Review Tahun 2011 (iii)

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Penat gila hari neh. Ewi baru ja datang bilik, ajak saya pergi cari referens untuk pembentangan seminar kami tanggal 31, bulan ini. Kami dapat tajuk kesembilan iaitu persenyawaan in vitro. Saya bidang Biologi neh, nda berapa (okelah). So, saya akan bergantung sepenuhnya kepada Ewi yang baik lagi hensem. Hahaha, membodek :P. Bha, bha~teruskan kepada entri ketiga dari sekuel review 2011 saya. Banyakkan, saya tulis? NadJoliey mesti rasa defeated *ketawa jahat*

2011 juga telah

... menjadi pentas saya melakukan senaman aerobik yang terbaik pernah saya joined. Best gila, menari depan orang ramai dan orang sorak-sorak nama kita. Huhuu~nduk kesian, macam kurang dapat perhatian pulak, bila saya cakap macam neh. Saya masih ingat lagu K-Pop diputarkan dan kami me'lembut'kan badan, melenggok semahu-mahunya. Bila saya tengok rakaman oleh Nerah, macam Pinocchio saya nampak. Bukan maksud saya hebat macam Pinocchio, tapi macam Pinocchio; you know what I mean.

Lagi satu, tahun 2011 juga tahun saya dapat dua kawan istimewa dari alam maya. Perhubungan kami di Internet jauh lebih meriah dan happening berbanding di dunia nyata. I guess itulah jadinya, apabila foreveralone mencari kawan melalui Internet. Setakat kenal, tanpa selalu jumpa. But just as strong as any friendship would be. Orang tu adalah Farah Musa dan oh, siapa. Oh, siapa neh memang nama orang tau and hey, Farah Musa! Berhenti melompat-lompat gembira. Hahaha. Oh, siapa sudah jarang lawat blog saya apatah lagi komen. Dia prefer jadi silent reader saya dan saya ikut. Itu hak dia, cuma terkilan ndak dapat kenal secara fizikal--I mean, tahu dia secara fizikal--macamana rupa dia, jantina dia, dan sikap dia. Haiyo, kamu apa fikir lorh?

Banyak yang saya sudah ubah sepanjang tahun 2011, dalam diri saya. Rutin hidup, pemikiran sudah ada pembaikan. Renovasi akal dan iman pun banyak berlaku, atas sebab-sebab tertentu yang saya terlalu malu untuk kongsikan di sini. Tahun itu jugaklah saya dikechewakan dengan gadis pilihan ibu saya. Masa kami sedang asyik melayan shopaholic itu hari, saya mau ke tandas (=.="). Bila ja saya keluar, Kak Ieak terus dekat dan cakap:
"Tadi kami jumpa si *****~"
"Jadi?"
"Jangan kau kecewa, yah!"
"Kenapa pulak?"
"Tadi kami (ibu dan kakak) dia jalan dengan seorang lelaki"
Hahahaha, sedihkan, jalan cerita hidup saya? Penuh luka dan derita; ala sinetron 'Nada Cinta' gitu. Ahaks. Anyway, bercakap jujur; saya ndak menyesal secubit pun. Kalau secubit tu dibahagi sejuta, begitupun ndak. In fact, rasa gembira sebab dia sudah bertemu pasangan hidupnya. Semoga bahagia ye, awak ^.^ (I'm too damn cool to be with her. Oops!). bak kata Kak Rahi, bunga bukan sekuntum XD

Kita tinggalkan sudut kegolian pramatang itu dan beralih kepada event lain. Sebut event lain, terus teringat Larian Mesra yang sangat "mesra" in terms of jarak dan kadar kepenatannya. Saya dapat jugaklah mata, menunjukkan saya antara orang paling fit di maktab. Nombor 29 out of... entah. Ndak ingat. Tapi yang saya ingat adalah masa kami pusing tasik, dan balik kena boo. Semua budak maktab kenal kami, since :D

Lagi satu adalah waktu reunion budak MRSM KoKi. Ianya berlaku pada tahun 2011, di semester pertama tahun tu. Gempak gila kawan-kawan yang lain dengan profesion yang mereka bakal pegang. Bukan mau double or triple standard, tapi itulah realiti yang kami terpaksa tanggung. Bila guru dibanding dengan doktor, engineer, architect, farmasis dan banyak lagi kerja pakai kot lab, kami guru agak sederhana. Bukan malu, tapi itu resam guru. Perlu bersederhana.

Tadi lepas Maghrib, sebelum saya melangkah kaki untuk menghabiskan sekuel entri neh, sempat dengar sikit kuliah. Pasal profesion keguruan. Terharu + terkilan + tersentuh bila penceramah kata yang kita neh bertuah gila. Kebal dan terjamin masa depan (wah, kematangan). And what touched me most adalah apabila dia meninggikan martabat guru dengan menyebutkan ini:
"Kamu bukan membina mesin. Kamu bukan membina bangunan yang tiada nyawa. Tapi kamu membina sesuatu yang hidup, dan berterusan."
.-_-.  sobsob. Akan hargai kerjaya ini, despite the inferiority yang manusia dan masyarakat sekeliling selalu copkan padanya. This's what sucks the most when it comes to social standard and deserving. Kita pandai cakap, masa feudal yang autokratik sudah berubah, beranjak ke arah rutin demokratik yang tersusun. Cuba tanya semua ahli masyarakat especially yang suka potpet tu, pendapat mereka tentang jurang darjat. Mesti dorang paling kuat tentangannya. Kata itu berlawanan dengan nilai kemanusiaanah, berlawanan dengan Kitablah: banyak. Tapi, bukan jarang kita dengar dalam mana-mana ada majlis akad, suara-suara dari kalangan hadirin dan HADIRAT:
"Menantunya tu, kerja apa?""Cikgu..." *nada pelik*"Cikgu je!? .... alamat kebulurlah anaknya tu~~"
(bersambung...)

Comments

NadJoliey said…
Baru baca habis semua entri2 ko yang sy belum nampak. Gahh. Serius siput internet sini. Tapi wifi student mula mencapai kelajuan macam dulu - "snail", but not "snailiest".
Sven Medyona said…
Hahaha~gilalah. Beralihlah kepada WiFi

Popular Posts