Bahasa oh Bangsa !

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH


                 Semoga Allah memberkati anda semua. Wah, ini entry yang kedua. Tahniah Yassin, kau telah berjaya meniupkan sedikit keyakinan dalam diri aku untuk terus menulis. (hehe). Oh ya, terima kasih atas your sweet words. I appreciate it. Tapi nampaknya aku tidak dapat bercakap lanjut kerana everytime this mouth speaks, ada unsur humble di dalamnya. Jadi, can’t help it. Kita beralih topik. Apabila terbaca perkataan cemburu, which I think you know di mana saya membacanya, ia menjentik saya untuk mengupas dengan lebih lanjut. Suatu kupasan yang anda mungkin tidak akan dapat dalam mana-mana kamus dewan ataupun, Google® search. Nampak macam lari dari tajuk kan?
Wait, I go too formal. Let us be just… relaxed. Ya, cemburu. Dalam pada usia keremajaan kita yang meningkat ini, jangan ada yang berani mengaku bahawa tidak pernah tahu apa itu cemburu. Saya yakin, semua yang mempunyai jiwa dan hati pernah merasai cemburu. Sama lah kita. Saya juga begitu. Bagi saya, cemburu ini selalu seiring dengan hatred. Perasaan kebencian, iri hati… bukan kah semua itu menuju suatu jalan yang sama? I once hating English. Well, actually, still hating it. Tapi lihat, jika kita mampu menguasai perasaan kebencian itu dan sekaligus menghalang daripada kebencian itu yang menguasai kita, kita sebenarnya bisa melakukan sesuatu bagi mengatasinya.
For example, saya benci bahasa Inggeris sebab saya rasa ianya sukar untuk dikuasai, sukar untuk disebut, sukar untuk dipelajari. Tapi, kerana rasa itu lah saya terdorong untuk mencintainya. Saya tidak lah cakap yang saya ni hebat bahasa Inggeris. Ish, riak namanya tu. Saya masih belajar bha. Situasinya lebih kurang dengan betapa dahulu saya benci dengan Yassin. (Alamak, nama kau kah tu? Hehe) sebab semakin saya mengenalinya, semakin saya envious. Mengapa dia berkemampuan untuk menjadi sepintar itu padahal saya masih lagi dalam dunia yang samar? Namun kerana benci dan iri hati itu lah saya terdorong untuk mencabar diri saya agar lebih memahami kehidupan yang sarat dengan ilmiahnya. Dan here I am, blogging. Terima kasih sahabat.
Bercakap pasal bahasa, ini lah yang saya mahu kongsi. Bahasa mencerminkan budaya, atau lebih tepat, bangsa. Dahulu sewaktu saya hardly can differentiate bahasa dan bangsa juga masih tidak memahami nilai perkauman kerana usia yang masih terlalu muda, saya sentiasa disuap dengan pelbagai tohmahan terhadap bangsa lain. Biasa lah, nama sahaja bumiputera Sabah, latar belakang, budaya, susur galur dan adat semuanya berbeza. Ada yang memberitahu saya agar stay away from those Philipino la, Indons la and paling famous waktu itu, Buginese. Sehingga saya menjadi benci kepada orang-orang berbangsa tersebut. Maaf jika saya kedengaran racism. Ini bangsa saya yang bilang bha, saya di-psycho abis time tu.
Kini apabila saya menginjak usia remaja, tanpa disedari ramai kawan-kawan saya terdiri daripada bangsa Bugis. Sehinggakan saya tertarik untuk mengenali kaum minoriti ini. Satu cabaran saya yang paling besar setakat ini adalah, untuk mempelajari bahasanya. I’m almost giving up. Sebab saya tak ada teacher, ya, Google® search ja lah yang membantu. Ada juga saya meminta agar diberi tunjuk ajar. Tapi saya sedar, sedangkan bahasa Bajau dan Lundayeh sendiri pun saya hanya tahu beberapa perkataan sahaja, apatah lagi ingin belajar bahasa ibunda orang? Jadi, tergendala lah segala usaha. I’d really love to describe more on bahasa dan bangsa. But, I know you explain it well. Oh ya, cintai lah bahasa. Bahasa jiwa bangsa ! Wassalam.

Comments

Sven Medyona said…
Saudari, saya ndak sangka neh, kau pernah benci saya. Hahaha :D

Well, to tell you the truth, I once was irritated with you. Your excellent writing skills, to be exact.

Anyhow, don't thank me. Thank Allah for letting everything happens and thank yourself. Saya dan the rest of the society memang tiada apa-apa peranan pun. Kau kuasai diri kau.

Sekarang, kau ambi satu lagi langkah mantap. Hehehe, mungkin saya layak kot pujian tu *tersengih*
Suster Fyza said…
haha.. aku pun nda sangka ni, ko penah ada rsa mcm tu kat aku? adeih.. alhamdulillah. ya, mengapa aku tak masukkan itu. silap penulis, trlalu ghairah menaip smpai tiada ruang utk brsyukur. apa2 pun, terima kasih. aku sedang mencuba yg trbaik. lgpun, aku nda mau buat ko rsa mnyesal ambil aku jd one of the writer. hehe. trima kasih byk2..

Popular Posts