Percubaan Pertama

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Semoga Allah memberkati anda semua. Ini adalah kali pertama saya menulis sebegini bebas. Ia diluar kebiasaan saya. Terima kasih kepada seorang insan yang saya suka panggil sebagai sahabat, Mohd Yassin. Namun saya harus terima kenyataan bahawa saya harus mencuba sesuatu yang baru dan belajar untuk mengambil risiko dalam hidup. “If you choose not to succeed, then don’t bother trying something new”.

             Seperti yang anda sendiri lihat, saya masih mencuba untuk menyesuaikan diri dalam keputusan yang saya buat. Sebenarnya, terlalu banyak peluang-peluang yang tersedia untuk kita di luar sana. Terpulang kepada kita sahaja samada untuk grab the chance, atau memilih untuk mensia-siakannya. Seperti saya, sedang mengambil risiko dalam memilih bidang kerjaya. Dunia kejururawatan. Pada hari pertama orientasi dalam kolej saya, Head of CEO kolej saya bertanya, “how many of you are here because of your parents?”. Ramai yang mengangkat tinggi tangan. Termasuk saya. Memang itulah mindsetting saya. I am here now because of my mother. Walhal, tiada siapa pun yang memaksa saya untuk memilih bidang ini.

           Saya masih ingat lagi pada malam saya mengambil keputusan SPM 2009 saya. Mama dan babah meneliti slip tersebut. Result yang bukanlah dapat dibangga-banggakan. Saya cuma lega kerana semuanya kredit. Itu sahaja. Mama saya menelefon  keluarganya di Tenom untuk bertanya pendapat. Rata-rata saudara sebelah mama memberi cadangan agar saya mengambil bidang perguruan. Saya terdiam sejenak. Saya tidak mahu mengambil risiko untuk mengajar murid-murid. Entah lah, saya merasakan bahawa, saya akan menjadi seorang tenaga pengajar yang gagal. Manakala di sebelah Kota Kinabalu pula, keluarga sebelah babah, mensuggestkan agar saya menjadi engineer. Alamak ! saya kata, saya bertungkus lumus untuk belajar subjek sains tulen selama dua tahun ini, sekarang saya mahu shift ke kejuruteraan? Kalau begitu, baik awal-awal lagi saya belajar subjek Lukisan Kejuruteraan seperti yang lain. Bukan tidak pernah mama dan babah saya bertanya kemahuan saya sendiri. Ada juga saya suarakan minat yang mendalam terhadap dunia keseniaan, ingin menjadi seorang wartawan penyiaran. Tiada siapa pun yang membantah. Namun akhirnya, saya pilih juga bidang Nursing. Saya ulangI, SAYA PILIH BIDANG NURSING.

Saya tahu, saya sedang ambil risiko yang besar. Siapa sangka sebenarnya untuk menjadi seorang jururawat yang cekap dan bijak itu sebegini payah. Sukatannya, sedikit sahaja lagi sama dengan sukatan kursus kedoktoran. General Doctor la, bukannya specialist. Tapi apa yang ingin saya tekankan di sini bahawa, ada masa kita berusaha untuk mencuba dan mencuba walaupun kita tidak tahu bagaimana dengan hasilnya nanti serta apa kesukaran yang kita bakal lalui. Namun begitu, kita tetap berani untuk keluar daripada zon selesa, mempertaruhkan masa depan demi masa depan.

Ustazah di sekolah menengah saya selalu berpesan, “betulkan niat anda”. I’m trying to. Instead of grumble that the reason I’m doing this is because to fulfill my mama’s wish, I need to reset my mind and heart, I do this for the sake of my future. I know it is hard, Allah will be the main reason. ‘My Prayer and my sacrifice and my life and my death are all for Allah, the Lord of the world’. Di panghujung kepada setiap penderitaan, pasti ada kebahagiaan. Betul atau tidak? Jika mahu lebih pasti, lihatlah pada kehidupan anda sendiri. insyaAllah, anda akan lebih memahami. Sekian sahaja percubaan pertama saya ini. Wassalam.


Comments

Popular Posts