Resiprokal

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Entah kenapa, tapi mungkin resmi seorang yang nda punya jadual kerja yang fixed, asal ada kerja jemari rasa gatal-gatal. No, seriously. Gatal pada celah-celah jari and it won't go away selagi tangan belum menulis apa-apa pada blog. Fuh~benci dan menjengkelkan tau, bila ada penyakit begini. Kamu nda boleh fokus pada kerja, asyik-asyik mau menaip dan seterusnya. Dengan mood marah, teruskan kepada topik.

Kualiti pos

Saya perhatikan, kualiti pos saya dalam blog neh sudah semakin teruk. Bahasa English dan Melayu sudah rojak kalah mixed masala di India. So confusing and languages-stricken. Jadi saya sudah decide-lah bahawa pos ini adalah pos rojak terakhir saya. Lepas neh, either in full English or in full Malay. I'm getting sick with this whole language mumbo-jumbo. Dulu pernah janji dengan seorang kawan, mau membela bahasa yang betul. Nampaknya perlu kembali kepada arah itu. *berdehem* So yeah. Here we go.

Berkenaan isu pendidikan dan keberkesanannya dalam mendidik anak murid

Beberapa hari lalu, seorang kawan mengeluh dengan keadaan sekarang yang sangat menakutkan. Surat khabar, tiada lain yang diakhbarkan selain senarai jenayah yang panjang dan tidak berpenghujung. Kadang-kadang saya sendiri pun terfikir: kenapa--meskipun generasi sekarang makin bijak, moral mereka semakin teruk? Macam resiprokal. Adakah semakin bijak, semakin berontak?

Saya pernah memberikan komentar mengenai hal neh dalam blog akusvenpencarikebenaran generasi pertama. Saya kata, sukatan mata pelajaran membataskan potensi, kecenderungan dan minat murid. Seakan-akan murid robot yang disetkan tujuannya. Sayangnya, itu bukan cara sebenar tubuh dan jiwa manusia berfungsi.

Saya suka memetik pendapat Vygostky, pelopor teori 'scaffolding'. Beliau berkata bahawa kanak-kanak tiada pemeringkatan perkembangan yang khusus. Pemikiran beliau berkenaan kanak-kanak dan cara mereka menggunakan bahasa sebagai medium penyampaian dan menerimaan pengalaman sosial turut menarik saya. Beliau jelas-jelas membuka teori bahawa kanak-kanak mempunyai kemungkinan yang hampir infiniti. Pendidikan dan interaksi sosiallah yang menunjukkan mereka benda yang mereka inginkan.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan salah-satu perkara yang sangat mengganggu saya juga. Kenapa kita tidak menjadi Dao Tze; undang-undang itu menjadikan manusia makhluk yang kompleks atau Rousseau yang menekankan kemajuan adalah perencat hak manusia. Untuk meneroka dan mencongak itu ini. Atau, mengapa kita tidak memeluk teori Taba dalam subjek Pedagogi yang meletakkan guru sebagai pengolah silibus? Bukankah guru lebih dekat kepada murid-murid? (Eh, kita macam sudah lari dari tajuk asal)

Baru tadi saya perkatakan pada Ardie: mustahil terhasil manusia yang 100% mahir dalam segala aspek. "Insan harmonis" yang dinukilkan dalam definisi pendidikan nasional itu adalah suatu set objektif untuk manusia idealistik semata (banyak guna istilah idealisme). Mustahil, sangat mustahil. Tetapi Malaysia Boleh, kan? Maka semuanya bisa aja dong.

Pendidikan yang tidak berkesan kemungkinan besar merupakan konsekuensi didikan moral yang kurang. Saya percaya bahawa didikan moral adalah penentu ketahanan seorang manusia itu terhadap apa yang bakal dia hadapi dan dia akan jadi. Orang yang terdidik moralnya akan punya benteng yang membentengi dia dengan rasukan negatif. Orang yang termotivasi secara positif kan selalu sedia belajar. Ini saja.

Saya-kalau jadi Menteri Pendidikan-akan mengajarkan moraliti dulu. Tahu, mereka tidak akan faham dengan usia seawal tujuh, lapan tahun. Kalau sudah seseorang terisi dengan iman, ia seperti mengisi jag dengan air sedangkan jag tadi melimpah-ruah kandungannya. Ampuh dari pengisian anasir jahat/luar. Kalau jadi menterilah...

Kanak-kanak, kalau  hanya terisi dengan akal yang mewah dengan ilmu tidak akan menjadi  'citizen' yang baik. Mereka cenderung mengikuti teori entropi:- suatu sistem tertutup akan mempunyai kebolehan untuk menjadi kurang baik, terurai. Secara ringkasnya, seorang kanak-kanak perlu sentiasa di bawah didikan moral. Belajar dari realis yang bersikap idealis. Guru yang praktikal dan imaginatif.

Apapun, kejadian resiprokal ini mungkin sebahagian besar dikuasai oleh pengajaran tanpa nilai. Mereka sekadar mengajar, tanpa memperlihatkan kepada murid-murid nilai dan sebab-musabab terjadinya sesuatu insiden. Kanak-kanak ini suci bukan kerana apa, tetapi kerana poket mereka selalu terisi dengan nota-nota kecil, inshaAllah.

Comments

Bahasa rojak... no comment (sebab aku pon guna)

Well, sekarang ni kita sedang berada dalam zaman 'Neraka Dunia', yang mana tak ada lagi keadilan, kebenaran, keikhlasan, semua diselaputi oleh selimut nafsu, tamak haloba, dengki, pilih kasih, dan amarah. So, memang cabaran yang gedabak besarnya untuk kita sebagai cikgu ni nak berdepan depan bakal-bakal cendawan negara (dengan selamba dadahnya)...
Sven Medyona said…
Hahaha... mau berubah baliklah.

Ya. Hidup di Malaysia sebenarnya jauh lebih sukar berbanding hidup di Syria. Di Syria, pntu syurga di mana sedang di Malaysia, lubang neraka mak aih banyaknya!

Popular Posts