Bulan dan Bintang Bukan Lambang Islam

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Bila ternampak bulan dan bintang, terus terfikir Islam. Ini adalah imaginasi konvensional, atau simbolisme ortodoks yang memang dibajai secara tidak langsung ke dalam umat Islam. Bahkan yang bukan Islam pun, kalau tengok simbol neh, terus teringat akan kawan mereka Mahmud dan Adli yang alim solat sepenuh masa. Bulan bintang dan Islam berpisah tiada.

Sudah lama mahu membincangkan hal ini, baru hari neh yakin untuk  membuat pendedahan. Sebenarnya, saya berasa kurang senang mellihat simbol ini di atas kubah, pada kulit-kulit buku Islamik dan pada bendera negara-negara Islam. Walaupun pada kefahaman kontemporari, yalah; bulan dan bintang itu diertikan sebagai Islam, tapi kalau semak sejarah, boleh sedih hati.

Jum, selak sejarah
"Di atas kepala raja, pada puncak papan batu, adalah bintang atau cakera suria yang bersangatan besarnya, terapung di dalam bulan sabit."
Petikan di atas adalah dati Ur-Nammu, kod undang-undang Mesopotamia. Dari sini difahamkan, kewujudan simbol bulang-bintang adalah hampir 2700 tahun lebih tua sebelum kemunculan al-Islam, agama terbaik di dunia. Kalau hendak difikirkan logik, masakan dihalalkan mengambil simbol dari masyarakat agama lain (sembah berhala, okay) untuk agama tauhid ini?

Bulan-bintang terkenal sebagai simbol berhala tamadun Sumeria. Bahkan menurut Irvin L. Finkel, bulan-bintang adalah simbol dewa Nanna (bulan sabit) dan Inanna (bintang). Dari perspektif Molnar, penulis buku 'The Star of Bethlehem' pula, bulan-bintang digunakan oleh Raja Babilon untuk menunjukkan penguasaan kosmik mereka. Beliau mengujar, bulan-bintang itu simbol dewa Sin (dewa masa) dan Shamash (dewa langit dan bumi). Ada juga mengatakan bulan-bintang digunakan oleh orang-orang Roman untuk mewakili dewa Perseus.
 
Dari kiri: al-Uzza, al-Latta, al-Manar. Yang saya tak faham, kalau sembahan mereka perempuan, kenapa anak perempuan dianggap memalukan keluarga? Tak fahamkan orang Arab Jahiliyah neh.

Sebelum kedatangan Nabi Muhammad SAW, penyembahan bulan-bintang dikaitkan dengan dua daripada tiga dewi yang disembah penganut agama wathani di Mekkah, yakni al-Manat (dewi bulan dan masa) serta al-Uzza. Maka, penggunaan simbol bulan-bintang untuk berhala-berhala yang Nabi Muhammad SAW sendiri musnahkan adalah ironis.

Tidak cukup di situ, bulan-bintang juga digunakan oleh tamadun Persia atau Iran Purba, khususnya Mithras. "Jata rajanya, lapan bintang bersinar dan bulan sabit, mewakili dewa kelelakian dinasti, Zeus Stratios atau Ahura Mazda, dan Men Pharmacou, dewi bulan purba Parsi," (dipetik dari Andrew G. Traver, From Polis to Empire—The Ancient World c. 800 B.C.–A.D. 450). Nampak penggunaan bulan-bintang sebagai ikonograf agama Zarasthura yang mengamalkan dualisme (dua tuhan).

Bagaimana ia menjadi simbol Islam? 

