Jalan Lagi

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Gemo ar, Dien! Ada dia suruh saya buat kerja menaip. Sudahlah penat jalan seharian di sekitar 'Leisure Mall' dan ke KFC melayan ngauman Jin Churiki, disuruh lagi menulis (Dien, gurau jaa OK?). Terima kasih sebab bagi kepercayaan kepada saya untuk menukilkan sedikit perjalanan untuk hari neh.

Gila! Masa tiba, kami letak payung hujan pada suatu tempat tersembunyi (-la sangat). Bila keluar untuk pulang, kami dapati kesemua payung sudah dicuri/rampas/ambil. Sedih neh, kena curi sebab payung tu memorial Putrajaya.

Tonton Tintin


(LOL subtopik) hari neh, dua bloggers terkacak di dunia *muntah pelangi*  sekali lagi keluar melayan desakan remaja, bersama dua orang kawan tersayang yang lain. Pergi mana: Rumah urut? Pub? Bar homo? Bukann... kami ke 'Leisure Mall' menonton wayang 'The Adventure of Tintin', arahan Steven Spielberg.

Kembara Tintin adalah hasil kreativiti artis Belgium, Georges Rémi. Ini adalah animasi aksi yang terbaik pernah saya tengok setakat ini. Amer Aizuddon was right; tekstur kulitnya, rambutnya, air dan anginnya; seakan-akan nyata. Sayangnya tiada perkhidmatan 3D untuk wayang neh, ditambah kualiti panggung wayang yang sangat menjengkelkan (peribadi: kebisingan budak-budak pos-UPSR yang paling bikin stres).


Apapun wayang arahan Steve, memang kualitinya tidak boleh dipertikaikan. Grafiknya dan kesan bunyi/suaranya sangat absolut dan unggul (mind you: mereka guna Dolby Pro-Digital). Memang masa-masa kecemasan tu, kamu dapat rasa bha bahangnya. Komedi, suspens, bahagia, aksi, misteri, sekuensial; apalagi yang kau damba dari sebuah wayang?

Jalan cerita sangat indah dan karakternya terbina dengan sangat sempurna. Kerana saya pengghairah aksi (!?), filem 'The Adventure of Tintin' memang sepadan dengan jiwa saya. Walaupun tidak realistik dari segi aksi, saya boleh kata it's one of the best film I've watched so far. Saya bagi 8.3/10.

Sedang kami menonton filem Tintin, sorang mamat neh sedang menonton 'Happy Feet II'

...dan dia kata wayang tu lagi best berbanding 'The Adventure of Tintin'. Saya ragee jugaklah, sebab saya tidak pernah jangka pun wayang 'Happy Feet II' boleh jadi seronok (kaa, dia tembirang jaa?). Entahlah, tapi saya sudah tertarik dengan penerangannya. Akan lihat.

Lepas tengok wayang, kami pergi ke pusat arked hiburan. Bukan mau main, cuma melihat perihal manusia, terutamanya budak-budak yang tidak pernah lari dari dahaga hiburan HaHaHaHa~sempat jugaklah kami bergambar sakan dengan kuda-kuda di sana. LULZ.

Kami jumpa jugak orang sedang buat drama, literally. Serius, masa kami jalan-jalan tu, ada suat tempat di mana ada kamera besar RPG dan kumpulan manusia yag kelihatan seperti direktori. Waa~drama cinta lagi tu.

OK-lah, mau berehat bha. Penat hari neh~ 

Comments

Popular Posts