Kerna

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Memandangkan cuti ini panjang, line di rumah kuat, dan rutin kosong, maka kadar pengeposan dalam blog ini mungkin melonjak dari satu per hari ke satu per jam (amboi, terkejar-kejar orang membaca satu-satu). Entahlah, saya rasa sangat gian menulis. Kalau ada boleh tunjukkan cara bagi saya menghentikan ke-gian-an ini, sila kemukakan. In the mean time, baca sajalah, ya!

Kerna

Apabila satu pengorbanan dibuat, pasti ada 'kerna'nya. Kerna sayang, kerna respek, kerna agama, bangsa, serta tanah air tercinta. Kerna dia yang kita sudah anggap isteri, kerna mereka yang sudah diset dalam hati sebagai saudara sendiri. 'Kerna' ini bersambungan dengan rasa cinta; rasa can't-live-without meskipun hakikatnya, boleh saja kita hidup tanpa mereka.

Kemudian, ada kerna Tuhan. 'Kerna' ini adalah kerna paling agung, yang kuasaNya melangkaui pemikiran dan perasaan. Lihatlah kita neh, selalu bermandi dengan nikmat dan keseronokan. Lalu, jarang kita tanyakan pada Tuhan, "Apa 'kerna' Engkau untuk sentiasa melimpahkan aku rezeki, ya Tuhan?", sedangkan suruhanNya selalu kita sambalewa-kan.

Dalam banyak-banyak kalam, dalam banyak-banyak tulisan, Al-Qur`an menunjukkan manusia erti kasih-sayang paling benar. Ayat pertama dalam sebuah mushaf bukan "Berimanlah!" atau "Takutlah akan Aku!", namun, "Dengan namaNya Allah, Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang" (lalu disambung ayat-ayat lain). Dari situ saya faham 'kerna'Nya.

Kerna kita hamba. Dan Dia Maha Penyayang.

Psst, saya beritahu kamu semua, bila masuk persoalan mentaati, saya agak terkebelakang. Berapa suruhanNya saya abai, berapa pula laranganNya saya lakukan. Jadi kemungkinan besar apa yang saya tulis sekadar menggambarkan idealisme saya (yang saya usaha untuk amalkan). Syeikh Ibn Uthaymeen rahimahullah cakap apa? "Sampaikanlah peringatan meskipun kamu sendiri lalai dengan peringatan itu" (apa yang saya jahat, jangan diikuti).

Berbalik kepada isu Tuhan Penyayang, saya bukanlah mahir sangat perihal Sifat-Sifat Tuhan neh. Kalau diminta menerangkan salbiah, nafsiah, ma`ni dan ma`nawiyyah sebagai pengelas Sifat 20 Allah, bolehlah. Boleh saja sayangNya unconditional (tiada bersyarat). Namun percayalah, keyakinan kita pada kasih-sayangNya akan jadikan hidup mudah. Been there, done that.

Tanam

Tanamkan jiwa kita untuk mendahulukan Tuhan (ya Allah, sudah dekat Maghrib). Dalam pengurusan jadual, pastikan semuanya selari dengan ketaatan terhadap Dia (gah, ini pun saya sangat lemah. Pengurusan masa dan aktiviti. Kawan-kawan kata saya perlu berkahwin untuk selesaikan masalah ini). Oops, lari tajuk! The point is, jangan rutin membatasi ruang masa kita dengan Tuhan.

Tanam 'kerna' dalam jiwa kita dalam taati Tuhan. Kerna kita hamba, kerna Dia Tuhan. Kerna kita maha lemah, dan Dia Maha Berkuasa. Kerna kita miskin, sedang Dia punya Segalanya. Kuatkan intuisi sayang serta rindu kepada Tuhan (melebihi takut kepada Tuhan); ini rahsia lazat ketika bersolat (saya refer beberapa bacaan lalu berkenaan waliyullah). Lagi sedap kalau dari rutin itu, jumpa diri-sendiri.

Saya kagum dengan mubaligh yang baru berkunjung sebentar tadi. Dengan lembut lidahnya dan sabarnya melayan karenah mujrim seperti saya (semoga Tuhan membebaskan saya suatu hari nanti dari belenggu ini, aamiin), nasihat mereka masuk ke hati: "We just wanna be with Him."

Sungguh Dia tempat kembali yang abadi.

Comments

Popular Posts