'Kenal' Bukan Perkataan Sembarangan

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Mengenal seseorang perlukan beberapa perkara, yang penting ada dua:- interaksi/komunikasi dan masa. Interaksi satu minit tidak akan memahamkan seseorang dengan rakan interaksinya tadi. Seribu tahun masa pun tidak pula boleh menjadikan seseorang itu kenalan kepada orang lain, andai dalam durasi semilenium itu, tiada berlaku interaksi.

Tetapi, ia tidak semudah itu, kerana 'kenal' bukan perkataan sembarangan. Kau tak boleh berjalan ke rumah seseorang yang tidak kaukenal, mengetuk pintu rumahnya dan mulai berbicara dengannya. Tidak kiralah sehebat manapun kau sebagai seorang communicator, serta tidak kiralah berapa lama kau cuba kenal seseorang, andai tiada satu perkara, maka 'kenal' sukar dicapai maksudnya.

Perkara itu adalah keserasian. Kenalan sebenar - atau nama sinonimnya, 'kawan' - adalah mereka yang berasa selesa dengan dirimu yang sebenar, sehingga kau tidak malu mempersembahkan dirimu yang betul-betul tanpa fikiran kedua. Jika Ahmad seorang introvert contohnya, kawan-kawan sejatinya adalah mereka yang menyebabkan Ahmad selesa menjadi loudmouth.
 
Dari perkenalan, lahir sayang mendalam. Apabila kita mengenal dan dikenali, kita tahu apa yang kita boleh buat dan tidak boleh buat, dan apa yang kawan kita buat dan tidak boleh buat. Jadilah kita seorang kenalan yang ikhlas dalam bersikap, jujur dalam bersahabat dan bahagia apabila selalu bersama-sama. Saya ada beberapa orang kawan seperti ini.

Namun, terdapat juga kes di mana, walau bagaimanapun kita sayang (dan cuba sayang) seseorang, atas sebab yang kita sendiri sukar jelaskan, 'kenal' itu masih jadi suatu yang misterius. Tidak kira berapa lama kita di sampingnya, berapa banyak interaksi yang terjadi, 'sayang' dan 'ikhlas' itu sukar untuk dipersembahkan bahkan diungkap, maka selalu terjadi kecanggungan.

Mungkin sebabnya ego. Mungkin sebabnya kelemahan diri-sendiri yang kurang faqih dengan batas-batas, hak, keperluan, kehendak dan kemahuan kawan-kawan. Kali ini, "Ego perlu ditundukkan," bisik kepada diri-sendiri. Saya sedang lakukan itu. Mungkin miracles boleh berlaku (oh, bertahanlah sementara saya belum selesai laksanakan ini!).

Comments

Popular Posts