Bermimpi

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Rajin pulak blogwalking malam-malam neh. Dalam jalan-jalan tu, saya tertarik dengan entri seorang blogger pasal impian. Kalau minat, sila lihat di blog list blog neh. Dia tulis blog memang dengan serius, tabik spring. But her latest entry is the most awesome: dreaming.

Hey owner, if you ever read this, forgive me for plagiarising it. It's too damn cool to be kept
Bermimpi yang saya cadangkan di sini bukan bermimpi macam yang selalu kita buat masa tengah tidur tu. Ini pasal mempunyai impian yang dikejar dalam hidup. Of course sebagai Muslim, impian mutlak adalah untuk menemui Dia di syurga dan duduk bersisih dengan Baginda Rasulullah SAW, jadi, ini bukan juga impian yang melibatkan akhirat. Impian yang saya maksudkan adalah impian duniawi (kenapa ndak sebut awal-awal =.=").

Impian mungkin adalah perkara yang paling abstrak, subjektif dan relatif sekali di dunia. Ia terikat pada pengalaman lepas, potensi, motivasi, pendedahan eksternal, kebendungan, dll. Kamu boleh mengimpikan apapun, di mana saja, sebanyak yang kamu mau. Tiada manusia yang berhak menghalang kamu untuk membina impian.

Yang selalu dilupakan pasal berimpian adalah ia bukan satu proses, tapi komponen kepada pencapaian secara ekstravaganza. Most of us would think of becoming billionaire, top writer, model, novelist: you name it, and stop it just to that. Most of us always assume dreams as the end point of itself.

Ini... ini narsisistik, tapi harapnya bermanfaat.
Impian adalah untuk dicapai, bukan sekadar dibina pada kekosongan jiwa. Penterjemahan impian melalui usaha perlu sentiasa ada. Kerna ia bukan saja menjadikan kamu optimis, tapi menjadikan orang lain optimis terhadap kamu dan cita-cita kamu.

Mendiang Colonel Sanders dulu, kalau bukan kerana usahanya menemui ratusan calon  bagi mendanai perusahaan resepi turun-temurun keluarganya, mesti sekarang kita ndak rasa Kentucky Fried Chicken (KFC) dan Snack Box (it's hard to even imagine it). Kerana optimisme yang beliau tunjukkan terhadap impiannya membina restoran kecil-kecilan melalui usaha yang berterusan, Gabenor Ruby Laffoon mengiktirafnya.

Yang turut ndak patut dilupakan adalah Charles Dickens yang mulanya hanya bekerja sebagai pengupas kulit kentang. Beliau yang bermula dengan penulisan berdikit sebagai hobi dan keghairahan (which is, another type of optimism) diikuti dengan ribuan kritikan akhirnya menjadi penulis paling prolifik di dunia.

Jadi, kamu nampak ironisnya? Impian tidaklah terikat sepenuhnya kepada pengalaman lepas, potensi, motivasi dan faktor lain yang baru ja saya sebutkan di atas. Semuanya pasal keinginan dan usaha. Pasal sejauh mana kita mau apa yang ada terlakur antara minda dan hati terwujud jadi kenyataan.

Comments

Popular Posts