Muntahan Semata


ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
Sebagai pemerhati politik yang berdiri di pentas UMNO, memakai baju PKR sambil mengibarkan panji PAS, saya cuba untuk kontrol amarah. Sebentar tadi, dengan kawan sekelas tengok video perusuh (ya, perusuh) menterbalikkan kereta polis. Kawan yang satu ini, memaki gila-gila, saya pun mahu, cuma dalam hati. Tahankan sabar, supaya tidak menjadi seperti zombies pembangkang itu. Serius, mahu meletup hati bila tengok begitu. Mereka terlalu jahilkah untuk sedar yang kereta itu hasil kutipan cukai rakyat?

Menahan amarah
Sepanjang tahun 2012, saya tidak pernah semarah ini. Sakit. Perasaan ini, minta diluahkan. Kenapalah bengap sangat. Bahlul gila babun! (Yassin, kawal...). Fuhh~susah kot. Saya tidak mahu marah, malah inilah perkara terakhir yang saya akan lakukan. Tetapi kedunguan manusia terlalu menyakitkan hati. Tuhan... selamatkan aku dari menjadi seperti mereka.

Kelmarin, saya mengharapkan ada seratus orang mati dilenyek abang polis. Saya mendambakan Kuala Lumpur bermandi darah dan bukan air liur Ketua Ber*k. Saya cuba kawal perasaan terhina melihat negara diperlakukan sedemikian rupa. Gahh, saya terlalu "optimis", mungkin. Lupa bahawa abang-abang polis itu juga, ada hati dan perasaan. Polis Malaysia, kamu terlalu lembik. Lain kali, saryoken sekali! Baru padan muka mereka.
Kalau kamu rasa pelik dengan perenggan di atas, maka saksikanlah, bahawa menimbulkan tribulasi itu haram dan yang memulakan kekacauan harus dibunuh. Kebebasan bersuara kamu, ini cetakan Barat. Ada kebebasan bersuara dalam Islam, tetapi bukan kebebasan bertindak. Bengong! (Rasa marah belum reda. Teruskan menghina) (rujuk: Asy-Syaukani, Kitabul Mujaamilah; Sailul Jarar)

Yang berkopiah, tercalit celak di bulu mata turut kongsi kejahilan. Melontar polis seperti sedang buat ibadah jamrah. Tidak diketahuinya bahawa yang dia rejam ini saudara seagama yang cuba mempertahankan keamanan negara. Syabas juga buat kumpulan pemberontak dan perusuh (kamu membacanya betul) kerana drama politik kamu berjaya. 

Saya menyangkakan bahawa 'BERSIH 3.0' kali ini benar-benar berkenaan integriti dan penegakan kontrak sivil/sosial saja. Rupanya ia pencetus keruntuhan sivil itu sendiri, pemusnah nilai keMelayuan dan keMalaysiaan. Rukun kelima negara terabai, memang rakyat ingin negara seperti Palestin. Biarlah berdarah saudara seagama, yang penting kebenaran (kononnya) ditegakkan. 
Saya tiada niat menghina, tetapi para pembelot negara, perosak budaya dan perusuh ini perlu banyak membaca kitab-kitab `imarah. Mereka perlu mendalam politik itu dari pangkal sehingga hujung. Saya sendiri pun masih belajar juga, mahu jadi pejuang politik bersih dan benar (bukan ahli politik) suatu hari nanti. 

Dan sekarang, saya rasa macam mahu turunkan panji hijau-putih dan robek baju merah-biru-putih ini. Tidak senada dengan rasa saya mengenai moraliti, iman dan kebersihan. Sesuailah mereka pilih kuning; tahi cuba mencuci kencing. Kata sekadar mahu duduk, ini tahap menterbalikkan kereta polis, apa kes??

Ingat herolah, kalau buat macam tu?
Macam Zionis pulak. Tapi, tidak boleh salahkan mereka. Manusia punya batas sabar.
Serius. Kalau saya, saya tidak tahu berapa lama saya boleh tahan marah. Nasib tidak jadi polis.
Dengan takbir sekali, yah!


Panglima keseluruhan rusuhan.
Bezanya, rakyat Palestin memperjuangkan keamanan, sedaya yang mampu.

Comments

Anonymous said…
salam.mengenai gambar beberapa polis tendang satu orang tu,hm...kenapalah saudara tulis" tidak boleh salahkan mereka?"

memang manusia ini ada batas sabarnya,namun jika tidak mampu mengawalnya,bukanlah lebih baik polis tu garikannya dahulu kew apa, usahlah sampai 3-4 orang pergi tendang satu orang...>_<...

minta maaf, sekadar pendapat saya sahaja...hilang sabar bukan bermakna boleh melakukan apa2 sewenang-wenangnya

cuba kita renungkan kisah Ali ra. Ketika di dalam suatu peperangan. Ketika beliau menentang musuh dan dia Berjaya menjatuhkan musuh tersebut, tetapi tiba-tiba musuh tersebut telah meludah kearah Ali ra., maka Ali ra. Pun tidak jadi membunuh musuhnya tersebut kerana beliau takut andainya dia bunuh kerana marahnya kepada musuh tersebut yang meludah kearahnya. Kerana perbuatan Ali ra. Tersebut musuh tadi telah memeluk Islam. Cuba kita renungkan sahabat begitu ikhlas kerana Allah, mereka tidak mahu membunuh walaupun dalam peperangan menentang musuh hanya kerana takut tidak ikhlas kerana Allah.

Wallahualam.Kepada Allah juala kita akan kembali.
Sven Medyona said…
Anonymous 15:31

Kamu tidak sedarkah yang itunya perangkap saya? Sebagai penulis, kamu perlu ada cara untuk captivate pembaca dan tahniah (atau, patut saya kata, takziah) sebab menjadi mangsa.

Menjawab persoalan kamu:

Entahlah. Saya pun tidak tahu kenapa saya tulis begitu. Terlalu terikut-ikut dengan perasaan, kot. Maafkan saya, benarlah; moraliti harus mendahului sikap.

Namun saudara, bagaimana pula dengan perangai ribuan perusuh? Apkah mereka bersabar? Apakah mereka tepati janji, untuk sekadar duduk dan bukan menjahanamkan kereta polis?

Apakah bukan amarah yang menderu dalam setiap inci pembuluh dara mereka, lalu menyebabkan kacau-bilau?

Kalau ingin berikan analogi, saya pun boleh. Saya tanyakan: bahagian mana dalam Islam yang mengharuskan perbuatan sebegini?

Al-Qur`an? Surah mana, ayat mana?

Hadith? Siapa sanad dan apa matannya?

Dalam Fizik, kita belajar; aksi akan menghasilkan reaksi yang sama banyak magnitudnya, dalam arah berlawanan. Kamu perlu sedar, empati pejuang negara itu, dalam mempertahankan keamanan negara.

Kita belum Palestin lagilah, dan lagi pula, dalam kapsyen abang polis menendang itu, pertamanya saya katakan, "....macam Zionis.' Jelas itu tunjuk kebencian saya juga.

Puas? Ehehehe~

Popular Posts