Google Glass Project

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
Bayangkan...

Kamu bangun pagi, sarungkan kaca mata. Eh, ada notifikasi. Lepas tu, ada jam digital dan lagu yang autoplay terpapar pada kaca mata. Jalan ke dapur mengambil secawan kopi, dan tiba-tiba dapat mesej. Buka. Oh, dari si anu bin si anu. Skrin pada kaca mata bertukaran warna dan aksara. Kalau tengok keluar, dapat 'weather feed'. Keluar rumah, boleh dapat jalan terpendek untuk ke satu situasi melalui panduan GPS.

Kamu jalan punya jalan, tiba-tiba ada satu poster promosi konsert Yuna (KASK), 'Terukir Di Bintang'. Waa, murah harganya. Tertarik, kamu cakap, "Hey, tempahkan saya tiket ke konsert Yuna, 'Terukir Di Bintang'." dan kamu sudah sedia untuk pergi. Guna GPS nampak peta dan lorong-lorong, lepas tu kata, "Hey, saya mau ke Pusat Sumber Negara" dan peta tu tiba-tiba ada terpapar jalan ke sana. Kamu jalan ikut anak panah yang tertera.

Jalan lagi, nampak satu grafiti cantik di tepi jalan. Cakap, "Hey, tangkap gambar dan 'Share' di 'Profile' saya," dan terus gambar tu termuat naik di Google+ kamu. Kamu nampak lagi budak-budak menyanyi dan kamu rasa suka. Jadi, cakap "Hey, rakam video" dan kaca mata mula merakam video kanak-kanak tadi.

Bukan fantasi (baiklah, buat masa neh, masih fantasi)

Inilah yang masa depan janjikan untuk manusia. Sebuah peranti yang menyediakan pelbagai aplikasi. Dari kamera, GPS,  panggilan video, mesej, panggilan, MP3 dan sehinggalah ke ramalan cuaca tanpa kita menekan apa-apa melainkan berkata "Hey, _ _ _ _ _ _ _". Tempat kosong tu arahan. memang gempaklah peranti neh dan saya orang yang paling menantikan kemunculan di pasaran.

Buat masa sekarang, ia masih prototaip. Di YouTube, orang gelakkan produk neh dan siap buat parodi lagi Saya agak kesallah, sebab memang teringin merasa penggunaannya, cukuplah sekali. Tapi biasalah, resmi menjadi pereka cipta, memang ejekan tu sesuatu yang kita mesti beranikan diri. Kalau senang diprovokasi, memang ndakpatut jadi pereka cipta.
Samalah macam telefon bimbit dulu. Atau komputer dan skrin sesentuh. Orang dulu-dulu manalah percaya dengan menekan sekeping kaca, sebuah lagu boleh diputarkan. Manalah logik bagi mereka boleh bercakap dengan orang yang berada di Rusia (diberi kamu dari Malaysia); tapi sekarang, ianya wujud? Orang yang mencel kreativiti orang lain, maaflah, anda orang biasa-biasa. Yang ndakkan mencipta kejayaan besar.

Eh, kenapa saya emosional lebih neh? Apapun, Google Glass, saya tunggu kamu keluar. Kalau sudah pakai sekalipun, mati ndapalah. Ahahahah. Serius. Teruskan mencipta benda neh!

Comments

Popular Posts