Kasih Sayang

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

"Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa... itulah, kasih mesra... sejati, dan mulia..."

Inilah makna kasih mesra, bagi P. Ramlee. Mudah sahaja dititip dengan bibir, didendangi dalam bayu malam yang sedih. Namun untuk dilihat lebih dari sekadar sebaris lirik, ramai manusia gagal mencapai makrifat ini. Kecuali Inspektor Zulkifli, yang telah kembali ke rahmat Tuhan setelah terkorban dalam pertempuran dengan sekumpulan bajingan.

Sukar untuk saya membayangkan jumlah keberanian yang beliau ada dalam dada, sehingga kering jiwa dari rasa takut dan dibasahi pula rasa kasih mesra dengan negara. Beliau tahu di hadapan beliau adalah kematian, namun, masih berlari maju menggempur musuh. Kematian jadi lebih kecil berbanding keinginan untuk memelihara negara.

Kita (saya) mungkin tidak sekuat Inspektor Zulkifli. Namun, selain dari sedekah al-Fatihah, marilah kita sama-sama bersedia. Mungkin, inilah permulaan pembebasan sebenar kita. 

Comments

Popular Posts