna share this one. Masa bukak Facebook ternampak status super-duper chomel. Serius. Adik saya, in terms of cuteness, memang banyak warisi abangnya =3=


Kenapa saya jadi cikgu

Bila orang tanya kenapa saya jadi guru, saya kadang-kadang jawab kerana ingin mem-propose cara-cara baharu dalam pendidikan. Kadang-kadang, saya akan jawab pilihan keluarga, kerana Tuhan and some other times, I just plainly said, "It's my only escapade from poverty,". Well, semuanya betul (especially kerana Tuhan). Semuanya sangat betul bagi saya (so no. I didn't lie when I give different answers). Yeah, sebab pensyarah ndak kata, "Give your main and sub reason(s)". Right?

Sebab yang saya maksudkan adalah kerana saya benci suka kanak-kanak. Saya mau selalu dera manja mereka. Saya mau memotivasikan mereka, bahawa sama seperti saya 'dahulu', kesenangan mesti diraih dari jalan sukar untuk mempersiapkan diri dengan kemuflisan. And then I'll teach them how to think and not how to only read. Saya akan sedaya-upaya bantu mereka berfikir, instead of mengangguk jaa pada isi kandungan silibus #pedobearstrikesagain

Saya akan ajar mereka bahawa nombor dan huruf itu wujud ada makna dan tujuannya, bukan sekadar untuk menyusahkan mereka belajar. Seperti Farah Musa, saya akan buat sesuatu untuk merubah fikiran bahawa Sains itu susah. Mau tukar situasi ortodoks, di mana si anak kata mau lanjutkan pelajaran dalam Sains dan bapak balas, "Baik kau tolong bapak menoreh getah". Tapi yalah, pada aras pemikiran kanak-kanak.

Bercakap pasal pemikiran...

Saya pernah terlibat dengan satu perbualan akademik son-father. Bukan pasal puberty LOL, tapi pasal kanak-kanak. Saya ada anak saudara yang sangat cute. His eyes sparkled innocently, luring people to nod to his every wish. Masa sebutkan pasal matanya yang bersinar, ayah tambah, "Memang budak-budak; matanya nampak bersih ja. Bersih hatinya kan, tiada kekotoran,". Dad made me wonder about the chance of which I'm having right now to validate that claim of his. 

Kanak-kanak, jiwanya polos. Bila kita soal, mereka mungkin ndak jawab guna ini *menunjuk kepala*. Jawapan dorang mungkin salah, sesalah-salahnya. Tapi sekurang-kurangnya, mereka masih guna ini *menunjuk dada (hati)*. Darjat kemanusiaan mereka lebih tinggi dari majoriti ahli masyarakat kita yang moden. itulah kadang-kadang saya ambil pandangan Jeann-Jazcques Rosseau berkenaan fitrah manusia: "Kemajuan menyebabkan manusia rosak."

Berbalik kepada soalan kenapa saya jadi cikgu: kamu baru jaa baca sebab kedua besar saya; kerana tarikan kepolosan akal kanak-kanak. Though saya sekarang belum ready lagi untuk masuk kelas dan mengajar (baru Semester 1 PPISMP, oi!)(Zat, thanks sebab provoked saya dengan persoalan neh. Hahahaha), tapi saya tau yang saya akan. Tengoklah.

Comments

"Kenapa nak jadi cikgu???"

Soalan yang banyak pilihan jawapan, tapi tiada satu pun jawapan yang pasti sebab jawapannya ada pada diri kita sendiri. Dalam masa 8 semester akan datang,jawapan kita akan terbongkar sedikit demi sedikit. Bila tiba masanya nanti, baru kita akan tau yang mana destinasi yang ingin dituju dan mana fantasi yang membelenggu...
Sven Medyona said…
Bagi saya, saya ada tujuan yang pasti: mendidik. Dan yang mengikuti selepas itu adalah bonus. Cita-ctia sebenar saya bukan guru, tetapi pendidik. Selagi saya rasa belum sampai tahap itu, saya ndakkan berhenti :)
That's why I said before jawapan ada pada diri kita sendiri. Well, good luck then! Selamat menjadi pendidik

Popular Posts