Tiga Garis Cinta

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Saya terbaca balik semua penulisan saya mengenai kawan-kawan lama dan baharu, dan tiba-tiba otak termotivasi untuk menulis sesuatu yang saya rasa agak kontroversi bagi sesetengah orang (esp. para pemilik kisah yang saya ingin tuliskan). Sebelum itu, terima kasih kerana sudi membenarkan saya menceritakan kisah cinta kamu (behh, padahal tiada minta kebenaran pun). Hahaha. Blog ini semestaku, kawan. Okay, mari bermula

Kisah cinta #1

Katalah, kau lelaki yang sempurna. Kau ada kekayaan, kepintaran, kebijaksanaan, kebaikan dan keimanan tinggi. Semua orang di sekeliling kau mengagak pilihan hatimu adalah seorang wanita dengan sifat dan sikap serupa denganmu (merujuk "perempuan baik untuk lelaki baik"). Bahkan saya sendiri meneka pasanganmu seorang yang baik gila-gila.

Namun, rupanya matamu dan hatimu melekat kepada seorang perempuan biasa. Pemetik gitar, penyanyi, penggiat seni; huha. Kawan-kawan kau sekeliling biasa-biasa saja, namun saya terperanjat. Kemudian saya bertanya, "Apa yang ada pada perempuan ini yang buat kau kepingin dia?". Apapun, sebagai kawan, saya bantu apa yang saya termampu.

Sampai sekarang, kisah cinta kau adalah kisah cinta yang sangat menarik untuk diperhatikan pengakhirannya. Kalau benar kisahmu sejalan dengan jodoh yang telah ditentukan, maka saya hanya berdoa (dan tolong-tolong jugalah, apa yang patut) untuk kamu berdua. Kamu dua serius sweet.

Kisah #2

Kisah ini sedikit menyayat hati. Sekarang, bayangkan dirimu seorang lelaki biasa-biasa, namun keluaran sekolah agama, rajin tadarusnya, lembut hatinya. Sebagaimana kebiasaannya, kamu diagak mempunyai jodoh yang solehah. Perempuan yang menundukkan pandangannya, menjaga tatsusila dan percakapannya. Dan ya, pilihanmu bertepatan dengan tebakan saya.

Beberapa kali saya bertanya pasal kamu kepadanya. Melalui jawapannya, dia memandangmu seperti sahabat lelakinya yang lain. Tiada lebih, tiada kurang, sekadarnya. Mungkin kerana kurangnya jam interaksi antara kamu berdua, tiada peluang untuk jalinan terbentuk dengan lebih baik. Jujur? Kamu boleh jadi pasangan sampai ke syurga.

Kau masih menunggu dia, kan? Penghormatan setinggi-tingginya. Kalaulah boleh saya berikan bantuan, apa-apa saja, saya akan lakukannya. Teruskan berjuang, kawan. Berdasarkan pengorbanan dan jumlah titik peluh yang kau telah tumpahkan, saya yakin kau akan dapat seseorang yang selayaknya kau:- baik. Aamiin.

Kisah #3

Yang ini sedikit menarik. Bayangkan kau seorang lelaki biasa. Kau jatuh cinta dengan seorang wanita yang bagi saya layak buatmu dari segi peribadi dan sifat. Kamu berdua berkawan-kawan dengan cara yang cukup unik, umpama kisah dari novel 'Angin Dari Timur'. Dari persahabatan itu, berbuah suatu perasaan yang lebih unik.

Kau selalu ceritakan betapa istimewanya dia kepadamu. Betapa, sikap femininnya menggamitmu untuk bergerak ke fasa perhubungan seterusnya. Sebagai seperti abangmu, sayalah pendengar luahan rasa hatimu paling setia. Saya sediakan ramuan untuk menjadikan impianmu itu suatu kenyataan, ya saya cuba sentiasa lakukan ini.

Akan tetapi, there's a catch; kamu tidak sehaluan dari segi kepercayaan. Dia lain agamanya, kamu lain. Kamu berdua taat kepada agama masing-masing, dan ironisnya, sikap positif itulah yang menyebabkan kamu seolah-olah terpisah. Saya buntu bila berhadapan persoalan ini. Nasihat saya; jangan berhenti mencinta. Doakan dia selalu untuk ditumpahkan hidayah oleh Tuhan. Aamiin.

Kesimpulan

Saya berkeinginan untuk menulis sebuah buku peribadi, namun masih keliru mahu bertemakan apa. Saya sudah temukan, inilah. Kamu, namamu dan nama pasanganmu akan saya rahsiakan. Kisah cinta kamu akan abadi dalam tulisan saya. Sebagai seorang abang, saya katakan: berjuanglah dengan sungguh-sungguh. Jangan mengalah.

Comments

tak semua yang kita nak kita akan dapat..perihal jodoh..Dia da tetapkan..marilah kita lihat nanti siapa akan berkahwin dengan siapa..itulah calon terbaik untuk diri kita.. :D

Popular Posts