Aku Ada Satu Zudien, Dua Farah Dan Nadiah

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

'Aku' adalah satu tabu bagi saya seorang proletariat yang sangat sayang Bahasa Melayu sebagai salah-satu anugerah Tuhan. 'Aku' bila diujar kedengaran kasar dan hambar bagi saya, sehingga menyebutnya di khalayak umum seolah-olah terasa diri sedang memaki (hakikatnya tak). Melainkan kepada ayah ibu; barulah perkataan 'aku' lembut di halwa telinga (kebiasaan). Dalam pos ini, 'saya' bertukar 'aku' sebentar, kerana dengar khabar ianya boleh perlihatkan dirimu yang sebenar.

Berkawan-kawan

Orang yang bercerita pasal kawan di blog adalah sangat faggot. Orang katalah. Maksudnya, apa guna kau belanja/buang sedikit masa untuk menaip sedaya-upaya perihal kawan-kawan kau di blog sedangkan tugasan yang Puan Syarifah bagi sejak minggu lalu belum kau siapkan? Soalan yang rasional, untuk seorang lelaki kurang nalar.

Begini. Gardner percaya manusia mempunyai personaliti dan kecerdasan berbeda-beda. Maka cara setiap kita mengekspresikan pandangan, perasaan dan pendirian pun berbeda dari segi isi dan persembahan. Ada sekadar petik-petik gitar, buka mulut menyanyi; ada nukil sajak panjang berjela lepas itu deklamasikan letak dalam YouTube; ada yang direct jumpa dan meluah. Macam-macam.

Caraku ekspresikan diri adalah bercerita. Terkadang kalau dilayan (utama kawan yang kerap berinteraksi), sampai ke pukul satu ayam hutan mulai berkokok, aku masih teguh duduk bersila dan bercerita. Pasal beda pertahankan hak dan rasisme, pasal kenapa si X makin jauh dari si Y (hei, lelaki pun ada laser. Cara gentleman-lah) dan pelbagai lagi.

Bila kusebutkan dengan berani pasal Zudien si buddy yang jarang fed-up dan si Farah Musa yang kaya namun berhemah, pasal Farahida yang sebenarnya lawa (serius) dan Syafina yang ala-ala manja, maka aku mungkin maksudkannya. Atau kisah Nadiah yang baru mencecah usia dua belas tahun dan bagaimana aku suka mendengar Syahirah berceramah, I mean it. I mean, them.

Maka kamu mungkin patut duduk dengar aku bercerita pasal aku ada satu Zudien, dua Farah dan Nadiah, kerana memandangkan ini niche-ku, melalui ini kamu boleh ukur kejujuranku. Sekian.

P/S: Serius aneh.

Comments

Popular Posts