Hang Tuah & Hang Jebat: Rekonsiderasi

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
ALA sudah komen kekerapan saya menulis pos. Sehari boleh sampai tiga kali mengepos dan dia tanya, "Free sangat ke?". Saya jawab sekarang: free tu tidaklah sangat, tapi sudah memang stail laksanakan kerja (biar berlambak) begini. Terima sajalah seadanya KASK (hey, lama tak guna askronim neh). Apapun, tamatkan kecindan dan kita teruskan pelajaran hidup pertama kita untuk hari ini: berkenaan Hang Tuah dan Hang Jebat.

Dipendekkan cerita...

Kamu pernah tengok filem P. Ramlee yang berkisarkan Hang Tuahkah? Kalau belum pernah, cepat tukar baju. Tukar baju dan pergi mana-mana kedai CD, beli! Bukan saja ia penuh pengertian manusia dan moral, ialah juga legasi bangsa Malaysia (jujur, saya sendiri tidak pernah menonton kisah tu. Pernah pun masa kecil, itu pun tidak berapa ingat). Hang Tuah dan Hang Jebat adalah sebuah kisah yang dinarasikan oleh dua buah hikayat besar Tanah Melayu: Hikayat Hang Tuah dan Sejarah Melayu.

Semasa kelas TITAS tadi, Bunda Junaidah menyentuh sedikit mengenai kezaliman Hang Tuah yang kononnya membeloti kawan baik sendiri. Beliau kata, Hang Tuah seorang manusia yang tidak baik kerana sanggup menkhianati persahabatan rakan seperguruannya hanya demi menurut perintah Sultan yang dulu menghukumnya tanpa alasan. Hang Tuah sebelum itu dituduh berzina dengan Melor dan dijatuhkan hukuman mati (namun Bendahara Sultan Mahmud tidak menjalankan tugas tersebut). 

Benar atau tidak Hang Tuah Zalim, wallahualam. Tapi apa kata kita cuba rungkaikan di sini secara kritis berkenaan situasi sebenar. Kita layan cerita pertarungan antara sahabat yang paling menyayat hati dalam dunia kesusasteraan Melayu ini seperti kita melihat suatu kes homisid. Atau jenayah. Ada 'crime scene', ada suspek, plaintif dan hipotesis. Dengan itu, baru kita boleh melihat dengan jelas siapa yang salah, sebenarnya.

Masa kejadian, di tempat kejadian
Setelah mendengar kisah pembunuhan sahabat baiknya, Hang Jebat yang juga pengganti Hang Tuah umpama bersawai menghayun kerisnya mengamuk kerana sedih dan 'rage'. Taming Sari pemberian seorang lelaki tua dan disalah guna untuk membunuh manusia, walaupun tidak bersalah dan banyaknya korban sepanjang tujuh hari tujuh malam. Tujuh hari tujuh malam, entahlah. Takkan hang Jebat tidak makan dan tidak solat. Kalau macam tu, memang kuat gila babunlah.

Bendahara yang lari bersama Sultan Mahmud lantas menceritakan perihal sebenar, bahawasanya dia tidak membunuh Hang Tuah tapi menyembunyikannya di hutan Hulu Melaka. Hang Tuah masih hidup dan bernafas, dan mendengar itu, Sultan Mahmud terus menitahkan agar Hang Tuah dicari demi melawan Hang Jebat. Hang Tuah lantas bergerak balik ke istana dan menentang Hang Jebat. Tujuh hari tujuh malam (hai, Hang Jebat neh biar betul. Sudah empat belas hari, empat belas malam bertarung), dan akhirnya Taming Sari  kembali kepada si empunya sebenar: Hang Tuah.

Klimaks kejadian.

Seperti mana kontroversi Nabi Isa A.S yang kononnya ditangkap Pontius Pilate seperti yang diriwayatkan dalam Lukas 23, begitulah juga sama kontroversinya klimaks pertarungan antara Hang Tuah dan Hang Jebat dalam kitab-kitab sejarah Melayu. Ada beberapa hipotesis berkenaan klimaks-resolusi dan semuanya nampak boleh jadi. 

