Penasihat

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Hidup saya semakin hari semakin tersasar dari saya pada pertengahan semester ini. Saya tidak tahu kenapa dan bagaimana, namun saya dapat merasakan saya kehilangan sesuatu yang sangat penting di sepanjang perjalanan mengakhiri semester ini. Bukan berkenaan duit, bukan berkenaan populariti, bukan berkenaan apapun yang berada di luar sfera ruh saya. Ia berkenaan ruh saya.

Rakan banyak meminta nasihat berkenaan kehidupan; saya rajin membantu sedaya-upaya saya. Selalu saya bisikkan, "Cari makna diri!" sedangkan terkadang saya sendiri pusing apa maksudnya. Saya selalu sebut, "Kembalilah kepadaNya!" walaupun diri ini sendiri semakin jauh meminggir agama. Bagi saya, kembali kepadaNya adalah misi utama, namun dunia selalu menjatuhkan.

Tiada yang memuaskan hati saya di dunia ini. Kalau melihat semula kesilapan yang telah saya lakukan, saya rasa terkutuk.  Sangat terkutuk. Saya mahu jadi syurgawi, namun perangai macam ahli neraka. Hanya Tuhan tahu betapa saya mahu keluar dari kepompong kecintaan kepada dunia ini. Dan untuk ini, saya perlukan penasihat, barang pengingat.

Saya tidak boleh hidup sendirian di dunia ini. Musuh-musuh, baik nampak mahupun tidak nampak, selalu saja menang ke atas saya yang lemah. Mungkin fitrah manusia itu akan jadi lebih kuat jika ada teman. Ruang pendamping diisi penasihat, dan bukan pendamping terbuat dari asap dan/atau api.

P/S: Mengapalah merindu yang tidak sudi =D

Comments

Popular Posts