Lelaki Sama Lelaki!? Ewww!!

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Sebelum kamu baca neh, saya mau warning yang ini mungkin entri yang agak berbaur kedewasaan (18SX lah tu), tapi ndaklah sampai tahap nudity. Mungkin ada yang offended dan ada yang rasa mau muntah. Saya sendiripun menahan bha sebenarnya, mau mengulas isu ni, tapi sebagai arga Malaysia yang prihatin, ndaktaulah... saya terpanggil untuk meluahkan pendapat saya. Betul tidak betul, itu belakang cerita.

So guys,  won't blame you for puking, so as you guys shan't blame me for writing this puke-tive entry. Reading is upon readers' respective discretion. So yeah. Prepare a bucket next to your computer, just in case :)

Homoseksualiti
Menggelikan, kan?

Baru-baru, saya terbaca artikel pasal pelajar Melayu yang bertukar orientasi keinginan seks dari lurus kepada homo. Pelajar perubatan tajaan PETRONAS yang telah dilaporkan hilang selama tiga tahun itu rupanya kahwin dengan seorang lelaki Eropah bermata biru, atas dasar suka sama suka.  Sila baca sini.

Orang yang rapat dengan saya sure kenal dengan pendirian saya yang agak liberal. Banyak benda yang orang lain kata ndak boleh, saya nampak sebagai boleh, with condition that the side of which I'm representing has enough dalil from the religious book I believe in. Banyak orang luar sana rasa jengkel dengan pendirian saya yang "kurang Islamik". Sekali lagi, saya tidak bagi satu najis!

Kalau ditanya, jujurnya saya cool ja bha pasal pilihan dia tu. Bagi saya, itu adalah hak dia sebagai Muslim, tambahan lagi dia dikatakan ada latar belakang selain agama Islam. Mau jadi gaykah, pondankah atau lelaki biseksual, saya ndakda hak untuk halang (but then, I prefer him to stay as straight Muslim). Kalau diberi peluang untuk bagi nasihat, saya sanggup nasihat.

Merujuk sirah pula, tiada hadith yang menunjukkan hukuman hudud yang spesifik kepada pelaku homoseks. Hadith yang menyentuh hal ini ada dua, dari riwayat al-Tirmidhi hadith 1456 dan Ahmad hadith 2915. Dalam kedua-dua hadith ini, Nabi Muhammad SAW mendoakan kecelakaan mereka yang berperangai seperti Kaum Luth dan patut dihukum mereka yang melakukannya (in a general sense)(some mufasirin say the punishment is sentence of death, though).
Eww~
Menurut manhaj Para Sahabat, Saidina 'Ali r.a dan Saidina Abu Bakr r.a menghukum dibakar mereka yang melakukan perbuatan sedemikian. Ibnu Abbas r.a pula memegang hukuman dihumban dari tempat tinggi manakal Abu Hanifah bersikap sedikit liberal dengan mengatakan hukum bagi pelaku seks sejenis bergantung pada hakim/qadi (ta'zeer). Terakhir, Imam Shafi`e r.a berpendapat bahawa hukuman terhadap mereka ini (pelaku homoseks) adalah sama dengan hukuman zina, yakni sebat atau rejam.

Bagi Muslim, adalah wajar untuk berpegang pada Al-Qur'an dan Sunnah, setelah itu dibolehkan pula merujuk pendapat Para Sahabat. Peribadinya, golongan sebegini bergantung pada hakim, atas alasan tiada dalil sempurna dari hadith, mahupun Al-Qur`an, sedangkan dalam Surah Al-Ma`idah, ayat 3 mengatakan bahawa Islam sudah sempurna.

Sudah tentulah, saya bukan membela golongan ini. Rujukan  dan kajian lebih dalam perlu dilakukan oleh ilmuwan Islam berkenaan perihal ini, and I ain't any scholar. So far, I hold with Hanafi's jurisdiction, in the light of the argument above. Rela untuk diperbetulkan, btw (ugh, hate to say this).
Aww~they're in love... (ugh!)

Apapun, bukanlah perihal menjadi gay yang saya sesalkan terhadap pelajar Malaysia yang cemerlang ini. Yang saya rasa jengkel adalah kejahilan si anak yang tidak langsung memikirkan consequence perbuatannya itu. Parents dia terpaksa menanggung hutang RM860,000.00. Dorang lapan kali pulang balik dari Malaysia ke Berlin, pasal dorang risau dengan kehilangannya. Sakkali, pergh! Rupanya dibawa lari jantan lain. 

Paling sadis tu, dia boleh ndak ingat family-nya yang sedang rindukan dia. Yang rindu gilak-gilak sama dia. Saya fikir, kalau hilang muncul balik dengan empayar bisneskah, okey lagi. Ini, muncul-muncul dengan seorang suami (kah, isteri??). Yang sejantina lagi tu. Uff~

Comments

Popular Posts