Sinarnya, Lain (I)

ASSALAMU`ALAIKUM WARAHMATULLAH

Hahaha. Pagi neh, saya dominate lappy. Biasanya awal pagi, mesti adik saya yang pertama pegang benda alah neh erat-erat, mau bermain Facebook. Padahal, masih budak-budak lagi. Kadang-kadang, macam mau cucuk jaa perut dorang dengan pisau pemotong kek, biar tiada persiangan lagi LOL. Hahahaha sucks-nya introductory paragraph saya XD

Berkongsi sedikit kemanisan hidup

Saya dulu pernah janji dengan seorang kawan yang saya akan tulis sesuatu pasal dia. Sudah dekat sebulan lebih saya janji dia. Well, book's a book and promise is a promise. Jadinya, memandangkan pagi neh keadaan tenang dan harmoni, saya mau penuhi janji itu. Dia ada jugak kata, "Jangan paksa Yassin, saya takut kau terbeban pulak dengan janji kau!". Wait; adakah dia cakap macam tu? Lantaklah.

Namanya Mohd Ikhwan bin Chacho. Dia berbangsa Bugis (yang mana, saya damn tidak percaya bila tengok muka dia pertama kali). Sekarang melanjutkan pelajaran di Universiti Zagazig dalam bidang Perubatan dengan beberapa kawan se-MRSM yang lain (serius ndatau mau mula dari mana). OKlah.

Kalau mau kongsikan cerita bakal doktor neh dengan saya, memang sampai esok pun ndak habis (sebab itu ini sekadar bahagian I). Ini bukan alasan klise dan obsolete yang selalu orang guna untuk cover malas mereka menulis; inilah kebenarannya. Punya banyak yang telah dia lakukan untuk saya, dan transform saya kepada sesuatu yang tidak pernah saya jangkakan. 

Dulu, sebelum masuk MRSM, saya adalah seorang pelajar yang hiper-malas. Malas lakukan ibadah, malahan malas solat. Saya tinggalkan kewajipan macam orang buka baju lepas main lumpur. Kesedaran hipo sangat masa tu dan bila saja masuk MRSM, semuanya berubah. Terutamanya semasa memasuki fasa akhir Semester dua SPM dan semester yang seterusnya. 

Suci lagi muka masa neh. Dan tarikh tu: WTH!?
Sejujurnya, kami jadi kawan by accident. Masa tuh, saya ingat lagi kami duduk sekelas. Memandangkan saya orang baru (masuk masa Tingkatan 4, bukan Tingkatan 1), maka berbondong orang lantik saya jadi ketua kelas. Nda dapat jugak, sebab saya tolak dan ada orang yang lebih layak LOL. Teka siapa. Si kawan neh mulai rapat apabila saya mulai rapat dengan kawan rapatnya yang 75% serupa dengan Jericho Rosales. Kawan saya neh punya unsur humor yang sangat tinggi, dan suka tengok dia ketawa. Memandangkan di extremely friendly, maka saya tertarik untuk menjadikan dia koleksi kawan terbaru saya ROFL.

Kami menjadi bertambah rapat apabila kawannya, Akmal menemukan "bakat" saya menulis. Akmal terbaca antologi sajak saya yang saya letakkan di atas meja. Oh, lupa mau bagitau, si kawan neh dan Akmal adalah editor kesayangan Cikgu Shah, guru Bahasa Melayu merangkap ketua editor majalah tahunan MRSM Koki. Memang cuak gila masa orang dapat tau penulisan saya, sebab saya sekretif, konservatif dan ortodoks dalam meluahkan sesuatu. Saya jadi kaget ya, begitu. Akmal serahkan buku biru nipis bersaiz A4 kepada kawan saya untuk dipertimbangkan.

Lucunya, bila mereka simpan buku tu terlalu lama, saya jadi gundah. Tangan gatal mau menulis dan saya tuntut buku itu sebab saya gian sangat mau menulis. Akmal kata, mintak dengan si kawan di TF17 jadi saya naik tangga dan ketuk pintu. Bagi salaam dengan penuh tawadhuk sebab saya budak baru dan sebab belum rapat dengan kawan saya neh. Bila dia nampak saya, dia senyum dan sebut, "Yaasiiiin~" dengan irama yang selalu digunakan untuk membaca ayat pertama Surah Yaasiin. Saya senyum, tapi atas dasar hormat lagi. Bukan kerana persahabatan.

