Bercerita

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH


Di luar, ribut sedang menggila. Yang masih terjaga; ayah, saya dan adik ketiga saya, Aming (sedaya-upaya menghabiskan permainan 'Bad Piggies'). Televisyen terpasang memaparkan Big Shaw sedang menggasak seorang lelaki berkulit putih berjambang merah (saya tidak kenal. Baharu, mungkin). Yes, I watch stuff like this.

Tika malam-malam beginilah, saya suka berdiam diri, melihat sekeliling. Mencari sebab kenapa saya perlu bersyukur (oh, sangat banyak) dan lebih sebab untuk saya meneruskan kehidupan. Hujan di luar masih lebat, melanggar atap rumah. Kipas siling yang usianya dua tahun (baru ditukar) masih ligat berputar. Televisyen masih menayangkan penggusti bersandiwara. Saya - kitalah - masih hidup.

Masih bernafas. Masih mahu mendengar cerita.

Sukar untuk dijelaskan perasaan saya terhadap dunia. Walaupun terkadang mengidam itu dan ini, mahu membeli itu dan ini, hakikatnya bila bercakap pasal kehendak, tiada yang lebih saya mahukan dari semuanya berakhir dengan aman. Dengan saya menghembus nafas terakhir tanpa apa-apa hutang, apa-apa dendam untuk dibawa masuk ke kuburan. Harap terang sikit alam sana.

Yang sejak dua tahun lalu sudi meluangkan masa mendengar cerita-cerita saya pasti faham benar dengan pendirian ini. Pendirian yang, dalam kebanyakan waktunya, menyebabkan orang-orang menjauhi saya. Hahaha. Pernah saya tanyakan sekali, "Kalau kita masuk ke neraka, mesti kita rindukan dunia neh, kan?" (baru perasan, saya rupanya aneh).

Sebagai solusi, saya tetapkan hati untuk kurang kongsi hal begini di luar, cukup di dalam blog. Ya, ini yang sedang saya lakukan. Ini juga menjelaskan perbedaan ketara saya di luar dan di dalam blog. Dalam blog nampak baik jaa, sekali di luar, saya kelihatan sangatlah duniawi. Siap ditegur jaga cara perbualan dengan kawan, oleh kawan lain.

Dengan sikap begini - suka bercerita - jangan risau, saya lebih suka mendengar. Tapi dalam blog ini, kamu jadi pendengar dulu. Ada masa, tepuk jaa bahu saya untuk berkongsi kisah. I'm so in love with people who can story-tell. Wanita-wanita, kamu mungkin perlu mengingat hakikat ini. Bhahaha (di hati, Fatimah enggan beranjak).

Comments

Popular Posts