Pertama yang dikhabarkan oleh guru-guru sekolah: Hang Tuah menikam Hang Jebat dengan Taming Sari. Kedua adalah seperti yang diceritakan oleh Dr Ariffin Nordin (tidak silap) yang mengatakan bahawa sebab sebenar kekalahan Hang Jebat adalah kerana dia mengaku kalah. Sebab Hang Tuah itu wanita! (Ya, macam cerita Mulan).
Sebab bila difikirkan logik, mana mungkin keris Taming Sari itu boleh jatuh ke tangan Hang Tuah biarpaun mengambil masa seminggu lamanya. Diperkatakan bahawa sedang Hang Tuah melompat untuk menikam Hang Jebat, seluar Hang Tuah terkoyak dan alangkah terkejutnya Hang Jebat apabila yang dilihat adalah kemaluan wanita, bukan lelaki. Kerana tidak sanggup menanggung 'aib seorang lelaki bertarung dengan seorang wanita, Hang Jebat menyerahkan keris Taming Sari kepada Hang Tuah dan terbunuhlah dia.

Jangan berfikiran sempit dan kotor seperti longkang. Ini adalah hipotesis saja dan ianya diwariskan oleh seorang lelaki bernama Tuan Haji Ismail. Dia menipu atau realiti, itu pun wallahualam. Biarpun hipotesis ini benar, pengakhirannya tetap sama. Hang Jebat mati dibunuh Hang Tuah. Kita berbalik kepada cerita.

Jadi, siapa yang salah?

Memandangkan hari neh hari Jumaat dan waktu fardhu Jumaat sudah dekat, kita terus pergi kepada konklusi. Kalau orang tanya kamu siapa yang mulia antara dua orang ini, apa kamu jawab? Kalau saya ditanya, saya dengan yakinnya akan kata Hang Tuah lebih mulia. Sebabnya ada tiga, dan jika kamu ada rebuttals, sila kemukakan.

Pertama: dalam Islam, niat tidak menghalalkan cara. Tidak kiralah betapa murninya kasih-sayang dua sahabat, itu tidak menghalalkan pertumpahan darah besar-besaran yang dilakukan Hang Jebat. Tindakan Hang Tuah membunuh sahabat sendiri bukanlah kerana apa-apa melainkan untuk melaksanakan hududallah. Bukankah Hang Jebat membunuh ramai manusia, maka selayaknya hukuman Allah, Hang Jebat patut dibunuh.

Kedua, berkenaan fitnah Hang Tuah; mengapa tidak Hang Tuah membunuh Sultan Mahmud pula, yang ingin membunuhnya dulu? Tidak. Sultan Mahmud tidak boleh dihudud kerana tiada pertumpahan darah berlaku. Meskipun beliau difitnah, beliau terselamat dari hukuman bunuh maka beliau tidak terbunuh. Mungkin Hang Tuah sedar akan keadaan ini maka beliau tidak membalas dendam pada sultannya.

Ketiga. Hujah ketiga kemuliaan Hang Tuah boleh ditemukan dalam Kitab Asy-Syaukani, Al-Mujamilah: Syailul Jarar. Disebutkan dalam kitab itu bahawa "barangsiapa yang menimbulkan pergolakan dalam masyarakat, maka dia patut dibunuh" dan dalam perkataan lain, "paling ringan dita'zir". Walaupun dia hampir dibunuh Sultan, Hang Tuah dengan taat setianya menjalankan qaidah ini demi memelihara keamanan Melaka.

Maka

Saya tersentuh dengan sikap setiakawan Hang Jebat. Namun kita perlu beringat, niat tidak akan pernah menghalalkan cara. Apakah dengan berdendam dan mengambil inisiatif sendiri suatu jalan Islam? Tidak. Bukankah lebih baik jika Hang Jebat menuntut hukuman hudud kepada Sultan Mahmud dan bukan melaksanakan hukuman yang tiada dalam Islam.

Pendeknya: hang Tuah lebih mulia. Maaf, wahai pembela semangat setiakawan Jebat. Saya ada hujah sendiri untuk ini dan harapnya ia dapat menguraikan sedikit kekusutan. Kes selesai.

Comments

Free sangat ke?
Hehehehehe...

Popular Posts