Islam


ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Hari neh, buat pos awal sikit. Malam mau buat benda lain. Sekarang neh, jadi PISMP memang dang busy. Kalau ada waktu jaa (macam sekarang neh) baru tulis pos dan blogwalking. I love blogwalking to NadJoliey's Farahida's, Zudien's, FM's, and that Hukhik girl's blog. Banyak benda saya belajar dalam semua blog dorang. I can also learn them and their attitude #psychologistassurance

"Those who don't learn from [the mistakes done in] history, are condemned to repeat it" -George Santayana

Seperti yang kamu semua tau, saya minat gila-gila bidang Sejarah. In fact, if chances are given, I will leave this course and take that chance. Walaupun itu bermaksud meninggalkan maktab neh meninggalkan para peminat saya LOL. I'm serious. Tapi nasib kamu baik... saya tiada duit mau bayar kontrak tu (RM230,000.00 kot). Hmm~kalau saya jadi pensyarah Sejarah dua puluh tahun pun belum habis bayar, kalau macam tu.

Memandangkan saya pemerhati Sejarah (-lah sangat), saya banyak terdedah kepada banyak tamadun. Saya baca banyak ideologi dan sejarah kejatuhan mereka. Saya ada jugak selak pasal dogma, pemahaman dan metodologi ketamadunan; semua tulah. Saya suka baca, dan sebab itulah blog first saya adalah pasal sirah anbiya' dan bernama aku sven pencari kebenaran (rindu dengan Sven)(rindu dengan blog tu). 

As I delved into History, saya ndak dapat jumpa tamaddun atau fikrah lain yang mampu menandingi fikrah serta sentimen Islam. Seriously. Saya kagum dengan Islam. Kalau kamu baca banyak-banyak, mesti kamu macam mau menangis tengok potensi set ketamadunan neh. Saya cakap neh bukan sebab saya seorang Muslim, tapi sejujurnya:- sejujurnya saya kata: mustahil ada sistem lebih baik dari ini.

Secubit mengenai Islam dari kaca mata kemanusiaan

Dalam Islam, ada kecenderungan untuk manusia menjadi lebih bermoral dari apa yang mereka pernah jadi sebelum ni. Dalam agama ini juga, ada suatu atmosfera yang bukan saja ideal, tapi praktikal untuk manusia mendalami potensi diri mereka, untuk mereka bebas memperjuangkan apa yang kita panggil kebebasan dan hak, namun tetap terbatas pada pemeliharaan hak orang lain. 

Islam melihat manusia sebagai SAMA tidak kira apapun jalan hidupnya, dan akan selalu begitu. Nilai hidup HANYA diukur pada takwa dan memandangkan takwa itu ghaib, hanya Allah SWT jaa yang tau, maka selamanya kita nda boleh menilai iman seseorang itu sebagai apa (melainkan dia melakukan sesuatu yang jelas bersangkutan dengan akidah dan akhlak). Meskipun Islam memberi kebebasan individu untuk mengkritik sesuatu dasar manusia (atau manusia itu sendiri), solidariti umum tetap dipelihara atas beberapa dasar lain. Wasatiyyah, muruunah dan muamalat merupakan antara contoh konsep yang cuba dibawakan Islam untuk ditatap, dan diamal. 

Pada peringkat individu, nilai iqtisad dalam peribadatan amat dititikberatkan. Islam bukanlah agama yang sukar, bahkan ialah agama yang paling mudah (kerana di dalamnya terhimpun nilai idealisme dan praktikaliti). Apa-apa yang memberati punggung umat Muslim akan dianggap tidak selari dengan kefahaman jalan yang benar. Begitupun, Islam tetap menekankan pelaksanaan kewajiban-kewajiban yang kita tidak dan tidak akan mampu lari darinya. Mudah Islam ini adalah apabila kita memelihara diri-sendiri, kita juga memelihara orang lain secara tidak langsung.

Selain tu, istikhlaf juga jadi asas pembinaan manusia yang mulia. Dr Muhammad Imarah menjelaskan dalam buku 'Islam & Keamanan Sosial' bahawa istikhlaf Islami yang patut ada pada setiap Muslim seharusnya dilaksanakan dan dipelihara. Kerana apabila ianya sudah begitu, maka tiada kerisauan dan prejudisme. Memandangkan semua orang dikawal dengan iman (bayangkan), tiada apa yang patut ditakutkan. Kepimpinan diri yang menjurus kepada kepimpinan pada aras yang lebih horizontal (meluas) diasahkan sehingga menjadi the latter.

Sepanjang perkembangan Islam di mukabumi ini, belum pernah terjadi keadaan di mana tempat ia bertapak dicemari dengan polusi keamanan atau sesuatu serupa itu. Kebobrokan baru-baru ini jaalah yang mengganggu gugat usaha para penyebar Islam sebenar untuk memberi kefahaman tentang apa yang Islam boleh berikan kepada manusia.

Pemikiran kolot sesetengah manusia berkenaan Islam sebagai penyekat keseronokan saya sukar untuk terima. Bahkan kadang-kadang, saya langsung tidak melayan sebarang debat berkenaan Islam dan ketidak selariannya dengan hiburan. Bila kita perhatikan halus-halus, maka dapat dilihat bahawa Islam bukanlah menyekat zat keseronokan itu, tetapi konsekuensi yang hadir selepas keseronokan itu berakhir. Saidina 'Ali Karamallahu Wajhah r.a. pernah cakap, "Sesungguhnya keseronokan itu sebentar, sedangkan dosa selepasnya akan kekal melainkan dengan taubat." Lebih kuranglah~

Pagi tadi, kami berbincang (lebih kepada mendengar syarahan) tentang hukum Islam dengan Ustazah Junaidah. Dialah pensyarah tamadun yang paling hebat setakat neh. Yang lain tu, OK jugaklah. Tapi ndak sehebat beliau (I wonder how many of my readers read this till the end? I bet none). Hahahaha~tapi secara keseluruhan, syarahan Bunda membuka mata saya terhadap banyak benda. Terima kasih, Ustazah. Hahahaha, saya memang pejuang negara Islam, by the way :D

Comments

NadJoliey said…
Saya sudah baca habis, somehow.
Sven Medyona said…
NadJoliey: I really hope I could do the same to your blog. Hahahaha

Just kidding. Saya baca semua tulisan kau.

Popular Posts