Semuanya Sudah Kembali

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Bila cuti datang, time beginilah yang saya paling ndak prefer, bila asrama jadi kosong, sunyi dan menyeramkan. Orang Semenanjung majoritinya balik menyahut panggilan desa, menyegarkan semula jiwa yang sakit diasak kesibukan tugasan dan pencemaran Kuala Lumpur.  And I? Stuck here like for eternity. Apapun, hidup sebagai perantau, perlu jadi kuat. Di mana langit dijunjung, di situ bumi dipijak, di situ jugaklah kenangan patut dicita. Sebab bila kita berpijak pada satu titik, ingat; titik tu atau kita; mana-mana akan berubah. 

Sedih gila

Okay, saya mengaku saya sedih. Banyak masalahlah kebelakangan neh (sorry lah geng, ter-masuk pulak hal peribadi). Kusut fikiran bila teringat ISL, eksperimen, seminar, lajnah dan tugasan Ayyuhal Syabab. Dilantik lagi jadi AJK Peralatan & Komiditi (yakah komoditi? Hantamlah) untuk BIG; memang haru-biru. Sekarang ini, simptom homesick memang memuncak macam Gunung Vesuvius ingin memuntahkan laharnya (amboi, hiperbola dia). Tapi serius, rindu rumah. Bila ingat enam bulan jarak waktu antara cuti semester dengan sekarang neh, macam tiba-tiba ada jarak yang mengembang antara saya dan Tawau LOL. Biarpun daerah miskin dan golongan marhaen, tetap saja ia jadi pujaan saya. Best gila kalau breeze walking di tepi highway dekat dengan Pasar Besar. Apalagi kalau angin kencang dan air pasang, PERGH! 

Tapi orang tua selalu cakap, kalau setakat bersilat di tanah yang sama, manakan bisa ditentang si naga China.   Old folks sometimes bikin stres, banyak gila pepatah. Tapi biarpun begitu, dorang cakap tu bukan atas idealistik ja tapi atas dasar pengalaman. Jadi kita neh generasi MTV mesti selalu baca dan dengar jugak cakap dorang. Yang baik diteladani, yang buruk buang jauh-jauh ke tengah laut. 

Anyway, tersasar sudah neh- oh ya, pasal bersilat di daerah lain tu, memang ada betulnya. Kalau kita mau pandai kuasai angin, pergi negeri angin. kalau mau master udara, pergi negeri udara; beginilah lebih kurang. Dan bila sudah bergelar perantau, memang perlu sediakan mental yang kuat; bukan persiapan untuk masalah di hadapan, tapi untuk meredhai apa yang kita tinggalkan di kampung halaman.

Bersabarlah
Menjadi perantau, perlu ada motivasi, supaya kalau kamu downed, kamu boleh mensinergikan diri semula. Muslim WAJIB mengutamakan Al-Qur'an berbanding buku motivasi lain. Dari pemerhatian, ada dua ayat Al-Qur'an yang koheren dengan status saya (kita sebagai perantau). Pertama dalam Surah As-Syarh ayat 5:
"Maka [tetapkanlah kepercayaanmu] bahawa sesungguhnya setiap kesukaran disertai kemudahan."
Satu lagi ada dalam surah ke 67, ayat 15:
"Dia lah yang menjadikan bumi bagi kamu: mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantaunya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmatNya dan takutilah kemurkaanNya)."

Comments

Mawaddah Aufa said…
My dear, you're not the only one here :)Cheer up will you?

Popular Posts