Budi


ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Yeah~kelas hari neh habis jam 12.00PM kot. Best gila bertambah lagi, berlipat kali ganda dengan kemurahan hati Ustaz Muaaz menghalalkan dua kelas yang kelas kami berhutang (tatabahasa berhambur kerana kegembiraan muahahaha). Sayang Ustaz Muaaz dan saya ketua kelas kami, Ardie. Ahahahaha. Pandai dia urus schedule. Sampai tiada kelas bha. Ini barunya keefisienan. Eh, saya mau kongsi cerita panas neh. 

Cereka

Ada satu cerita pasal seorang imam yang first time naik aeroplane (saya rasa kamu pernah dengar cerita neh). Ianya pasal wudhuk. Tengah tuk imam tu melelapkan matanya pada kusyen tempat duduk, cell phone-nya berbunyi. Terbangkit dia dengan dahi berkeringat, lalu beristighfar. Kelam-kabut jugak dia umpil dari poket jubahnya, sedar bahawa dalam penerbangan, ndak dibenarkan untuk menghidupkan telefon. Hairan jugak dia, siapa lagi telefon neh. Macam mana boleh orang telefon, sebab dia ingat HP tu sudah diletakkan dalam flight mode. Tengok depan belakang, dua tiga orang pramugari merenungnya dengan muka ganas gila. 

Bila dibuka, oh; rupanya penggera yang berbunyi, bukan telefon. Pada skrin HP yang berkelip-kelip tertulis, "Fardhu Isyak". Ditekan punat 'Snooze'. Kebetulan lepas tu, seorang pramugari kekurangan kain menuju ke arah si imam. Mukanya dipaksa untuk senyum, tapi keningnya tetap menampakkan kejengkelan. Bibirnya yang merah berpalit gincu ndak dapat sembunyi ke-annoying-annya. Apatah lagi si imam neh nampak macam kolot-kolot. First time naik kapal, mungkin.

"Uh, nak!" si imam memanggil sambil tangannya dilambai. Dia sampai kepada si imam, pramugari tu tunduk dan dia nampak imam tu macam mau cakap something sesuatu. Untuk seketika, si pramugari teringatkan ayahnya. Kemarahan merosot mendadak.
"Pak cik, sila matikan telefon bimbit. Pak cik akan mengganggu sinaran komunikasi kapal terbang."
"Oh," si imam ndak ambil port, then sambung, "Kat mana boleh pak cik ambil wudhuk, nak?"
"Alah pak cik. Kami tidak menyediakan kemudahan sedemikian," balas si pramugari selamba dadah. Dia berlalu dari situ.

Ada kesugulan di wajah lelaki tua tu. Mula-mula, si pramugari rasa bagus, but then, dia rasa ndak senang. Bayangan bapanya yang sedang terlantar sakit di rumah menyerang. Lantas dia bergerak kembali ke tempat duduk pak cik tadi. Kawannya yang lain kehairanan. Eh, biar betul ini Zainab. Biasanya dia alah dengan orang tua, apalagi yang berjubah berserban macam tu. Tapi dorang sekejap ja ambil kisah, lepas tu, perhatian teralih kepada anak seorang penumpang kelas perniagaan yang sedang merengek. Zainab meneruskan langkahnya.

"Pak cik, pak cik nak solat ye?" Pak cik tu angguk slow motion. Hahaha. "Pak cik masuk ke sana," katanya sambil menunjukkan suatu bilik kecil di hujung fiuslaj kapal dan menyambung, "Pak cik hidupkan paip, tapi  ambil air perlahan-lahan tau,". Si imam yang tadinya sugul, bertukar ceria. Dalam masa yang sama, si pramugari dapat merasakan ada suatu kebahagiaan yang belum pernah dia rasakan. Senyuman kepuasan terukir pada wajahnya yang tiada cela tu.

Si imam pun terkedek-kedek bergerak ke tandas tadi. Sempat dilemparkannya senyuman kepada si pramugari, bahagia. Lepas dia selesai ambil wudhuk, terus bergerak semula ke tempat duduk. Penumpang yang duduk di sebelahnya orang Putih, jadi panik jugaklah tengok si imam tiba-tiba bertakbir perlahan. Mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu, matanya tertutup rapat. Memandangkan kebanyakan penumpang sudah tidur, lampu kapal lagi sudah padam, maka khusyuklah si imam neh.

Selesai, dia panggil semula pramugari tadi. Kalau tadi dia buat muka annoyed kan, kali neh pramugari tu sudah boleh tersenyum. Si imam mengurut-urut janggutnya yang masih basah dek air wudhuk. Bila pramugari tadi sampai dekat dia, si imam meminta secawan kopi pracampur. Wah, baik pramugari neh. Dia pergi kabinet kapal dan buatkan. Serahkan pada si imam. Bayangan ayahnya datang lagi.

"Nak, sebelum pak cik terbangun untuk solat Isyak tadi, pak cik bermimpi akan seorang wanita yang sedang meniti sebuah jambatan yang sangat nipis. Di bawah jambatan itu, ada api yang sedang marak menyala. Si gadis tadi bersusah-payah untuk melintasinya dan tiba-tiba salah-satu jalur api menyambar kakinya. Dia jatuh. Tiba-tiba ada seorang lelaki dengan sayap sebesar-besarnya datang kepada pak cik. Dia kata, kalau mau perempuan tu selamat, pak cik kena laksanakan solat Isya' masa tu jugak. Itulah pak cik terbangun lalu bertekad untuk melaksanakan solat Isyak masa tu jugak. Terima kasih, bantuan kamu telah menyelamatkan gadis itu," si imam tersenyum.

Dahi si pramugari berkerut antara percaya dan ndak percaya. Kalau menipu, ndakkan pulak. Dah berserban begitu, masakan pulak menipu. Kalau mau percaya, dia ndak punya bukti. Anyway, si imam time tu tengah menghirup kopi pracampurnya yang sudah separuh sejuk. Wap minuman itu bergulung, sebelum lesap.

"Nak, perempuan itu kamu, nak," kata si imam.

Kemuliaan 

Kemuliaan itu ndak semestinya datang dari jalan yang sukar. Keselamatan itu tidak semesti perlu berqiyam semalaman. Kebahagiaan itu tidak semestinya bukan dari punca yang kita ndak suka. Penerimaan dan keikhlasan kita membantu ke arah pencapaian sesuatu, apalagi yang bersangkut-paut dengan perihal fardhu ain sudah dikira cukup tinggi. Begitupun, ini bukanlah cereka yang boleh kamu jadikan fatwa untuk sekadar membantu melaksanakan fardhu ain tadi, dan bukan melaksanakannya untuk diri-sendiri.

Betapa dekatnya kita antara Syurga dan Neraka, kadang-kadang. Dengan beza satu amal mungkin, semuanya berubah. Dan perkara yang paling memberati amal kita adalah budi pekerti, tahu (HR. Tirmidzi r.a). Solat sebagai cop pengesahan amalan, selebihnya akan sah selepas solat (HR. Ad-Darimi). Dan memandangkan kita ndakkan tau benda-benda sebegini, why don't we treat all choices as the decisive choices; choices that will determine our seat in the Hereafter? Saya pun tengah amalkan ini dalam kehidupan, inshaAllah.

P/S: anyway, sila betulkan jika sanad disalah letak.

Comments

Popular Posts