Bolaisme

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
Mereka tidak mampu berikan syafa`ah.
Sebelum saya memulakan tugas menghina dan mencaci manusia (tiada pun cuba digunakan), maka hendak kamu semua tahu yang penulisan ini adalah atas rasa jiwa merdeka, tiada unsur-unsur peladenan untuk sesebuah pihak mahupun pertubuhan, dan bukan juga atas dasar paksaan bahkan kerana keprihatinan sebagai saudara seagama. Maka hapuskan segala kekeliruan berkenaan tujuan sebenar entri: ia adalah entri untuk mengkritik cukup-cukup pedas.

Kalau ditanya...

Kalau kamu ditanya, "Mana lebih penting, bola atau agama?", apa kamu rasa jawapan kam? Sebagai seorang Muslim yang A+ Pendidikan Agama Islamnya dalam slip SPM, maka sudah tentulah kamu dengan semangat jihad akan menjawab, "Agama". Buat sesetengah orang, memang inilah realiti yang mereka terapkan dalam kehidupan seharian mereka. Tapi, bukan semua. Sebahagian juga, munafik.

Secara teoritikal, memang. Memang agama menjadi prioriti seorang Muslim. Bola itu-seperti katanya Dr Faisal Tehrani-unsur sekunder dalam kehidupan kita. Namun, secara praktisnya, terdapat orang-orang yang zalim di luar sana yang menipu si penanya. Menipu diri-sendiri. Iman diri-sendiri. Mereka ini, semoga Tuhan memberikan petunjuk untuk kembali kepada kelurusan (kamu kalau mahu kata bola lebih penting, maka katakan saja. Ini, sudahlah tidak mementingkan Tuhan, siap menipu lagi).

Kalau asyik omong kosong begini, memang orang tidak iktiraf kredibiliti argumentasi saya. Oleh itu, kita cuba letakkan dua perkara ini ke dalam dunia realistik. Andaikan bola dan solat ditukar menjadi makhluk berjasad dan disuruh berlawan; siapa akan menang? Bagaimana jika kita bandingkan kepentingan bola dengan kepentingan agama. Saya rasa ini lebih jelas. Untuk ini, kita bahagikan kepada lima aspek.
  1. Perbelanjaan. Untuk bola sepak, harga sehelai jersi peminat mungkin lebih kurang RM30-50. Untuk sehelai jubah, atau serban, atau sejilid buku atau sehampar sejadah pula, harganya purata dalam RM20-30. Meskipun murah lagi jubah, serban, buku, sejadah mahupun berderma, kita akan memilih jersi. Kenapa? Kita haruslah bersukan, Yassin. Hiburan lagikan harus hukumnya. Baiklah, saya faham. #Bola 1, agama 0
  2. Durasi. Satu permainan bola yang mungkin dalam 90 minit (tolak rehat separuh masa). Solat dhuhaa, mahupun solat tahajjud mungkin dalam 15 minit, paling lama. Tapi tidak mengapa, saya faham. Nasionalisme itu didikan Dr Imarah. Mesti sokong negara, kalau tidak, negara kalah (itupun kalau sokong negara). #Bola 1, agama 0
  3. Jarak. Kita ambil contoh Institut Pendidikan Guru Teknik. Biasanya paling dekat untuk menonton bola adalah dalam bilik (melalui WiFi, Broadband, P1 Max, apa-apalah). Kalau tiada, maka akan bertopi keledar keluar untuk berjihad pada jalan Allah (inshaAllah, kalau accident dan mati, syahid fisabilillahi ta`ala). Pergi ke Velo, Bandar Tun Razak ataupun Taman Tenaga. Mungkin purata jarak 2, 3 kilometer. Minyak dihabiskan demi jihad, tidak apa perlu mengisi RM5. Rakyat di Palestin boleh tunggu. Saudara di Syria, mahupun saudara di negara kita sendiri masih boleh tahan lapar. Teruskan. kalau bertahajjud, mesti pergi Masjid Negara kowt. Jauh. Jadi, perlu berkadarlah kan, orang kata. Bilik tidak boleh (entah kenapa), surau Asy-Syakirin pun. Sekali lagi:  #Bola 1, agama 0
  4. Waktu. Baru-baru ini, saya perhatikan (dengar) bunyi motor balik dari tengok bola dalam pukul 4 pagi. Maksudnya, keluarnya tentera Allah ini mungkin dalam pukul 1.00 pagi. Yalah, mula 1.30, persediaan kopi dan teh tarik, tempat duduk dan sebagainya harus mantap, jadi wajibul ghunnah datang awal. Dalam jihad, tentera Allah ini ajar, mesti ada prospek yang cemerlang. Fine. Katalah permainan sudah habis. Yassin, penat tau pergi berjihad. Alaa, Syuruk jam 7.00 pagi, tidur sekejap. 6.30 pagi bangunlah, solat Subuh.  #Bola 1, agama 0
  5. Pengidolaan. Waah, saya mahu jadi Aaron Ramsey. Mahu jadi Torres atau Xavi. Paling tidak CRISTIANO Ronaldo. Alaa Yassin ni, nama je kowt. Bukan melambangkan apa-apapun. Baik, sidah pembaca yang sedang amarah. Ahahahaha. Rasulullah SAW dan Abu Bakr r.a untuk idola agama, Ramsey idola sukan. Tidak apa, kan? Baiklah, koman pun, bola 1, agama 1. Tapi tunggu! Kalau sudah agama tetapkan utamakan Rasulullah SAW dalam semua hal, maka tidak mematuhi ini dikira tidak mematuhi agama. Tarik balik; #Bola 1, agama 0

