Peleburan (Reduksionisme)

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Fuh~hari neh penat buat banyak kerja (banyaklah sangat). Lagi banyak tidur kot, lagi banyak ber-Facebook. Tuntutan sebagai student? Ah, nantilah. NadJoliey kata, "It's not too late until it's over.". Bro, kalau saya nda score semester neh, semuanya kerana fahaman kau neh. Kau bertanggungjawab, OK?

Peleburan

Tanyalah mana-mana sufi; atau pertapa gunung-gunung maupun salikul haqq pasal perspektif. Mereka akan mendekati pandangan reduksionisme; bahawa semuanya bermula dari Dia dan berakhir kepadaNya. Peleburan sebegini, perakuan bahawa dia hamba yang akan tunduk pada perjanjian inilah yang memotivasikan Al-Jarraj untuk bertasbih sepanjang hidupnya. Inilah juga yang menjadikan Rene Guenon tertarik pada Islam, yang menarik banyak orientalis melihat Islam sebagai resolusi semua konflik.

Orang-orang gua sebegini, saya junjung tinggi kehebatannya menyama ratakan degree seorang jutawan dengan seorang pengemis yang kudung dua kakinya, bahkan pada suatu sisi, menjadikan mereka berselisih pula secara berlawanan menurut pemahaman duniawi. Pemahaman Islam saya melihat darjat sebagai relatif kepada amalan, sedangkan amalan itu sendiri merdeka dari betapa banyaknya harta. Ada orang kaya, atas hasutan kapitalisme, langsung tiada amalan. Ndak akan ditanya berapa banyak harta yang telah kita kumpul di dunia. Apapun, semuanya dari cara subjek terdefinisi. 

Definisi manakan boleh sama, seperti orang Putih menyebutnya, "No two men read the same book". Pada titik akhir pengertian, atau pemerhatian sumber, pasti ada perselisihan. Ini adalah fenomena dalam lembah keilmuwan, malah saya rasa adil untuk mengatakan khilaf sebagai salah-satu sifat pengertian. Jangan pandang ini sebagai ndak bagus ianya sihat. Ia membawa maksud adanya varian, ada masam dan manis dalam hidup. Anggap jaalah itu hidangan, di mana kita akan bertukar rasa, saling cuba memahami satu sama lain. Bukan diperkira sebagai pedang dan sabit; dilagakan pada tubuh dan pemikiran saudara sendiri.

Masuk semula

Mungkin silap saya kot. Saya sedar, latar belakang begini dan begitu, yang tercemar dengan sikap lampau yang terlalu berfoya-foya ndak memungkinkan saya untuk digelar sebagai perwakilan definisi yang reliable. Kewujudan unsur-unsur objektivisme-reduksionisme, ditambah dengan ego yang pada jiwa saya yang seakan berlawanan dengan mesej yang saya selalu ingin sampaikan dalam penulisan saya menjadi sekatan untuk orang menerima apa yang saya percaya sebagai kebenaran. Or at least, at the degree from which I see and explain things. 

Mungkin jugak kerana saya bukan sang agama yang tau banyak selok-belok. Setakat mengalahkan dua, tiga ateis tu belum cukup untuk mengangkat darjat saya (ironi di situ). Setakat tahu menewaskan Syi'ah belum menjadi sijil untuk betul-betul mengeluarkan pendapat. Orang pasti akan kata, "Fatwamu itu berlawanan dengan Salafi. Kau tarik cepat!"

Maafkan juga saya kerana saya point out benda-benda hipersensitif seperti nasib di Neraka, sepuluh juta bakul  najis dan sebagainya. Otak neh sudah lama ndak disucikan, beginilah jadinya. Tetapi jujur, sejujur-jujurnya, ndak sangka akan meninggalkan kesan sebegitu parah. Dan ikhlas saya katakan ini; saya minta maaf.

Mengharapkan...

Semasa dialog informal tu, masa saya memulakan topik, after I uttered, "Kaya atau miskin, sama jaa!", saya mengharapkan untuk ditanya, "Kenapa pula?" atau "Cuba jelaskan,". Tapi saya mendapat suatu ayat yang saya trauma gila bila ingat: "Ndaklah~". Tanpa diberi kesempatan untuk menjelaskan pendirian. I felt so bad about myself and terus teringat blog. Jahatkan, saya? Ndak ingat langsung untuk menuju kepadaNya, minta penjelasan. Minta ditenangkan hati. Blog neh jugaklah mangsa.

Namun, sekali lagi saya kata-maafkan saya. Mungkin saya ndak patut ikut dengan fahaman reduksionisme para sufi. Mungkin saya terlalu polos, terlalu buta untuk melihat betapa objektifnya pandangan kamu semua. Pasal neraka dan sebagainya, saya sumpah: demi namaNya, saya bersikap umum. Saya ndakkan tarik balik pernyataan saya yang menyebut bahawa mereka yang melihat semuanya dari kaca mata duniawi ndakkan selamat. Kalau ada fatwakah, atau istinbat 'ulama yang melarang sedemikian, saya mohon ditunjukkan.

Pengertian kita tiada berlawanan, sekadar berbeza. Hitam bukanlah antonim biru, namun itu ndak menyama ratakan jenis mereka, lebih kurang beginilah. Saya cakap di atas, perbezaan; itu sihat. Saya suka untuk berbeza pendapat, tambahan lagi saya neh bekas Perenialis dan Muktazilah; bila-bila masa ja boleh ditumbangkan. But then, if I have the truth, what should I be scared of?

Pendeknya; kamu tengok dari kaca mata kenalaran (objektiviti) manakala saya lihat dari kaca mata reduksionisme. Namun serendah manapun saya leburkan semua sehingga menjadi saksama yang kaya dengan miskin, cacat dengan sihat, indah  denganhodoh, pandai dengan pintar, kuat dengan lemah, hamba dengan tuan, anak dengan bapa,  pengemis dengan jutawan, manis dengan pahit, sedap dengan kurang enak malah laju dengan lambat; saya ada dalil Al-Qur'an. Buka Surah Ad-Dhuhaa ayat 4, Surah Al-Qiyamah ayat 20-21, Surah Al-Mulk ayat 2 juga Surah Al-A'laa ayat 16-17.

Saya sufistik? Mungkin. Tapi kalaulah sufisme itu maksudnya pengikut setia Tuhan, pengaku hakikat kehambaan: ya. Dengan yakinnya saya kata saya sufistik. Dan ya, saya tulis neh dengan jemari yang menggeletar. Hahahahaha :D

Harap dimaafkan, saudara.

Comments

Popular Posts