Bagaimana Perkara Yang Lagi Simple, Lagi Baik

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Kegilaan mengepos semakin berleluasa (dui, macam wabak gitu). Kali neh, saya mau tunjukkan bahawa ke-simple-an kadang-kadang memberi natijah yang lebih berkesan dari kerumitan. Pernah nampak filem 'Ratatouille' kah? Kalau pernah, mesti kamu kenal si Ego, pengkritik makanan yang buatkan Linguini membunuh diri kerakan kritikan kerasnya. Namun, pada akhir filem tu, dia ada cakap something like this; "It's the everyday (or normal) thing that gives the greatest effect, and it may come from someone normal". Hahaha. Bukan betul sangat, itu apa  yang saya boleh ingat.

OK. Pernah nampak 'Al-Hijab' tak? Kawan saya kata filem tu seram, sampai ada yang demam. Hukaloh, saya percaya; dan cabar diri tengok filem tu malam-malam dengan famili. Tiadapun seramya, efek jer lebih. Bits of that film are from other horror movies, for instance; pasal orang memberi signal lampu kepada Pierre Andre yang sedang memandu, sebab ada hantu di atas keretanya. Ini cebisan filem Thailand, 2004 'The Sister'. Keaslian memang dipertikai sangat. 2/10 untuk 'Al-Hijab' (kejam gila).

Anyway, saya pernah bha buka YouTube dulu. Tengah cari video hantu untuk di-pop corn, saya terserempak dengan satu klip video yang sangat baik pembuatannya. Jalan cerita, sudut filemnya, pelakonnya dan SFX memang gila kentang terbaik. It was a Malaysian film, and its originality is undoubted. Memang terbaiklah: ini yang kita mau. Rating filem tu, 8.2/10 kot. Lebih tinggi dari 'Real Steel' dan 'Immortals'. Itu pendapat sayalah. Bha, tengoklah neh:

Pengarah tempatan perlu belajar sesuatu dari budak-budak neh. Mereka tidak mementingkan keuntungan. Mereka pentingkan originality dan manifestasi budaya Malaysia. Bukan terlalu mat salleh wannabe macam filem 'KL Gangster' dan 'Cicakman'.

Untuk filem tradisional lain seperti 'Puntianak Harum Sundal Malam', 'Puteri Gunung Ledang' dan lain-lain, saya turut beri markah tinggi. I mean; come on, man! Kita ada segedung budaya yang sudah kaya, yang perlukan pendedahan dari kita sendiri. Untuk menunjukkan bahawa apa yang kita ada, turut boleh jadi viral.

Comments

Popular Posts