Peladen Nuansa Kosmos Bahasa

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Saifuddin (2008) pernah menyebut dalam salah-satu syarahan beliau, penggunaan Bahasa Melayu secara baku bukanlah satu-satunya jalan mengekspresi idea dalam Bahasa Melayu yang betul. Pengamalan dialek-dialek kenegerian oleh orang Semenanjung Malaysia—atau Tanah Melayu, dahulunya—adalah sesuatu yang diiktiraf. Saya tidak pasti dari mana beliau mendapatkan fakta ini, namun bagi saya, mungkin kerana orang Melayu berhak, mereka betul. 

“Cikgu! Cikgu orang Jakarta, eh?”


Jika “orang Jakarta” bermaksud orang yang fasih lidahnya menutur ayat mengikut tatacara baca dan faham yang betul, maka pertanyaan budak sekolah itu bukanlah suatu kehinaan, melainkan kemuliaan. Bagi sesetengah yang setia dengan penulisan saya, mereka mungkin pernah membaca kisah rakan hebat saya El Ferdowsi, yang dahulunya mengisytiharkan pendirian humanis sekularnya (sekarang pengepos status ayatul Qur`an yang kerap). Dia pembela Bahasa Melayu yang kuat, kerana baginya bahasa ini menggiurkan.

Sasterawan Negara, A. Samad Said, Usman Awang, Permata Nusantara, Tuan Guru Hamka dan Dr Faisal Tehrani, sehinggalah Presiden Soekarno dan ADUN Kinabatangan YAB Bung Mokhtar; semuanya berkongsi lidah baku. Kebakuan mereka menjadikan mereka lebih lantang, dan inilah yang cuba saya contohi. Beza cuma, saya sayangkan bahasa ini (saya bukan orang Melayu asli, tahu) dan sedar bahawa ia boleh jadih medium sosial yang baik. Lev Vygotsky, kalau dia kuasai Bahasa Melayu, pasti akan meletakkannya pada hierarki tertinggi wadah budaya dan susila.

Kalau berbual dengan mereka sambil menutup mata, seolah-olah berada di tengah-tengah Medan, atau di pesisiran pantai di Bali. Ketegasan dan kesayuan Bahasa Nusantara ini, di sebalik retorikanya yang bukan tipu-tipu, yang selalu disalah guna barisan politikus-demagoga, menjadi daya tarikan orang-orang Eropah berjiwa bahasa. Saya mungkin tidak tahu sebab mereka mencintainya, namun saya dapat rasa kami berkongsi rasa.

“Kamu bercakap dengan Bahasa Indonesia, Yassin!”


Neraka! Bahasa yang saya guna bukan Bahasa Indonesia. Berilah saya apa-apa wayang Bahasa Indonesia tanpa sari kata, kamu akan dapati saya sesat dalam lautan perbendaharaan katanya yang rumit dan memakan masa untuk dimengerti. Saya tidak mengerti Bahasa Indonesia dengan baik. Bahasa yang saya gunakan adalah Bahasa Melayu, Bahasa Nusantara; bahasa keempat paling banyak digunakan di dunia; bahasa Hang Tuah dan Tun Sri Lanang; serta bahasa yang diamal W. G. Shellabear dalam penulisan semula karya gergasi Sejarah Melayunya.

Hubungkait stereotaip perkataan ‘baku’ dan ‘Bahasa Indonesia’ boleh difahami kerana Bahasa Indonesia, dari segi cara menyebut, lebih mendekati maksud metode baku. Oleh kerana anak bangsa kita terdidik dengan sentimen yang entah dari mana mereka kutip ini, dan cara penyebutan lebih mengikut dialek negeri berbanding baku, maka para pejuang bahasa yang benar-benar ikhlas tertindas di dalam persepsi popular ini. Hahahaha. Sentimen ini perlu diubah.

Ia perlu berubah.

Comments

agree..ramai orang kata org yg guna bahasa baku look very indonesian..padahal..tak sama langsung..
hetty said…
Bahasa baku. Bahasa Nusantara. Indah berbunga. Dalam bermakna.
Sven Medyona said…
farahida: hmm. sedih kowt.

hetty: kau mesti tengok kawan saya menggunakan bahasa melayu. malang dia sudah menutup blognya.

Popular Posts