Mengejar Sesuatu

Semoga esok ada lagi. Rindu matahari, bila bulan mendatang.
ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Sudah keluar dari 'Kelab Bloggers' yang ada dalam Facebook tu. Rimaslah sana, serius. Dengan permintaan mem-'Follow' yang tiada berhenti, siap tag nama lagi. Jenuh menekan buang 'Follow' dengan 'Done' tu. Jemu membaca "Saya dah Follow awak, awak Follow balik, OK?" (gah, kejamnya jemari ini LOL). Hampir tertipu dengan cita-cita mau mengkomersialkan blog. Bila sedar saya sudah lari jauh dari landasan, pukul kepala dan teriak sendiri: "What the hell am I doing?"

Setakat neh, perjalanan blog berjalan lancar. Template sudah kira baik, ada author baru dalam ini rumah dan lagu blog memang sangat tepat citarasa (penat cari lagu ini). Syurga yang sempurna untuk saya memperkatakan segalanya pasal kehidupan, dan yang ada berdiri selepasnya. Lantaklah manusia ndak kisah, Tuhan baca. Tuhan baca hati saya :)

Beberapa blog yang sudah saya 'Follow', memang saya letak dengan penelitian yang sungguh-sungguh. Pastikan saya 'Follow' kerana kepintaran dalam penulisannya, dan bukan sekadar ingin meluaskan jaring, emnyeru lebih ramai untuk ke sini. Itu hampa. Kalau kamu sedar yang kamu di-'Follow' oleh saya, sila tepuk tangan untuk diri-sendiri (akan 'Unfollow' banyak blog, lepas neh).

Dear XXXX yang 'Invite' saya ke 'Page' tu, maaf sebab keluar dari sana. Sebabnya ada dua: saya ndak kenal siapa tu Ben Ash'ari dan sebab saya ndak selesa dengan atmosfera megalomaniak di sana. Saya takut lari landasanlah. Heck, you know how much blogging worth for me. :)

Mengejar sesuatu

Tujuan saya menjadi blogger adalah kerana mengejar sesuatu. Ngomong sama tangan kalau kamu mau tanya apa sesuatu itu, saya ndak tau. Masih dalam pencarian kepada persoalan itu. Orang selalu pandang enteng dekat saya yang baru bermula, saya kata: "IDGADT!" (Try cari maksud akronim neh). Mendengar secara malar apa orang lain kata, maka kita akan bantut. Ini pernah saya baca, "I write to express, not impress."

Comments

Popular Posts