Menjadikanlah

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Alhamdulillah, yang ingin dikatakan sudah terluah. Kewajipan sudah terlaksana. Sekarang terpulang pada "mereka-mereka" sama ada untuk bersikap proaktif, negatif mahupun tidak bersikap langsung terhadap entri sebelum neh. Ya. Diri terasa semakin dijarakkan (kecuali dua, tiga sahabat yang kenal benar dengan saya. Terima kasih, kawan).

"Saya mahu menjadi seperti Habiburrahman El-Shirazy bila besar!"

Tidak kiralah apapun kamu mahu jadi dalam hidupmu: Nik Azizkah, Che Detkah, Obefiendkah sekalipun Faizal Musa, ingat: utamakan Rasulullah SAW. Jadikan Rasulullah SAW sebagai turas idola, agar minat boleh disatukan dengan kebaikan, kesempurnaan sikap. Dengan melihat segala akhlak peribadi Rasulullah dalam orang yang diminati, mencontohi Rasulullah SAW menjadi mudah. Saya berikan contoh ringkaslah: kamu minat dan mahu menjadi seperti Hlovate. Lihat: adakah sikap-sikap Rasulullah SAW dalam dirinya? Adakah pula sikapnya yang berlawanan dengan peribadi Baginda SAW? Jika untuk jawaban satu ada, dan untuk jawaban dua, tiada; maka apa salahnya teruskan meminati?

Gelombang jiwa yang dibumikan pada minat akan hasilkan efek warna-warni jiwa yang indah. Kita merasa merdeka dalam melaksanakan tugas sebagai Muslim dan khalifah. Ia menjadikan agama dilihat sebagai wahana penuh moral dalam mencapai keinginan manusiawi. Tidak salah-bagi saya-untuk minat pada tokoh ini dan itu; cuma perlulah diukurkan pada pensifatan Rasulullah SAW.

"Mau jadi Wayne Rooney!"

Uhm. Sebelum itu, ini sekadar pendapat peribadi. Bukan mahu provokasi siapa-siapa. Jadi sila mempersiapkan diri dengan kengiluan hati yang amat sangat. Maaf jika kasar, saudara-saudari. Dan dalam pada itu, jangan mengingat yang saya tidak mengalami masalah serupa. Saya pun sedang dalam usaha merubah diri. Sama-sama kita saling mensinergi diri, inshaAllah.

Persoalan pertama saya: Islamkah beliau? Persoalan kedua; bagaimana dengan meneladani beliau, kita mampu meningkat taraf ummah? Persoalan ketiga: siapa/apakah yang beliau sembah? Persoalan keempat: apa sumbangan beliau terhadap dunia Islam? Persoalan kelima: tiadakah yang lain yang boleh diikuti cara hidupnya? Persoalan keenam: apakah dia mampu memberikan syafaah di Padang Mahsyar? Persoalan ketujuh: selarikah din beliau dengan din Islam dan din Rasulullah SAW? Persoalan kelapan: apakah yang mampu kita hasilkan dengan menjadikan beliau rubrik cita-cita? Persoalan kesembilan: adakah beliau saudara kita?

Cukuplah dengan menyenaraikan (dan bukan menghuraikan) sembilan persoalan yang saya lebih lihat sebagai permasalahn di atas. Cukuplah dengan melepasi kesemuanya, maka saya tidak dapat melihat apa-apa salah untuk menjadikan beliau teladan. Saya akui, ada saudara saya yang meminati Neymar, Cesc dan sebagainya, inipun, akan saya cuba perbaiki. Namun kita (merujuk saya dan rakan kebaya) sudah ada fikiran. Fikiran guru, lagi. Islam, beriman dan mujahadah (inshaAllah). Persoalan kesepuluh: betapa Islamkah kita?

Yang dirisaukan, jika tidak dihalang, pasti akan berlaku (melainkan dengan rahmatullah)

Yang saya risaukan bila kita mencontohi manusia kuffar bukanlah kerana tidak meraikan sumbangan mereka terhadap perkembangan manusia. Saya cuma takut, kita sedikit demi sedikit terpengaruh dengan pemikiran mereka. Untuk kita faham, kita perlu ikut. Telusuri pandangan mereka dan hayati (praktikal mahupun afektif) sejarah hidup mereka. Kalau (di)kuat(kan) iman, maka tiada masalah. Tapi kalau tidak?

Betapa hebat kerisauan saya dengan kemunculan semula Mu`tazilah berwajah dan berhati baharu. Yang kononnya revolusikan minda namun sebenarnya mencabar kesahihan agama. Mengingati peresapan Neo-Platonisme dalam pemikiran ramai tokoh Islam, saya rasa gusar. 

Apalah nasib kita...

Comments

Popular Posts