Saya Yang Melawan Ortodoksi

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
Ortodox
Tidak mudah bagi seorang introvert-ideal seperti saya untuk berdiri di hadapan puluhan manusia, bertanyaka soalan kepada orang-orang besar dalam bidang pemikiran. Namun, apabila kata-kata hati yang mahu merubah tidak dapat saya empang, hamburan kata-kata terjadi. Sangat deras kebobrokan empangan itu, hilag rasionaliti dalam berkata-kata. Dan ini-secara logiknya-lebih teruk dari berkata.

Perihal berfikir dan meluahkan fikiran

Sebelum itu, izinkan saya memperjelaskan beza topik saya, fikiran, dengan pemikiran. Fikiran pada fikiran saya adalah suatu institusi kognitif personal atau fenomena minda seseorang yang terhasil atas kesedarannya terhadap segala yang berlaku di sekitarnya. Fikiran biasanya lebih spesifik, sangat terpengaruh dan varians merentas satu manusia ke manusia lain. Manakala pemikiran adalah suatu set dogma yang seragam, di mana beberapa manusia yang mempunyai fikiran yang [hampir] seragam bergabung secara kolektif dan dipersetujui. Ringkasnya, pemikiran itu adalah institusi fikrah yang kolektif. Selesai definisi, saya mulakan maksud entri.

Tidak sedikit yang menegur sikap saya yang kadang-kadang terlalu serius memandang dunia. Yalah, terpengaruh dengan Rene Guenon dan Seyyed Hossein Nasr, saya tidak dapat lari daripada memikirkan sebab semuanya. Alasan kenapa semuanya eksis dalam kehidupan saya. Apabila minda sudah terbiasa dilatih untuk berfikir apa ada di bawah kotak (dan bukan di luar), soalan-soalan yang diajukan biasanya saya jawab dari sudut pandang Sufistik. Melainkan soalan diutarakan secara spesifik.Mahu contoh? Nah:
Penganut Ortodox Rusia.
Contoh, berjalan dengan kawan. Apabila kawan bertanya, "Kita ke mana sebenarnya ni?", ada kecenderungan yang tidak tertolakkan buat saya untuk menjawab, "Ke mana amalan kita, kita tujukan,".  Ataupun, ada kemungkinan untuk menjawab dari sudut falsafa, seperti contoh jawaban bagi soalan yang sama, "Saya sudah berubah fikiran pasal parti ini,". Ahh, terlalu sukar untuk saya terangkan jawaban kedua ini, namun ia realiti. Berlaku. 

Menyedari kekurangan kebolehan untuk mencerap situasi, saya lebih suka diam. Saya tahu di samping penyebutan 'saya' saya yang ultra-baku (penyebutan 'a' tahap karma), fikiran saya yang agak nerdy dan terlalu serius macam esok akan mati selalu menjelekkan suasana yang ceria. Dalam berkumpul; dibodek dan diejek, kalau saya diam, saya tengah menahan jawaban. Menyelamatkan keadaan dari bertambah serius. Saya pengalah dan pemenang (harus yakin diri saya menyebutkan kemenangan peribadi irnosi dengan tindakan berdiam saya, bukan?). Kalau berjenaka, saya nombor satu. Rakan sekelas faqih keadaan ini. Kalau merapu, tanpa persoalan, saya jaguh kampungan. 

Hanya beberapa hari ini baru terlintas di fikiran saya bahawa sebenarnya hak saya untuk berfikir dijambret. Dirompak dan ditekan-paksa untuk berfikir pada ortodoksi umum. Saya sebagai minoriti tidak boleh langsung menyimpang dari pemikiran. Simpan jauh-jauh world view kamu, seolah seperti begini kawan-kawan saya berkata-kata dengan saya, menyentuh hal kelainan fikiran peribadi saya. Soalan: siapa mereka untuk menghalang saya daripada berfikir? Berbanding mereka, bukankah saya lebih kenal erti merdeka kerana berfikir menurut cara sendiri?
Banyak penganut agama, beramal dengan ad populum.
Saya tidak mengatakan yang saya ini hebat dan telus, dan penuh idealisme yang unik, begitu. Namun, saya ingin menekankan di sini, biarkan saya bersuara. Jangan ejek. Jangan tempelak. Kalau salah, ayuh kita bahaskan. Leburkan pemikiran-pemikiran menolak atas dasar ad populum, itu pemikiran Mesir Purba. Syeikh Yasser Fazaga pernah membentak golongan ini dengan berkata bahawa, "Jika semuanya melakukan kesalahan, tidak semesti kesalahan itu jadi betul!" Pendek kata, merdekakan diri anda.

Sebab itulah, dalam entri saya yang lepas, saya tekankan: jika tidak faham tindakan dan bicara saya, mohon penerangan dari si empunya badan. Bukan diukur dengan apa yang ada dalam fikiran kamu mahupun dalam pemikiran ortodoks masharakat!

Astaghfirullahal azdiim... emosi sedikit. Wallahu'alam fissawab.

Comments

Popular Posts