Falak Kepimpinan

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Baru kelmarin pulang dari menghadiri kursus kepimpinan di Komplek Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara, Melaka. Tanjung Bidara adalah pantai yang sangat indah (walaupun sedikit kecil berbanding Pengkalan Balak). Bot-bot nelayan yang tersadai di tepi pantai, baj-baj sampah yang merentasi horizon laut, dan bongkah batuan besar yang timbul di tengah lautan sehingga kelihatan seperti sebuah pulau kecil; semuanya membuatkan saya jatuh cinta.

Kepimpinan

Sepanjang kursus, saya banyak memerhati. Di samping meminjam line Internet yang enam belas kali ganda lebih laju, saya turut melakukan sedikit aktiviti penaziran, khusus pelajar batch saya. Memang semuanya berbakat menjadi pemimpin; cara bercakap, cara berhujah dan mempertahankan pendirian mereka memang mantap (walaupun kalau disuruh berbincang mengenai isi percakapanya, hanya sekadar untuk bercakap). Rusdi dan Ardie, terutamanya. Habislah kamu diambil menjadi pemidato.

Keseluruhan kursus berkisar kepimpinan. Bagaimana menjadi pemimpin baik, bagaimana menjadi pengikut dan memimpin sekumpulan pengikut; semuanya dibincangkan dengan analitikal. Sebab ini jugalah ia kurang masuk ke dalam jiwa saya, kerana saya tidak minat memimpin. Kalau dipimpin, saya rela. Bukan berkenaan keyakinan diri. Mungkin sebab saya introvert, barangkali.

Pemimpin bukan yang berada di atas untuk dipuja dan disembah, tetapi berada di hadapan untuk dikuti dan jadi teladan. Pemimpin memang punya hak dan kuasa, namun pengikut juga serupa. Keseimbangan hak ini memang ada dalam Islam, antaranya yang disebutkan Imam Ahmad (r.a). Kalau tidak seimbang; pemimpin tidak dihormati atau rakyat ditindas, akan berlakulah kerosakan.

"Kalau  paling tajam adalah lidah, yang paling berat adalah amanah!" (Ardie, 2013)

Jadi pemimpin... aduh, beratnya! Seeloknya elakkan diri dari mencalonkan diri jadi salah-seorang darinya. Dalam Kitabul Imarah, kitab ke-20 dalam Shahih Bukhari, hadith ke-4559 (tidak silap saya), Rasulullah (SAW) pernah berpesan kepada Abdullah ibn Samurrah (r.a), bahawa jika seseorang itu mengangkat diri sendiri untuk memimpin, Allah (SWT) berlepas dari keperluan meenjaminnya petunjuk. Sila betulkan saya jika saya salah.

Dan hari ini PRU13 bakal berlangsung. Semoga kepimpinan kita semakin baik. Saya sebenarnya berhajat merasa 'perisa baharu', mahu tahulah sejauh mana lazatnya rasa aiskrim 'hijau-putih' dan 'merah-biru-putih'. Saya berjanji, kalau mereka menang, dan dalam masa lima tahun janji tidak dipenuhi, saya jadi ahli seumur hidup 'biru-putih'. Untuk kali ini, saya terus doakan agar Islam tertegak di bumi ini. Aamiin.

Comments

Popular Posts