Perihal Menghargai Diri

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Saya masih berfikir-fikir bila waktunya untuk saya benar-benar serius dalam menjadi seorang blogger. Waktu menulis ndak tetap, bahasa berterabur, entri entah apa-apa; memang stres jugak dengan diri-sendiri. But hey, kalau diri-sendiri rasa puas dan lega, itu sudah kira berjayalah, kan?

Huhuu~mungkin terlalu ter-psycho untuk menjadi blogger berjaya seperti NadJoliey dan farahmusa (dan ZJ jugak!). Upon that, saya tertanya: apakah perlu kejayaan diukur pada badan orang lain? Soalan kedua: kenapa orang lain boleh buat, sya ndak boleh buat pulak?

Mengetahui had adalah suatu penemuan kebahagiaan baharu

Semua kita sama, dari segi keamatan darjah keunikan kita. Jadi, jangan saling mengutuk, tapi salinglah kita memperbaiki.
Saya ndataulah kalau kamu masih ingat wasiat saya yang saya tulis dalam beberapa entri sebelum neh. Wasiat tu saya tulis ndak kontra sangat; rahsianya boleh diperoleh kalau kamu betul-betul delve apa yang saya tulis. Oleh kerana saya comel lagi baik hati (Yassin, riak tu dosa, tahu!) -interrupt jap: main-main jaalah. Hehehe. OKlah, kerana saya masih ada sedikit rasa baik hati di sebalik segunung kebencian dan jahat jiwa, saya mau ulang sebutlah, wasiat tu.

Dan ia sudah tersebut di atas: mengetahui had sendiri adalah suatu penemuan kebahagiaan baharu. Mari saya terangkan pula how this will works. Baca, yah! (Yaaa... penat tulis ni. Kalau kamu ndak baca, ndataulah LOL). Laa ikraha fiddiin; sambung bacaan di bawah.

Bila kita melakukan sesuatu, jangan pergi terlalu ekstrem. Jangan tertipu dengan soalan motivasi: "kalau orang lain boleh buat, kenapa aku ndak boleh?", sebab ini adalah penghinaan terhadap batasan individu. Setiap dari kita ada kelebihan dan kekurangan masing-masing; ada limit-lah, senang cakap. Apa yang orang lain boleh buat, ndak semestinya kamu boleh dan patut buat. Respect your own body.

Re-post... boleh bha, kan??
Maksud saya dengan wasiat di atas ialah, kaji diri dan batasannya. Bila kamu sedar batasan dan kelebihan kamu, kamu akan sedar bahawa dirimu adalah unik. Sama uniknya dengan orang yang ingin kamu contohi/ikuti/idolakan. Kesedaran bahawa kamu unik dengan dalam aspek-aspek tertentu akan menyebabkan kamu menghargai diri-sendiri. Finally, kamu akan sayang diri-sendiri.

Mudah, bukan?

Comments

NadJoliey said…
Sarkastik. Sy manada succesful.. SS ja.. Haha. But I have fun.
Sven Medyona said…
Hahaha. Saya nampak tu (yang kau enjoy diri kau). Sebab itulah, saya gelar kau blogger berjaya.

Popular Posts