Lautan Atlantik

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
Sungai Amazon vs Lautan Atlantik

Kalau boleh saya umpamakan diri saya, mungkin yang paling tepat adalah Lautan Atlantik. Kamu tahu, setelah berlepas 4000 batu dari mulutnya (muara), Sungai Amazon masih mengalir di dalam lautan ini. Jadi, dari permukaan nampak tenang, tapi beberapa ribu kaki ke bawah, semuanya berkeladak dan kacau. Heh, itulah saya.

Saya percaya semua manusia, apapun yang dia lakukan adalah untuk menyempurnakan dirinya agar dia boleh bernafas dengan tenang, atau berhenti bernafas dan bangun semula di celah-celah dedaunan syurga. Ada yang membina pelan masa depan besar-besar dan hebat-hebat, ada yang tiada perancangan namun masih ingin bahagia (macam saya) dan ada yang sekadar berharap semua ini selesai segera.

Saya, walau apapun yang saya lakukan; dari perkara paling menggembirakan ke perkara paling hebat, kesemuanya masih tidak mampu menahan saya dari menangis ketika menghadap Tuhan. Bukan kesolehan barangkali, lebih kepada merasa ada dalam diri ini yang masih belum terisi. Sebab itu, balik-balik saja, terus moody dan tidur awal. Sempat bancuhkan sang penulis milo.

Sekarang, saya ada kepercayaan baharu (bukan agama atau din; kepercayaan). Saya percaya bahawa permusafiran kita di dunia, tidak kiralah di mana-mana, adalah bertujuan untuk mencari that one, missing part. Mungkin kita tidak sedar, atau malu mengakui, namun jauh di dalam, itulah realiti. Kalau tak, baik duduk rumah saja, menikmati kepantasan Streamyx rumah Fadhli.

Semoga Tuhan bantu kita semua :)

Comments

Popular Posts