Seperti dijelaskan tadi, bulan-bintang telah menjadi simbol dewa di Parsi atau Iran Purba. Datangnya orang-orang Sassanid yang menjajah negara ini, menjadi titik tolak adopsi simbol berhala ini. Penggunaan syiling yang bermotifkan dewi dan dewa Ahura dan Men dikekalkan. Lalu ia dipahat pada mahkota raja Sassanid, pada bendera.
Memandangkan Sassanid ini empayar Muslim, maka penggunaan simbol bulan-bintang di medan perang mahupun dalam perniagaan menjadi lambang Islam. Dilihat pertama kali oleh Tentera Salib dalam Perang Salib, meskipun dalam keadaan menegak, yakni bintang di atas bulan dan mulut bulan sabit menghadap ke atas (sehingga abad ke-14, simbol bulan dan bintang terletak bersebelahan masih digunakan sebagai ikon agama Kristian, seperti yang dipakai gereja terawal Morea oleh St. John Chrysostom).

Huda, penulis 'A Crescent Moon - A Symbol of Islam?' pula menegaskan bahawa simbol bulan sabit yang wujud di Istanbul dan Bizantin adalah kesan kepada penyembahan dewi Diana, dewi bulan. Menurutnya, simbol bulan sabit sebagai simbol agama juga dihipotesiskan berasal dari sejarah peristiwa kemenangan orang-orang Rom terhadap golongan Goth, yang jatuh pada hari bulan sabit.

Pertembungan tamadun antara Sassanid dan penyembah Mithras di Parsi, serta orang-orang Turki dengan dinasti Bizantin, telah membuka jalan kepada proses amalgamasi atau peresapan nilai budaya. Lantaran itu, sebahagian ahli sejarah mengetengahkan pendapat, bahawa bulan-bintang adalah simbol nasionalisme Empayar Uthmaniyyah sahaja, dan bukan simbol Islam.
Ditemukan di mausoleum Richard Isabelle.
Pendapat saya?
Entahlah. Memang benar ada hipotesis alternatif. Gerald Hawkins dalam 'Stonehenge Decoded' menyatakan bulan-bintang mungkin mewakili langit malam Nabi Muhammad SAW menerima wahyu, di mana bulan dan bintang kejora duduk berdekatan pada 23 Julai 2013. Namun ini masih tidak dapat menafikan rasa janggal saya melihat ia sebagai simbol Islam atas beberapa dasar.
 
Ratana Paa adalah agama lain yang menggunakan simbol bulan-bintang zaman ini
Nabi Muhammad SAW sendiri tidak memakainya. Ataupun mensabdakan wahyu yang sekurang-kurangnya membuka jalan kepada kebolehan menggunakannya sebagai simbol Islam yang tauhidik. Begitu juga dengan Para Sahabat, Ahlul Bayt, para tabi', dan tabi' tabi'in, ulama-ulama klasik yang muktabar, mahupun sesiapa yang punya autoriti berkenaan hal ini.

Penggunaan bulan-bintang dahulunya lebih bersikap politik, dan bukan religius. Maka penggunaan bulan-bintang untuk mewakilkan Islam itu adalah tindakan tidak rasional langsung, kerana signifikan bulan-bintang dalam akidah, fiqah mahupun tasauf tiada langsung. Mungkin ada boleh mengatakan bulan itu petanda tarikh-tarikh penting dalam Islam, namun bagaimana dengan bintang?

Ketiga, faktor sejarah simbol bulan-bintang itu yang sangatlah tepu dengan elemen politeisme, kesyirikan dan antromorfologi tuhan. Hal ini yang paling merisaukan saya, kerana kita tidka bercakap berkenaan furu' tetapi hal yang mendasari Islam. Bukanlah Nabi Muhammad ikonoklas (pemusnah berhala)? Tahu-tahu, kita di masa depan mengangkat semula simbol-simbol musuh akidah wathani ini, malah meletaknya di puncak rumah Allah, yakni masjid.

Sebagaimana kita menolak disambut Hari Valentine, Hari Ibu dan Hari April Fool, saya rasa kita harus mempertimbangkan semula penggunaan simbol bulan-bintang apatah lagi apabila kita menyelak balik sejarahnya yang sangat menakutkan.

Comments

Popular Posts