Mimpi


ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Saya sebenarnya tidak percaya pada takbir mimpi oleh orang-orang biasa. Bahkan, saya pernah tersihir untuk percaya bahawa mimpi hanyalah mainan tidur yang berlaku hasil proses rambang akomodasi dan asortasi semula segala memori yang ada dalam kotak fikir kita. Kalau termimpi berkahwin dengan Yuna, kemungkinan besar itu disebabkan obsesi terlampau. Semudah itu saya nilaikan.

Namun, sejak suku terakhir tahun 2012 sehinggalah masuk suku awal tahun ini, kepercayaan saya berkenaan ini digoncang. Saya mulai mendapat suatu corak mimpi yang aneh dan mengujakan. Saya mulai bermimpi orang-orang hebat, bermimpi tempat-tempat indah yang datang berulang-ulang. Orang yang dimaksudkan adalah kawan-kawan saya, kendatipun tempat dalam mimpi saya bukan tempat yang pernah saya jejaki.

Mula-mula diendah dan dianggap biasa. Otak kadang-kadang memang alami anomali, maka saya malas melayan sangat. Namun, perulangan jalan cerita, dan kadang-kala saling bersambungan siri mimpi-mimpi saya, yang dibintangi tokoh-tokoh serupa benar-benar memberi bebanan. Meminta kepada Tuhan ilham atau petunjuk untuk saya faham maksud jalan cerita mimpi saya adalah salah-satu kekerapan saya setiap selepas solat. Pun, masih dalam kebuntuan.

Mahu sekali saya bertanya kepada tokoh-tokoh dalam mimpi saya, jika mereka pernah menghantar 'barang halus' kepada saya, atau punya mimpi yang sama, tetapi saya sedar bertanya hal demikian akan mengundang rasa kekok berpanjangan. Saya deritai rasa gementar menanti hikmah segala mimpi ini sendirian. Tidak apalah.

Saya tak akan menceritakan perkara yang saya mimpi di sini secara teliti, cuma memberikan idea asas. Saya bermimpi melangkah masuk ke dalam suatu kawasan puncak yang bergunung-ganang, seperti di New Zealand atau fjord-fjord di Iceland melalui, entah; seperti pintu suka hati. Berjalan beberapa langkah, saya ternampak suatu susuk badan sedang membelakangi saya, menghadap bentangan perbukitan yang berwarna hijau berlainan tona. Saya panggil namanya, dia menoleh. Dan dia kata, "Kita berjaya/sampai!", lalu kami berpelukan.

Dude, kalau kawasan itu syurga, saya benar-benar berharap ia terjadi. Tapi kemudian, diri saya...

Comments

Popular Posts