Penerusan

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Walaupun dalam beberapa pos kebelakangan ini saya menampakkan simptom-simptom sedih, saya usahakan juga untuk menggembirakan diri (contoh: puji diri depan cermin). Saya berserah sekarang ini, seratus-peratus kepada Tuhan. Kalau kehadiran saya dalam alam pendidikan menghancurkan anak bangsa, maka mudahan Tuhan gagalkan saya dalam peperiksaan akan datang. Ini, ketetapan saya.

Sudah namanya hidup

Hidup adalah mengenai mencari kesempurnaan. Dan kesempurnaan--heck--kau takkan dapat di dunia. Sedalam manapun kaugali bumi ini, atau sedalam manapun kauselam lautan, kau takkan jumpa di situ. Bahkan kau akan temukan hanya kelelahan yang membawa kau lebih jauh dari kesempurnaan.

Kenapa kita cari kesempurnaan? Kerana selagi mana lubang hitam dalam diri kita itu dibiarkan tidak bertampal, maka selagi itu jugalah tidak senang. Duduk rasa panas. Berdiri jadi penat. Berjalan jadi sekadar berjalan-jalan. Sekurang-kurangnya beginilah yang saya fahami dan alami sendiri.

Dalam kita terkial-kial meraba kehidupan, menyelongkar setiap sudut dan rongga-rongga kecilnya, rupanya Kesempurnaan itu Tuhan. Tuhan itu Kesempurnaan. Maka carilah Tuhan. Carilah Tuhan. Percayalah, tiada jalan lain mencapai Kesempurnaan (lalu ketenangan abadi) melainkan ke Tuhan.

Hartamu hanya mampu mengenyangkan perut dan nafsu. Orang-orang yang kausayangi hanya mampu menyedapkan perasaan dan mungkin betul, memberi sedikit ketenangan (yang hilang setelah mereka mati). Namun di kubur kelak, siapakah selain Tuhan yang bisa mengamankan rasa?

Pencarian kita tidak akan berakhir melainkan kita mati. Dan bila detik itu tiba, berdoalah agar kita mati dalam keadaan tersenyum, telah menemuiNya. Oh indahnya perasaan ketika itu :)

Comments

Popular Posts