Si Illy, Wek, Hafeez (JR), Kemal dan saya
Hari demi hari, kami jadi bertambah rapat. Akmal selalu ajak saya ke bilik si kawan untuk datang kacau ke biliknya, kacau dia study. Bawa dia ke koperasilah, ke Dewan Seleralah. Agagaga-gila nakal saya masa tu. Bila malam, kerusi yang saya duduk, saya tarik dekatkan dengan Hafiz yang kebetulan menjadi pusat gosip dan perkongsian intelek si kawan.  Si Wek, Alia, Athirah, Chaba', Tati, Aisyah, Kemal, Yan dan kadang-kadang Pipul juga datang berkumpul. Bergiliran mengongsikan cerita kami. Ironis, interaksi tidak legit inilah yang merapatkan lagi hubungan kami (saya dan kawan neh). 

Masa semester satu, kami belum rapat. Kalau malam selalu tidur bilik Hafeez. Selalu main dengan dorang Ayau dan Hairi Mursalim. Pernah sekali main mercun tin. BAAM! Ahahaha. Kita fast forward ke semester dua ...

Suatu malam selepas prep, Akmal ajak saya ke TF 17 untuk buat sekadar lawat si kawan neh. Saya ikutlah, memandangkan masa tu, saya sudah rapat dengan Akmal. Letak beg dan salin baju, terus ke bilik Kemal (Akmala) dulu. Lepas tu, Akmal bawa something; entah apa. Kami daki anak tangga dan terus ke TF17. Lepas tu, Akmal terus terjun atas katil si kawan. Saya masih malu-malu sebab saya ndakkan buat benda seekstrim itu kalau belum rapat. 

Paling sadap dorang punya nasi goreng + sosej @ telur dadar :9
Nampak si kawan duduk menghadap kaunter dengan buku di atasnya. Earphone di telinga, tengah khusyuk. Akmal pinjam MP3 tu, dan bagi dengar saya alunan tadarus Al-Qur`an Abdul Rahman As-Sudais dan Syeikh Al-Ghamdi Saya juga ingat lagu 'Sing Children of the World' dan 'I Look, I See' gubahan Cat Steven. Langsung saya jatuh cinta dengan lagu tu dan dengan MP3 si kawan. Suatu ketika, saya pernah tertidur atas katil dia masa dengar MP3. I'm evil, right?

And so, saya selalu pinjam MP3. Warna biru kehijauan dan hitam. Sebesar ibu jari. Masa prep, saya pinjam jugak dan bila begitu, kami tambah rapat. Masuk isu keganasan di Palestin (sebagai natijah tengok video tayangan AJK Badar), kami berbincang like grown ups. Masa kelas, sifat pelawak si kawan menyerlahkan lagi identiti beliau sebagai manusia yang berkarisma (memang dia layak jadi doktor). Kami jadi tambah rapat bila saya selalu pesan nasi PUM melalui dia .Dia selalu ajak saya ke DS dan kafe untuk makan sama-sama.

Saya masih ingat dengan jelas bagaimana saya bawa HP ke depan bangunan kubik putih PUM masa 'Earth Hour' dan pasangkan lagu 'Unbreak My Heart'. Dia SMS saya, bawa tengok langit. Kami enjoyed sedikit makanan ringan dan rojak jambu batu dari Kop. Seingat saya, masa tu semester ketiga, tahun 2009. Dia bawa roomate kesayangannya (yang juga bakalan doktor), Sharynol untuk menikmati malam tu. Di bawah langit yang sangat, sangat indah kami menari. Membayangkan bagaimana video lagu ini sepatutnya dibuat. Dan sumpah; it was the most beautiful night I have ever experienced.


