Agama ≠ Perjuangan

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH
Memandangkan azan Subuh masih belum kedengaran, sementelahan jemari suka untuk ketemu dengan papan  kekunci, maka izinkan saya mengutarakan pendapat saya mengenai 'Bersih 3.0'. Ya, saya faham bahawa isu sebegini lebih patut diletakkan dalam bilik-bilikkecil, tapi saya melihat dari aspek seorang manusia pasifik sekarang, bukannya sebagai penghibur politik. Sekali lagi-sebagaimana kamu mahu-biarkan saya pula bersuara. Sebagai salah-seorang rakyat Malaysia, saya punya hak.

Dinukilkan oleh Pahrol bin Juoi dalam bukunya 'Beduk Diketuk' kisah bagaimana pincangnya perjuangan umat Islam Afghanistan. Beliau menyatakan bahawa semasa Nur Muhammad Taraki dan Babrak Karmal membawa masuk Komunisme ke dalam negara itu, para pelajarnya melakukan demonstrasi besar-besaran. Patung Breznev dan Babrak diruntuhkan, satu demi satu pelajar menyampaikan ucapan dengan semangat berapi, bercampuran dengan laungan takbir. Seperti sudah siap mengacu senapang.
Esoknya Subuh, situasi lain yang berlaku. Tiada kedengaran takbir mahupun keriuhan berdiri bersaf-saf (waah, baru faham maksud ayat ke-4, Surah Saff). Tiada suara yang tadinya berapi-api memuntahkan marah kepada si tali barut Komunis. Senyap. Sunyi. Masuk neraka semua, tidak kiralah bagaimana agresif pun mereka berjuang, kalau begini cara mereka menegakkan daulat. Berfikir dua kali, memang patut mereka dijajah Komunisme. Agama sedia ada, tidak mahu dipelihara.

Yang saya mahu bawakan di sini adalah penekanan pada kehidupan seharian. Kita boleh dan sanggup berpanas di bawah hangat matahari, kenapa berhimpun untuk mencapai barang jema`ah seribu dalam solat fardhu tidak boleh? Penekanan fardhu `ain dari hari ke hari-jika kamu orang beriman-adalah tarbiyyah dan wahana yang jauh lebih berkesan berbanding demonstrasi jalanan (yang kononnya fardhu kifayah).

Mana rasionalnya perjuangan ini?
Tersentuh dengan poster ini. Sedeyh pulak
Saya tidak menemukan rasionaliti di sebalik bencinya pemimpin zalim, tetapi tidak menyayangi agama dan akidah. Saya tidak ketemu titik aman antara nawaitu dan tindak-tanduk revolusioner mereka. Apakah ajaran agama lari dari perjuangan, ataukah perjuangan yang tidak cocok dengan ajaran agama?

Kalau mahu tunjukkan kehebatan ummat, kalau mahu tegakkan Islam; gunakanlah seluruh anggota berdiri di tengah malam, memohon kepada Allah. Siangnya, kalau kamu percaya demonstrasi itu harus, maka pergilah. Ini tidak, asyik bertempik, namun jema`ah tarak. Tadi masa solat Subuh di maktab ini sendiri, hanya ada empat orang sahaja, berbanding puluhan lain. Kenapa?

Sebagaimana saya katakan para pelajar Afghanistan layak mendapat siksaan Komunis kerana tidak mengamalkan ajaran agama, begitu jugalah layaknya Malaysia dipimpin oleh pemimpin kuku besi.  Mungkin tirani itu sendiri adalah balasan Tuhan atas kelalaian kita terhadap agama.

Comments

Popular Posts