Sesaran (ii)

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Sebelum itu, saya ingin tekankan bahawa entri 'Sesaran' sebelum ini bukan bermaksud kepada mana-mana perempuan istimewa. Perhatikan perkataan 'sahabat' dan 'persaudaraan' yang saya gunakan dalam ayat-ayat dalam entri tersebut, yang mengunjuk kepada sahabat. Jadi, hentikan spekulasi jahat, okeh? Baiklah, teruskan.

Titik asalan

Serius, sukar menjelaskan fenomena yang bergalau dalam jiwa saya bila melihat sahabat yang satu ini murung. Fenomena yang berubah menjadi denyut-denyut darah lesu mengalir ke otak, mempengaruhi pemikiran dan terjelma jadi sikap sementara dan tindakan. Tapi memandangkan saya introvert, justeru pandai menyembunyikan perasaan, mereka lucu dalam berteka-teki. Macam budak-budak. Tapi jujur, dia jauh lebih pintar soal ini.

Kawan-kawan meminta klu berkenaan siapa pemilik badan yang saya maksudkan dalam 'Sesaran', dan siapa dalam mimpi yang saya ceritakan dalam satu lagi entri yang saya tidak berapa ingat tarikhnya. Saya tidak tahu apa kaitannya cerita hidup saya dengan cerita hidup mereka; mereka bukan jodoh, bahkan bukan calon-calon dalam pertimbangan masa depan. Baiklah, saya bagi pembayang: orang yang sama.

Beberapa hari ini, dia melihat saya dengan suatu set pandangan baharu. Entahlah, saya punya rasa hati yang kuat bahawa dia sudah membaca dan terasa dengan pos 'Sesaran' saya. Seolah-olah dia turut bersetuju untuk kembali ke petak sifar dan bermula semula. Dia tidak menyebut apa-apa, tapi saya anehnya faham. Macam dia cakap: "Hai! Saya ****** *******. Kamu? Siapa nama kamu?"

Hahaha. Harap ini mengurangkan ketegangan pemikiran kamu cuba merungkai rahsia hidup saya.

Comments

Popular Posts