Masa sem tiga, saya dan kawan lain escaped roll call ala gerila. Kami lalu padang dan sembunyi-sembunyi melintas gelanggang tenis. Saya, Fendi, si kawan, Hafeez dan Aizat (ndak silaplah) memang Komunis gila. Selamat kot, masa tu. Sempat lagi tangkap gambar untuk dibuat kenangan.

Melalui peribadi dia, saya dapat rasakan suatu sinar. Yalah, semua orang ada sinar itu, berbalam-balam pada muka setiap manusia. Saya belajar banyak dari kawan saya yang satu ini; tentang pengorbanan sehingga ke lewat malam untuk skor exam. Tentang tanggungjawab, tentang penghargaan terhadap setiap manusia yang datang dan pergi dari hidup kita. Paling dia istimewa adalah keteguhannya berpegang pada tali bantuan Tuhan.

Bukan sekali dia ajar saya pasal hidup; mungkin dia sendiri tidak perasan. Bila prep atau selepas habis prep, dia akan bantu saya dalam pelajaran mana yang saya ndatau. Dia tidak temberang macam orang genius lain selalu buat; modest gila. Dia layan saya punya rants yang tidak habis-habis, dan kongsi kenapa 'pagar' MRSM kembali terbuka. Kami dua selalu pakat buli Yan, dan selalu ended up dikalahkan dengan sedikit makanan.

Bila lepas prep, kami biasa yang paling lambar keluar DS; tengok 'Keliwon', 'Tower 13' dan banyak lagi. Masa Sabtu dan Ahad, kalau dia nda balik, kami dengan Hafeez dan anak buahnya berurutan ke DS. Diikuti biasanya Syahmi dan Afif. Yan, Aizat, Rizan, Khairi, Yassin Ansor dan Shafwan pun ada sama. 

Kami tengok 'Magician`s Biggest Magic: Revealed' atau layan saluran 705. Huhuu~lagu Lenka ('Trouble Is a Friend'), Jesse McCartney, Chris Brown. Kadang-kadang, kalau sup kacang dihidang, balik-balik minta dengan Erwin, si penjaga DS. Sesi mengetawakan bermula. Satu lepas satu, lepas satu buat lawak. Dan semuanya ditujukan kepada Rizan.

Walaupun saya punya puisi nda kena kasi masuk dalam 'Randawi', saya tetap rasa dihargai bila dia sudi baca kompilasi sajak saya. Masa Form 5, saya teruskan penulisan sehinggalah sekarang. Seperti Charles Dickens, penghargaan dari manusia biasa sepertinyalah yang mendorong saya terue menulis. Terus mengekspresikan diri sebenar dan meninggalkn kesan, tidak kira betapa kecilpun kebaikan yang ingin dilakukan.

Ah, sudahlah. Semakin jauh saya tenggelam dalam kerinduan. Nanti, saya akan sambung lagi: janji (panjang gila sudah, nantilah lain kali. Tengok balik, saya tanya diri, "What has driven me to write this long?" ). Maaf, kalau bosan. Kalau kamu skip mau tengok gambar jaa pun, ndapa bha. Saya faham :]

Ya, semua orang ada sinar itu. Sinar konsekuensi persahabatan yang ikhlas. Tapi, sinarnya... lain.

Gahh. I missed this guy. He's Wawan :')

Comments

Oh god! WTF (where's the food lol) me with that 'satanic' hand! #SoTheArrival

And I keep on wondering, how can you write such a vivid memory. mesti ko ada 'pintu suka hati' or laci si Nobita yang boleh pi masa lampau/depan tu kan? X) JK

And yeah. I'm touched :') And sorry ya Yassin if I couldn't be as good as your other friends. :(

And with Allah's will, I really want to meet up with ya. :D (tunggu saya balik ah~ buat reunion kita! hehehe)

And yeah, speaking bout Cikgu Shah, up until now I barely forget the moment when I had the chance to 'argue' with him because of his rejection on my opinion. haha. sebab banyak point dia mau kasi salah jawapan saya (saya ingat lagi, masa tu dia bagi soalan KOMSAS, and yeah, sorang-sorang kena jawab orally). LOL darah bahas merasuki jasadku selepas berRandawi bersama beliau, mungkin? :O (berRandawi? sounds weird.........)

