Kita Tanya: Kenapa Kita?

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Huwaa~kenyang gila lepas melantak nasi bujang dengan kawan. Thanks Arif, sebab sanggup belikan kami. Nasi bujang pun, nasi bujanglah. Yang penting gendat gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati. Erk, sebenarnya bukan ini hakikatnya. And this is what I will nag you guys about in this entry. 

Hari neh

Entahlah kenapa, banyak kesukaran yang saya hadapi. Mulanya cell phone buat masalah, lepas tu komputer buat hal, berlakon diserang virus. Habis banyak benda dianggap corrupted dan ndak boleh buka. Time solat, serius. Sangat ndak boleh fokus pada bacaan, apalagi pada Tuhan yang disembah. Jiwa ndak tenang, asyik terfikir sesuatu (yang saya rasa lebih baik dirahsiakan jaa. Kalau orang tau, habis).

Jujur saya katakan, hidup saya selalu alami banyak masalah, especially kehilangan. Baru ja mau enjoy dengan satu benda, benda tu tanpa saya sedar akan hilang dari genggaman. Bila tengok orang lain dengan kebahagiaan yang jelas terpancar di wajah mereka saat bersama dengan perkara yang mereka damba, saya kadang-kadang titiskan juga air mata. "Kenapalah nasib saya begini?", tanya hati pada Tuhan.
"Sebagai Muslim, saya percaya dengan takdir Tuhan dan keadilanNya. AturanNya tidak pernah silap; bagi kepada yang berhak, dan rampas dari yang tidak berhak. Nikmatullah, sebab inilah dinamis. Sebab ia bergantung pada sikap yang kita tunjukkan padaNya, sikap kita dengan nikmat terbabit dan sikap kita pada orang di sekitar kita. Apa kita bersyukur dengan segalanya yang kita ada, atau tak. Ini intinya."
Ya, saya percaya ini dahulu dan masih percaya. Namun, merasakan diri diuji oleh Tuhan ratusan kali lebih kerap, lebih hebat berbanding kawan-kawan lagi, saya ndak boleh tolak that at times, saya akan persoalkan keadilan Tuhan But not in a way, that can make me go kufur. Naudzubillahi min zaalik!

Kalaulah hidup saya neh sebatang badan, maka kamu pasti akan lihat banyak calar-balar padanya. Banyak kudis dan luka yang kadang-kadang bikin hairan. Kenapa saya? Kenapa bukan orang lain? Di mana keadilan Tuhan? Serius. Saya objektivis, dan ndakkan sekadar berpuas dengan jawapan yang biasa-biasa. I'll go for the ultimate answer.

Detik persoalan terjawab  :')

Jawapannya, saya ndak cari. Gangguan masa tu semakin menggila. Saya sudah ndak khusyuk dalam solat, doa semakin berteraburan. Saya menangis. Saya kesal. Wahai Tuhan, apa yang telah aku buat? Kenapa kau uji aku begini? (Sekali lagi, ini suatu proses iman biasa: bertanya). Dalam solat 'Asar semalam, saya dapat jawapannya. And you guys should feel how wonderful it is to have your faith-related question answered~

Sedang asyik terkumat-kamit membacakan surah, kesenangan tiba-tiba bertandang. Mungkin Allah ilhamkan- entahlah- tapi minda saya yang sedang cuba untuk fokus diasak dengan pernyataan, "Supaya kamu tidak cintakan dunia...". Bisikan tu terus lagi menambah, sebaik saja baru pulang dari masjid, "Kerana jika kamu cintakan dunia, maka sukar untuk kamu melepaskannya, suatu hari nanti". Seriously, I was touched. Kalau itu somehow dari Tuhan, saya bersyukur sangat-sangat.

Ya, I'm a strong believer instead of a sceptic, again. Beginilah saya: lontarkan soalan iman, dan iman akan jawab persoalan tu. Mungkin iman neh macam software; ada banyak tools dan hardware di dalamnya. Lengkap untuk jawab satu dunia tentang itu dan ini. Kalau ada pembaca bukan Islam, saya recommend Islam sebagai software. Ada antivirus iman, sekali.

Apapun, berbalik kepada persoalan tu, saya sudah rasa lega sekarang. Cinta perlu dijuruskan kepada Dia dengan lebih banyak mulai sekarang. Now, I'm more liberal in facing any problems. Because I believe deep within it is God's regard to me. Saya sudah boleh senyum, walaupun sekarang neh, netbook saya sudah mulai menunjukkan simptom rabies tahap tinggi. Have begun to look forward to meet Him. To rest in peace.

Uhm... (Ini apa yang saya fikir, jadi kalau salah, rektifikasikan, OK?) bagi saya, ujian itu seumpama suatu pengiktirafan terhadap keimanan kita. Semakin kuat teruji, maka semakin majulah software yang memang sudah sedia tertanam dalam setiap jasad anak Adam. There's a reason for all God's Fate. Saya junjung kefahaman bahawa saya terlalu cetek ilmu untuk mempersoalkan perkara yang ndak sepatutnya.

Saya cerita neh, bukan mau cakap yang saya sempurna sudah kepercayaan. Tidak, itu takabbur namanya. Dan saya sedar konsekuensi takabbur kepada iman seseorang. Boleh sebabkan iman terformat, tau? Jadi yah. Sekadar berkongsi pengalaman hidup. Be grateful with what you have.

Berkenaan jawaban, saya ndak perlu ulas panjang. Cukuplah ayat ke-16 dan 17 Surah Al-A'laa sebagai jawapan. He's the best Answerer, anyway:
Sila klik pada gambar jika tidak jelas :)

Comments

Popular Posts