Ustaz Azhar Idrus

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Alhamdulillah, berjaya sampai ke Masjid Negeri Pulau Pinang tepat pada masanya walaupun itu kali pertama saya pergi. Nama ja di Pulau Pinang, padahal punya main jauh dari tempat saya. 40km kot. Naik moto pla tu. Naik kereta susah nak cari jalan. Harap tengok peta ja, tapi boleh sampai jugak. Hehe....Thanks to my friend sebab ajak pergi....Jihad fi sabilillah...

Seriusly, memang rugi siapa yang tak pergi majlis-majlis ilmu macam ni. Beliau memang the best!!! Lawak kot..tak kira tua muda, semua gelak sampai nampak gigi belaka. 

Allah turunkan kita Rasul untuk ajar kita benda yang kita tidak tahu. Misalnya, Rasullullah tak ajar kita nak makan tu, kena masukkan makanan dalam mulut, pastu kunyah, pastu telan dan sebagainya. Tapi Baginda ajar kita makan ni mestilah beradab dengan membaca 'Bismillah' sebelum makan kan?? Tiada diturunkan hadis jika kita berdiri di tempat panas, maka pindahla ke tempat yang lebih teduh. Sebab apa? Kita sudah tahu benda tu.

Manusia lagi takut fail S.P.M, Sijil Pelajaran Malaysia berbanding S.P.M, Sijil Padang Mahsyar. Sebab tu la, kita kena sentiasa melibatkan diri dengan majlis-majlis Ilmu. Tiada guna ada degree, PHD kalau Rasul sendiri pun tak kenal. Kalau nak hidup di dunia, kena la ada ilmu dunia. Begitu juga dengan Akhirat. Kalau nak bahagia di Akhirat, kena la mempersiapkan diri dengan ilmu Akhirat. 

Jika kawan kita ada melakukan kemungkaran, diwajibkan untuk kita menegur. Tapi jangan sampai kamu membenci kawan kamu tuh. Kalau tak kamu lagi teruk berbanding orang yang melakukan kemungkaran tu. 

Kemudian ada sesi menjawab soalan selama 1 jam. Banyak gak soalan yang kedengaran kelakar. Misalnya "boleh x kita makan makanan yang dimasak oleh pondan?" Hehehehe....tergelak semua orang dalam masjid.  Kalau sumber makanan tu halal dan alatan memasak suci dari najis, mestilah boleh. Even kalau Imam masjidil Haram masak, kalau alatan tu x suci, HARAM makan...Afdal bagi kita untuk makan makanan yang dimasak oleh orang yang soleh dan solehah. Oleh tu, carila suami atau isteri yang Soleh dan Solehah.

Kemudian saya tertarik dengan soalan tentang kahwin gantung. Memang masyarakat kita ni kurang kefahaman agama. Kalau nak kahwin, mesti letak harga tinggi2. Nak jaga taraf la kononnya. Lebih mementingkan taraf dari keberkatan. Kahwin gantung ni komfem ramai parents xkan setuju kan? Bukan kena bagi nafkah lagi pun. Selagi wali kepada wanita tu tak serahkan anak perempuannya, maka nafkah masih diwajibkan kepada bapa. 

Banyak tu ja kot, nak salin semalam tapi pen kehabisan dakwat. Frust gila...

ASSALAMUALAIKUM...



Comments

Popular Posts