Alamak, baru saya tau selama ni saya sekelas dengan artis :P (referring to JR)
Sven Medyona said…
Hohoho- saya tulis apa yang mampu saya ingat jaa, bukan yang sebenarnya, 100% terjadi. Aada satu lagi entri yang saya mau tulis, sebagai sekuel untuk neh.

Kau sudah jadi kauan yang baik (boleh tahanlah). Hahaha. Memang kau sudah jadi terbaik.

Bha, sound-sound jaa. Di mana kau mau? Tanjung Aru? Kinarut? (padahal mana tau jalan ke sana).

Hahaha. Kelas kami (5 Berlian) pernah jugak quarrel dengan beliau. Ndak ingat pasal apa, tapi ada.

Friendster punya apps bha tu. Ka taukan siapa tu??
Sin, baru saya sedar, all my sentences started with "And" pulak yang di atas ni. hahahaha.

Hurm, unfortunately I still cannot drive :| Haven't taken my licence yet... Napa, ada DATU! Oh Tuhan, rindu dia juga...

Friendster? Apps? Who? JR?

P/S - I'm waiting but I'm not hoping. Jan risau Sin, tulis pelan pelan for the next sequel :)
Sven Medyona said…
Hahahaha. Saya pun baru sedar. Hahahaha. Ndapalah, kita pelan-pelan.

And, and, and... I miss Datu, too. So much with his funny attitude. Loving' him, sebab selalu dia bawa nasi PUM lebih, lepas habis prep.

kau ndatau rupanya~si Hafeez, bha. Ada application celebrities looalike, dan dia dapat 75% loolalike dengan Jericho Rosales. Hahaha

p/s: jangan risau. I'm happy doing it :)
That's very thoughtful of you. :')

Haha. Jangan reminisce benda benda yang bikin sedih ah! Tulis yang bikin happy happy seja (life's too short for grieving :P)

Whatever it is, I respect your decision tho. You're the one who writes and depends on the memory capacity you bear in your mind >_< And I'm just the guy who keeps on waiting for the new post of my favorite writer! X)

Yup! I just knew bout that application! OMA! I AM SOOOOOO YESTERDAY! :O

And yknow what, this is another "SOOOOOO YESTERDAY" thing : wanna wish you HAPPY HOLIDAY! :D to all the writers in this blog too :)

ENJOY WRITING GUYS!
Sven Medyona said…
Okie dokie. Akan mula derafkan sesuatu (semangat membara).

Saya menulis, merdeka dari pendapat orang lain. But I give you an exception XD Terima kasih sebab jadi pembaca setia (I've no doubt about this).

Otak neh, bakarat sudah (bha, kau mesti rindu slang nehkan??).

About that app.. OMMA~Hahahaha. I've never had any FS account LOL. Sooo last century.

Happy holiday to you, too. Dan kepada semua perajurit negara yang sedang menimba ilmu di bumi Nabi Harun AS, selamat bercuti (ehh, kamu sedang cutikah!? Main hantam jaa saya wish).

Thanks :D
Kami still struggling for the second year Sin sekarang... Holiday will be in January during the winter break after Midterm Exam!~ >_< life's getting hectic can't deny plus I have thrown myself into lotsa things (as if~)! But seriously, busy like a bee (lah sangat~) :P

Nasib saya tau cara eskep. Ngahaha. And thank god it's weekend :P Tapi bisuk (Ahad) start sudah kuliah... zzzz X)

I cannot reassure you when will I visit this site again, but promise you I'll be back! Tee-hee

Keep shining! :B (okeh fine, teringat geng geng braces when I speak bout "shining" lol)
Sven Medyona said…
Waah~good luck, buddy. In everything, know this: Allah always got our backs, even there're time we forget Him. Just... hang your hope on His Mercy. 'You do the best, let Allah do the rest', remember?

Okkkkkayyy- hahaha.

Hahaha. Jangan risau, i'll be fine in this cruel, demented, fragile and horrifying world. Apapun, saya berterima kasih sangat-sangat, Wawan.

Hahaha -.-' should I "terasa" by this XD

Again, good luck akhi.

Popular Posts