Hey, Kau!

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Sumpah, ini tiada kaitan. Hanya kerana fotografinya nice.
Beberapa hari ini terfikir, saya bukan seorang manusia yang adil, tambah-tambah lagi dalam bersahabat. Sesetengah saya layan lebih, saya adakan lawak-lawak dewasa, percaya bahawa mereka boleh menerimanya. Ada satu, dua orang yang saya layan macam manusia sempurna; saya tidak berlawak, saya diam dan konon-konon cool kerana saya memikirkan mereka lebih suka serius. Kenyataannya, saya mendiskriminasi mereka.

Hey, kau!

Maaf kerana tidak melayan kau seperti saya melayan kawan-kawan lain. Sebabnya, kau terlalu istimewa, barangkali. Saya cuba bersikap dengan sikap yang sama saya mendepani Izzuddin, Ariff, Ardie, Nadiah, Syahirah, Farah dan Badariah Duai, tapi saya tidak boleh. Rasa kekok. Rasa sangat berpura-pura kerana diri sebenarnya tidak selesa berhubung. Saya minta maaf sangat, sangat.

Saya sayang semua kawan-kawan saya. Tapi kau, mungkin lebih sedikit. Kalau saya boleh terjemahkan semua "karut-marut" ini kepada kronologi evolusi, dan homo sapiens itu puncak cintanya, kau adalah homo erectus. Saya lebih merasa kita adik-beradik daripada sahabat. Kita senyap: saya lebih suka begitu, selalu.

Hey, kau! Yang alih-alih datang dalam mimpi. Adakah malam yang kita hadapi--ketika saya bermimpikan kau dan segala keindahan fantasi itu--serupa? Adakah kau ketika itu berasa sedih apabila bangun kerana mimpi itu sudah tamat dan takut ia hanya mimpi? Sama-samalah berdoa agar kita dihalalkan ke situ, melihat Pemiliknya dan Pesuruh Pemilik itu. Berdoalah, agar biarpun di dunia ini kita terpisah oleh kediaman kata-kata, kita bersatu semula di atas dipan-dipan syurga.

Saya kepingin ini. Saya betul-betul kepingin. Aamiin.

Comments

NadJoliey said…
Ko tau kan entri ni akan mengundang penyiasatan mendalam?

Walaupun sy tau mungkin ko akan pilih untuk x menjawab, tapi xpa, tunggu sampai ko cakap nanti.

P/S: Entah napa,.. Sy terfikir 2 nama. And berdegup kencang bila terfikir kemungkinan orang yang kedua tu sebenarnya subjek topik ko neh. Hurmmm,.
Sven Medyona said…
Hahaha. Siapalah orang kedua itu. Ghahahahahahaha. Fatimah oh, Fatimah.

p/s: sorry, baru reply.

Popular Posts