Tulis

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

tulis oh, tulis

Rupanya, kalau dicampur semua sekali, termasuk blog-blog yang tidak lagi aktif, entri yang saya hasilkan sudah mencecah tujuh ratus. Kalau dipukul rata satu entri per muka surat, maka saya secara dasarnya telah menghasilkan buku setebal tujuh ratus muka surat. Lagi lebih tebal dari penulisan Habiburrahman el-Shirazi, penulis novel 'Bumi Cinta'. Namun isinya tidaklah boleh dibanding. Saya kerdil.

Entah siapalah--dan kalau boleh, bagaimana--yang dapat menjelaskan ketagihan ini. Beberapa kali saya berhenti, beberapa kali jugalah saya cuba-cuba menulis novel atau cerpen, meskipun sebahagian sudah hilang, manakala sebahagian lagi terbengkalai. Sejak dari tahun 2008. Dari Three Clinks of a Bell, Deserted Mansion, Segalanya Yang Ada, Luth, The Letters, Human Droid, Pahit Khuldi, Manusia Pseudo dan banyak lagi, saya boleh katakan menulis sudah jadi diri saya.

Dalam senarai 18 belas cita-cita saya, 'penulis' adalah antara yang terutama. Ia mungkin boleh dijelaskan dengan sikap diri saya yang ambivert (percampuran introvert-ekstrovert), yang suka mendengar dan menghina diri-sendiri, yang selalu diperalatkan dan dibenci dan selalu dikeji kerana pandangan ultra-kiasu buat sesetengah orang. Seperti kata Carl Jung, disakiti adalah cara mengenal diri.

Mungkin juga kerana saya ini gopoh orangnya. Sedang orang lain asyik mengecap kebahagiaan, saya asyik mengurung diri dalam persoalan-persoalan yang sepatutnya tidak timbul (yang kalau timbul, makna hidup kurang menyeronokkan), seperti contoh; Apakah kita dalam hidup ini, mencarii siapa diri kita, atau membinanya? Macam begitulah.

Saya cuba untuk berhenti serius. Cuba berseronok sebagaimana remaja lain harus berseronok. Tetapi kepala ini kerasnya macam keluli, ikut kata jiwa saja. Saya hanya berseronok dalam makna dan erti, bukan pada hakikat perkara itu sendiri. Sebab inilah berjalan-jalan di Venice dengan saya akan jadi sesuatu yang membosankan. Bakal isteriku, sila bersabar. Hahaha.

Sekarang mengusahakan buku bertajuk 'Kesejatian'. Entah boleh, entah tidak saya tamatkan sebelum habis tahun ini. Bukunya berkenaan seorang anak muda yang tersepit antara moral dan prinsip, agama dan humanisme, dan banyak lagi. Sekali baca, macam buku syok sendiri. Agak membosankan bagi adrenaline junkies. Selepas itu barulah berani mnyambung semula penulisan pra-novel, Luth.

kulit bukunya


Baiklah, agak swag luahan perasaan pada kulit belakang buku. Akan fikirkan yang lain.

Comments

hetty said…
First copy for me pretty pleeeaasseee ! Hehe

Popular Posts