Bila Kehampaan

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Waah~semangat pulak bila tengok skim warna blog neh. Ada sesuatu yang sangat menarik mengenainya, entah apa (puji diri sebagai motivasi, saya rasa tidak salah). Walaupun baru berusia sehari, saya bangga kerana boleh/mampu bangkit semula selepas diharamkan. Kurang asam punya Gmail, susah pulak saya mau lupa.

Jika dibilang-bilang, entah kehampaan ini yang ke berapa kali sudah dalam hidup saya. Jarang ambil kisah dengan perihal sekecil bilangan kehampaan yang datang, singgah dan meributi. Saya tidak tahu jika itu boleh diambil kira sebagai kelemahan atau kelebihan. Bersikap no-no atau orang Sabah panggil, 'buat derk' dalam semua benda.

Ini penjelasan saya berkenaan sikap itu: 

Ibu dan kakak saya selalu mentertawakan saya dengan sikap saya yang ultra-slumber. Dan tidak; ini bukan skim masuk bakul angkat sendiri, it happens. Kalau bercakap, suara saya kekurangan tona-tona perasaan; marahkah, sedihkah, gembirakah, semuanya sama (I wonder if that's the reason people look me like some kind of an exotic creature). HeHeHe. Sudahlah hodoh, begitu lagi sikap.

Dalam hidup kita neh, ada banyak dugaan yang telah, sedang dan akan kita hadapi, bukan? Walau bagaimana `alim dan penyabarpun kamu, akan ada suatu ketika jiwa terasa ingin tumbuk jaa musabab sesuatu masalah. For women, their option would be crying and wailing. Wasting liters of tears (no offense, sisters).

"Come on, there must be a way besides crying!"
Semua orang ada cara atau persepsi sendiri berkenaan kehampaan atau masalah yang tidak terbendung. Dan prinsip saya mudah: crying/ getting angry would waste a minute of your life. Saya bukanlah jenis yang terlalu pragmatik dalam hidup neh, tapi bagi saya, masa tetap berharga. Marah/menangis tidak akan menyelesaikan masalah.

Saya perlu mengakui jugak bahawa, saya menangis. Bila berhadapan dengan ujian yang terlalu besar bagi saya (contoh: kehilangan nenek dua tahun lalu), saya akan menangis sendirian. Itu naluri, kan? 

Ada orang kata...

Ada orang kata, menangis perlu bagi melegakan tekanan perasaan yang bergumpal dalam diri. Saya tidak sedar, perkara itu. Mungkin kerana tidak sedar itulah, saya jarang menangis dan akhirnya, tekanan selalu mengolak. Mungkin kerana terlalu biasa, saya hilang rasa dan perasaan sebagai manusia. Fellow friends, do you realized that most of the time, I talk monotonously? *sigh*

Here I am, under the willow,
Crying by myself.
Witnessed by the Moon who have been loyal,
As long as I could ever remember.

Comments

NadJoliey said…
Sedar. Haha.


p/s: I'm a crybaby~~~

Popular Posts