Kesimpulan
Berseluar nampak lutut, bukan Islam, hidup sekular dan atas populariti: ya,  idola yang baik.
Berdasarkan lima aspek di atas (cukuplah lima), bola sepak jelas mendahului 5 'gol' berbanding agama, 0. Dah macam perlawanan Real Madrid melawan Espanol pulak, jadinya. Kalau ini tidak berlaku dalam kehidupan kamu sebagai Muslim, saya ucapkan tahniah dan bersyukurlah kepada Tuhan. Tetapi kalau semua di atas berlaku, periksa iman anda. Jujur cakap, saya kaki bangku. Noob dalam perihal bola sepak neh (entah macam mana mahu mengajar). Tapi bila menimbal-balik keadaan, saya rasa bahagia. Bebas dari cengkaman objek sfera itu.

Perkataan bahawa agama lebih penting dari bola tidak termanifes dalam kehidupan seharian kita. Bahkan ia berlawanan. Itu yang saya kata sesetengah (yang mengalami lima senario di atas) munafik. Meraka kata A, tup-tup B. Bukankah penipu namanya? Maksud saya, munafik? (Saya tidak mahu menunjuk siapa-siapa, Sedar diri. Siapa makan cili, dia rasa pedasnya).

Saudaraku, saya tiada langsung berlaku sinis dengan kamu, apatah lagi bermusuh. Bermusuh dengan saudara segama itu dilarang agama. Saya cuma mahu kamu buka mata: masalah kita bukanlah dengan Kerajaan, sistem pendidikan negara mahupun kerana makanan kafe yang kurang berkualiti. Masalah umat adalah bolaisme. Saya lama berfikir berkenaan punca sebenar kejatuhan nilai Islam dalam kehidupan penganut agama ini. kadang-kadang, bangsa Cina saya bagi respek lebih berbanding kamu. Ya, agama kamu benar. Tapi lihat praktikaliti, saudara. Siapa lebih Islamik?

Kamu bolehlah mengatakan, jangan serius dalam hidup. "Releks bha, Yassin," sesetengah melafaz. Kita masih muda, layan keremajaan. Astaghfirullahal aziim, mashaAllah. Pemikiran siapakah yang mengatakan ajal hanya akan datang dalam usia tua kalau bukan pemikiran Barat? Pernah tidak semasa kamu tengah menunggang menonggeng motorsikal kamu, kematian melintas kepala. Bagaimana kalau kamu mati dilanggar lori? Adakah husnul khatimah? Masuk syurgakah?

Saya sayangkan kamu semua. Serius. Sebab itulah saya menulis ini. Sedarlah, pihak yahudi sedang bergelak-tawa, gembira. Bila kamu sedang seronok meraikan gol minit terakhir Torres, kenangkan perit tekak anak-anak Palestin yang sedang menangisi kekalahan kita. Subhanallah, tentera Allah. Kenapakah sebegini teruk sudah kejadian kita ini?

Comments

Popular Posts