Perubahan

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH 


Sukar menafikan, penukaran beberapa dasar dalam pendidikan negara baru-baru ini agak mengecewakan saya sebagai seorang guru pelatih. Dari segi keupayaan, saya seolah-olah seorang pengail yang ditugaskan mengail great white shark. Belum lagi bercakap soal kebajikan kami, dan kebolehpasaran kami. Bayangkan, dari ribuan yang menghabiskan duit rakyat, hanya sebahagian akan mampu membayar balik semuanya dalam bentuk perkhidmatan.

Peletakan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi (menjadi Kementerian Pendidikan) turut menimbulkan kebimbangan dalam kalangan pendidik. Persoalan proses perjawatan, pembahagian bajet dan tumpuan adalah antara isu yang agak rasional untuk difikirkan. Walaupun mungkin mengurangkan beban kos pentadbiran, diharap ianya bukanlah suatu tindakan  membuta (huh, siapalah diri ini untuk membidas).

Dari segi kebaikannya, pertama; ia mungkin meneguhkan lagi kesinambungan pendidikan pelajaran di Malaysia, dari prasekolah menuju ke alam persekolahan rendah dan menengah, sehingga ke peringkat universiti. Kedua, kesepakatan dua menteri dan tenaga pakar dari dua kementerian sebelum ini akan mengayakan lagi sistem pendidikan dengan pelbagai idea, lantas mengurangkan tindakan bersifat compartmentalizing dua kementerian berasingan. Dan ya, penjimatan.

Timbalan Menteri Pendidikan, YB Mary Yap (pergh! Orang Tawau tuuu) berkata, jangan dipolitikkan isu pendidikan. Sukar ditolak bahawa perubahan ini berakar umbi dari ideologi Barisan Nasional itu sendiri dalam memahami keperluan nasional, apatah lagi berkenaan isu perubahan dasar yang dibuat. Pasti akan ada provokasi, pasti ada konfrontasi. Perlu kita untuk tidak angkuh mengakui bahawa terkadang, wujud kelemahan dalam dasar sendiri.

Walaupun perubahan itu perlu, dan perlu berani untuk melakukannya (seperti yang dicadangkan slogan, “Jom Ubah!”), sebenarnya, apabila ia melibatkan jeopardy nasib kita sendiri – khususnya profesion – mulalah perubahan itu dilihat sebagai berisiko, tidak perlu dan sia-sia. Untuk ini, Nathan Hale perlu disebutkan kata-katanya: “The only thing that I regret is but have only one life to sacrifice for my country”.

Guru adalah agen perubahan. Guru perlu ke depan dan di depan dalam isu berjuang. Ingat dari mana nasionalisme yang membebaskan tanah air ini dari Malayan Union dan Dasar Pembaharuan Meiji yang melahirkan zaibatsu – kapitalis dalam bentuk Jepun - yang menindas? Guru. Apapun, kita tunggu sajalah alhasilnya. Sementelahan itu (khususnya kau, Sin), kuatkan hati untuk menjadi guru.

P/S: Serius, saya rasa tidak layak menjadi guru. Minat belum lebih tinggi dari keperluan. Hmm...

Comments

Popular Posts